Tuesday, March 29, 2011

Hari Minggu Saya

Assalamualaikum. Pada hari Sabtu yang lepas. Saya memandu kereta dengan pantasnya menuju ke Teluk Kemang, Port Dickson bertujuan untuk lepak-lepak chill dengan para-para photographer di bawah anjuran Kukubesi dan Shazli Shot. Saya bertolak dari rumah saya pada pukul 4:00 PM dan sampai di Teluk Kemang around 6:00 PM. Apabila saya sampai saya perhatikan ramai sudah photographer-photographer telah tiba. Ada yang mengapikan arang dan ada juga yang duduk lepak-lepak sambil berkenal-kenalan.

Para photographer yang hadir pada petang itu.

Bermain buai bersama KiutBoboi (Kukubesi)

Malam itu kami makan dengan banyaknya ayam, nasi lemak, sosej, nugget dan bermacam-macam lagi sambil melayan tayangan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Selepas selesai bermakan-makan, kami duduk dalam satu bulatan beramai-ramai sambil berkenalan-kenalan dan mendengar pengalaman photographer yang lain. Majlis bersurai dalam pukul 1:00 AM. Selepas itu mereka beramai-ramai mengambil katil dan tilam masing-masing untuk tidur. Saya bersama 2 rakan saya dari Johor Bahru, Reza dan Asnol mengambil keputusan untuk tidur di bawah bunglow yang disewa beramai-ramai. Dalam sedap saya bergolek-golek untuk tidur. Datang sebuah lembaga yang berbadan gempal merengek tidur disebelah saya. Lembaga itu mengacau saya mahu tidur sampai pukul 5 pagi. Selepas pukul 5 pagi baru saya mampu untuk tidur dengan nyenyak. Saya amat benci lembaga berbadan besar itu. Lembaga berbadan besar itu dikenali sebagai KiutBoboi. Grrrrgghh!

Tiba-Tiba saya dikejutkan oleh panggilan seorang photographer yang bersuara lantang. "Carl Carl, dah pukul 9 ni, ko cakap ko ada job dekat Shah Alam pukul 10 kan?". Dengan pantas aku bangun dalam keterkejutan. Ini semua angkara lembaga berbadan besar semalam menyebabkan saya terbangun tidur lambat. Lantas saya mencapai tuala saya dan hanya mandi kerbau selama 2 minit. Saya menyarungkan balik baju semalam dah terus hidupkan enjin kereta saya menuju ke Shah Alam. Sepatutnya saya plan hendak balik rumah dahulu menukar baju tapi tidak sempat. Damn!

Saya memandu kereta dengan speed 120-130km/hour. Sambil mata menjeling-jeling ke arah jam di dashboard kereta saya. Sampai sahaja di Shah Alam pukul 10:15 AM saya berasa tenang kerana Jezmine, pemilik The Old Blossom Box menyatakan model masih make up. Take your time Carl. Lantas saya memberhentikan kereta saya di Stesen Petronas berhampiran untuk melunaskan hajat yang dipendam lama. =)

Sampai sahaja saya di The Old Blossom Box, saya setupkan camera dan composisi untuk model nanti. Model yang berasal dari France, Natacha Muenier telah membuatkan saya tersenyum berminggu-minggu dahulu. Dalam pukul 11:30 AM pengambaran bermula.

Ini Natacha yang saya maksudkan

Selepas snap snup snap snup gambar-gambar Natacha ini. Saya lantas mencapai Blackberry saya yang baru sahaja elok dia punya keypad. Saya cek status BBM kawan-kawan saya. Saya perasan Noh Saleh (Hujan) sedang berada di Shah Alam. Lantas saya BBM dengan dia dan dia mengajak saya lepak di Dewan MBSA, Shah Alam. Saya tanpa berfikir panjang terus menuju ke Dewan MBSA. Owhhh. Rupanya ada Mentor Hari ini. Sampai sahaja di Dewan MBSA terus saya mencari Noh Saleh. Noh Saleh bersama tunangnya Mizz Nina dan protegenya Ayish. Saya menemani mereka sehingga ke bilik persalinan dan menjadi krew konon-konon untuk mereka. 

Saya bersama Uncle Noh and Aunty Nina di bilik persalinan Ayish

Selepas berakhirnya rehersal, Noh dan Mizz Nina mengajak saya membeli buah di The Store Shah Alam. Maka kami bertiga berjalan kakilah ke sana. Ini merupakan pengalam pertama bagi saya apabila saya berjalan saya nampak semua mata tertuju pada kami. Sampai ada yang bawak moto pon boleh menekan pedal break dia dengan kuat-kuat untuk menoleh ke blakang. Mana tidaknya, Noh Saleh dan Mizz Nina pasangan yang terkenal di negara kita ini. Saya ibarat bodyguard sahaja.

Dalam pukul 8:45 malam kami sudah bersiap sedia untuk masuk ke Dewan MBSA untuk siaran langsung Mentor di TV3. Noh dan Aisyh sudah dibelakang pentas. Then Mizz Nina memberitahu saya supaya ikut sahaja kemana dia pergi. Kan saya kene berlakon macam crew konon-konon. Saya follow je Mizz Nina ke mana sahaja dia pergi sehingga kami sudah sampai ke tempat duduk kami. Yang paling saya rasa terharu, Mizz Nina mengajak saya duduk di barisan hadapan sekali dan bersebelahan dengan Rahim Maarof dan Ajai.  
Saya diimpit oleh mereka.

Sebelum rancangan Mentor bermula, saya mengajak Mizz Nina untuk bercamwhore.

Buat pertama skalinya saya dapat menonton Mentor secara live dan dihimpit oleh para musician terkenal di Malaysia ini. Thanks to Uncle Noh and Mizz Nina for the night. Selepas habis persembahan mentor saya berasa amat penat sekali. Saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dah dengan lantas saya BBM Noh Saleh yang sedang berpress conference yang saya pulang dahulu. Sampai sahaja di rumah dalam pukul 12:00 AM terus saya blackout......

Begitulah cerita hari minggu yang indah bagi saya.

p/s: Macam cilaka rasa bila tulis ala-ala karangan budak sekolah. kah kah kah!
p/s: btw readers, aku dan Belle dah pilih pemenang untuk Give Away aku hari itu. Nanti aku update ok. Chalow! 


12 comments:

Dilakochan said...

Ko dah kenapa.. Banyak sangat hidu ethanol sampai buat karangan HARI MINGGU! HAHA..

Apepong jelesssss hang dpt jadi bodyguard mizz nina! deyymmmm!!

EB said...

Oh Carl berpesta Buih ek...

-AdibahKhairah- said...

macam mana karangan awak boleh terselit ayat "aku" yg sptutnya "saya".hehe.just joke! =)

Nem0 o0h Nem0 said...

karangan ni boleh dapat A+..hahaha

Cik Syira said...

HAHAHA lucu pulak kalau digarap macam ni.

siapekah aku ? said...

pastu bile kau mandi ? xde ke ?

Encik Psychopath said...

wahhhh. mizznina :(

aisyah kirana said...

sumpa cumil karangan anda :)
100 markah !

hazman aka species1980 said...

hari minggu yang sungguh happening .....

*cimOt* said...

BZ bonar hujung minggu ko..

btw,jeles..nanti kem salam kat noh n mizz nina ea..hihihi~~

velasrizal said...

wah seronoknya hari minggumu itu..

Syarat Baru Tabung Usahawan Siswazah (Graduate Entrepreneurs Scheme) 2011

FAUZI NOR said...

wah... tak lama lagi jadi celebrty la... damn hot..

hahhaa

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails