Tuesday, April 26, 2011

Bukan Salah Perempuan

Assalamualaikum.

Readers tak kira lelaki atau perempuan. Tak kira bangsa apa sekali pon. Kali ini aku nak buat satu entry yang amat berguna untuk korang semua. "BUKAN SALAH PEREMPUAN". Ecehh.. dah macam tajuk drama TV3 kan? Haha. Sebenaqnya aku nak share dekat korang kenapa perempuan suka buat hal, suka buat perangai, suka merajuk tak tentu pasal bila tiba masanya dan keadaanya. Kadang-kadang tengah happy-happy dia nak buat perangai lah pulak! Ini bukan salah kaum hawa. Habis tu salah siapa? Salah kaum adam? Tak jugak! Ini salah ESTROGEN! Kenapa nak salahkan estrogen? Apa benda estrogen itu? Apa kene mengene perempuan-marah-estrogen? Ni aku nak cerita lah ni, sabar boleh tak?


Ha! Gambaq kat atas ni lah estrogen if hangpa nak tau. Dia bukan balak baru awek hang. Dia ni merupakan satu binaan atau hormon yang membezakan hangpa ni lelaki or perempuan. If hangpa perempuan hangpa mesti banyak estrogen dalam badan hangpa dan sekiranya hangpa lelaki hangpa kurang bende alah ni, hangpa lagi banyak hormon testosteron. If hangpa kunsar? Hangpa boleh pikir lah mana satu ada dalam badan hangpa.

 Menstrual Cycle

Tau pasal menstrual cycle? Kitar haid? If kaum hawa tak tahu aku rasa better korang tak payah jadi kaum hawa. Better korang jadi alien pon lagi bagus. Haha. Dan aku yakin tak ramai kaum adam yang nak amik tahu pasal ni. Bukan kerja diorang pon kan. Bukan ada keluaq darah pon dekat kemaluan diorang nih. Takde point pon diorang nak amik tau. Ye dok? Tapi kali ini aku nak suruh korang semua amik tahu pasal nih. Bende ini terjadi kat adik beradik perempuan hang termasuk mak hang and nenek hang dan kawan-kawan perempuan hang dan jugak awek hang.. HARUS ambil tahu!

Menstrual cycle ini merupakan satu perubahan physical yang berlaku terhadap kaum hawa yang subur. If tak subur susah sikit dia nak berlaku dengan betol cycle ini. Menstual cycle ini lah yang menyebabkan berlakunya haid pada kaum hawa. Keluaq darah dekat bawah sana. Tau kan? Aku nak explain details-details kang aku takut kene kutuk dengan budak-budak blajaq medic. Tapi aku nak tekankan lah. Bila nak berlakunya ovulation masa menstrual cycle ini, hormon estrogen akan dirembeskan dengan banyak masa ini. Hangpa tengok diagram yang aku kasi tu, ada satu peringkat dimana hormon estrogen graf dia menaik. Ha!! kat situ lah selalunya perempuan akan buat ragam kerana hormon estrogen ini lah yang mempengaruhi mood kaum hawa ini. Hangpa lelaki susah nak faham sebab hangpa kurang hormon ini. Seriously hormon estrogen ini lah yang membuatkan kaum hawa selalu nak beremosi. Diorang bukan sengaja nak beremosi pon. So hangpa jangan lah salahkan dia. Nak buat camna bila tuhan dah kasi kaum hawa ini dengan banyak hormon estrogen ini. Bukan depa nak pon.

Kacang Soya

Apa pulak kene mengene kacang soya dengan hormon estrogen pulak ni? Ha! ini lah aku nak kabar kat hangpa semua. Kacang soya yang orang selalu duk kata baguih sangat ni takda lah baguih mana pon. Hangpa tahu tak kacang soya ini merupakan salah satu makanan yang tinggi kandungan hormon estrogen dalam ini? Hangpa tau tak hormon estrogen yang berlebihan dalam badan hangpa boleh menyebabkan hangpa lemah? Boleh mendatangkan pelbagai penyakit termasuk kanser payudara? Hangpa tahu tak? Hangpa tahu tak kenapa matsaleh galakkan kita minum sangat air kacang soya keluaran diorang ini? Depa nak kita ni lemah! depa nak kita ni sakit! Depa nak bunuh kita. Hang tau tak walaupon depa duk galak-galakkan kita duk minum air kacang soya ini sebaliknya depa sikit pon tak sentuh air kacang soya ni? Hang tahu tak? Hang tahu tak depa duk minum coffee! depa duk minum teh! tapi duk canang satu dunia teh and coffee tak baguih untuk kesihatan? Hang penah fikir dak kenapa?

Mak-mak hangpa mesti cakap if mengandung elok minum kacang soya ni. Nanti anak kulit putih macam matsaleh? Itu semua bohonglah belaka. Hang tahu tak bayi yang mak depa minum banyak kacang soya ini selalunya akan mengalami masalah kulit? Hormon terlebih dalam badan. Sekarang hang tau tak kenapa banyak lelaki bersifat macam wanita? Hang tau tak? Sebab mak-mak menggalakan anak depa minum air kacang soya masa anak depa mengandung. Hebat betol matsaleh musnahkan benih-benih manusia akan datang. Hang tak percaya apa aku tulih ni, hang boleh google and hang research. TRY lah!

Dah melalut pulak aku rasa sekarang ini. tapi takpa lah. Aku nak kasi hangpa sekalian sedaq sikit tentang bahayanya hormon estrogen ini. Makin banyak hormon estrogen dalam badan kaum hawa makin ladies dia and makin sensitive. Makin kurang, makin ganaslah dia umpama tomboi. Ini betol. Aku tak tipu.

Selamat Beramal

p/s: If hangpa rasa entry ini beguna untuk hangpa nak sedaqkan boyfriend atau kawan-kawan hangpa. Hangpa boleh lah share entry ini. If hangpa bergaduh dengan boyfriend hangpa, hangpa boleh la cakap macam ni lepas nih "Bukan salah saya nak emosi-emosi ini, salah hormon ni. If awak gaduh-gaduh lagi dengan saya maknanya awak salahkan tuhan lah kasi saya banyak hormon estrogen dalam badan =( "


36 comments:

Pooja Rahim said...

bagus hang kasi info..betullah tu..and pasal soya tu..barat dok canang2kan bagus sebab..dorang pengeluar terbesar kacang soya..maka buat la marketing besar2-ran kata kacang soya baik etc..alih2 industri dorang gak untung besaq..tahniah la carl sebb info hang mmg berguna ;)

Carl Samsudin said...

pooja: ko pon tau kan pasal nih. tu lah pasal. bende ini dah lama. tapi mak mak kita mana nak amik tahu pasal ni. galakkan sangat minum air kacang soya ini. ishhhh! stress betol barat ini mempengaruhi minda2 orang yang agak berusia nih. yang mudah dipengaruhi.

Wan Zulqhairi said...

Yang pasal kacang soya tu, budak2 food tech bagitau, benda ni boleh menyebabkan anak2 yg dilahirkan jadi lembut dan bersifat cam pompuan sebab terlebih estrogen la kot...

.: Cik Dah :. said...

No wonder la I emo sangat lately nih. Akibat banyak sangat minum soya. Cis bedebah sungguh barat nih. Lepas nih tak minum dah soya tuh. Thanks Carl for the info. :)

Carl Samsudin said...

Wan: Disebabkan kandungan Estrogen yang tinggi dalam kacang soya tu lah.

Cik Dah: Welcome! kurangkan minum saya. biasakan minum coffee. minuman kegemaran Rasulullah.

hadi talib said...

carl:adekah kacang soya atau kcg2 laen bnyak kandungan Estrogen..

Carl Samsudin said...

Hadi: saya kurang pasti kacang2 lain. tapi kacang soya amat tinggi kandungan estrogen. =)

[AMR]ReenaRawee said...

haa~
lagi satu, dorang dok canang kopi tak elok, banyak kafein.
padahal dorang la yang tiap pagi bratoq kat starbucks!
ishk~

Carl Samsudin said...

AMR: Diorang dah control minda kita dah. Coffee minuman yang sangat bagus sebenarnya.

Aslina said...

mujur la dari kecik lagi tak berkenan dengan soya ni... tatau la pasaipa... sampai skang pun memang jarang laa beli air kotak soya ke... soya kat pasar malam ke...

kalo taufufah tu lagi laa... bila orang offer free je amik makan... kalo tak, jangan harap la nak beli...

kulit tak putih pun takpe lah. janji estrogen dalam badan tak overloaded. seimbang dan semulajadi je... :D

FatinNadiah said...

good info carl. hehehe. yang org tau, kalau pregnant org barat selalu makan anggur, buat latihan matematik, dengar music.. tu info yg hubby btau la. sebab die kate die ade baca kenapa org-org barat pandai2. mungkin boleh cuba bile pregnant nnt. hehehe. btw, good info! thanks! tak jadi nak belikan anak susu asas soya. jadinye, minum susu lembu je la ek? :P

Carl Samsudin said...

Aslina: Kulit putih tapi sensitive buat apa kan? Selalunya orang kulit gelap lagi kuat! =)

Fatin: Fatin!!! nanti preggy jangan minum soya tau! jangan sekali2. kasi susu ibu lagiiii bagus!

Ash said...

Bukan salah lelaki jua... hehe

niDa said...

coffee minuman rasulullah eh ?? baru tau. ok mulai sekarang, tinggalkan soya lebih kan coffee...

Carl Samsudin said...

Ash: Mana ada salahkan lelaki jugak. =)

Nida: Amalkan lah minum coffee yeh!

shaerin said...

suka suka .
ehehe .
aku share tau ~

thanks for the info beb !

Lizzie Yasmin said...

tama kasih estrogen.. hormon nie jugak lar mencantikkan wanita.. hahahaha

Carl Samsudin said...

shaerin: hang pi control sikit hormon estrogen dalam badan hang 2.

Lizzie: yup . tapi if berlebihan boleh membawa pada kanseer dan penyakit kulit yang lain. hati-hati yeh!

z said...

haha.no soya after diz!

wAniE dA OrAngE said...

info ang memang TERBAIK la bro....mintak izin nk share ok..hehe

Anonymous said...

best info u.bru tau ni..

mmg mse preggy dok minum soya..mmg anak i ader penyakit gatal ruam badan sgt teruk tau.smpai darah2 dia garu..g jmpe doc n doc suggest susu soya..p i xtukar coz mahal kot susu tuh..xmampu den.
n ank buah pn mak dia mnum soya time preggy n ank pn sumbat susu soya gak.skg bdk itu dpt alergic ngn barang yg asas getah.

so mkneye i boleh lah minum coffe dgn bangganyer lepas ini..saya mmg pencinta kafein..

Carl Samsudin said...

silakan share kepada sesiapa yang nak share ye. Ingat. Elakkan dari minum susu kacang soya ye.

Husna.Ma said...

haha. new info. nak share ok! :)

nora_yda said...

thanks carl for the info...nk share, nk bg kat kwn2....as a proof~

Anonymous said...

Salam..

Info tentang kacang soya tu tak sure la. Tp kacang soya mmg akan meningkatkan uric acid thats for certain.. but increase estrogen? x sure blum research lak..

By the way, mana hang tau Rasulullah suka minum kopi??? Hang biaq betui.. hadis sahih mana hang baca? bukhari? muslim? tirmidzi? toksah buat cerita la kalau tak sohih... bukan apa, Rasulullah s.a.w bersabda " sesiapa yg berbohong atas namaku.. mana nerakalah tempatnya". So berhati-hatilah ekk dalam mengeluarkan kenyataan...

Wassalam..

Anonymous said...

Salam..

Info tentang kacang soya tu tak sure la. Tp kacang soya mmg akan meningkatkan uric acid thats for certain.. but increase estrogen? x sure blum research lak..

By the way, mana hang tau Rasulullah suka minum kopi??? Hang biaq betui.. hadis sahih mana hang baca? bukhari? muslim? tirmidzi? toksah buat cerita la kalau tak sohih... bukan apa, Rasulullah s.a.w bersabda " sesiapa yg berbohong atas namaku.. mana nerakalah tempatnya". So berhati-hatilah ekk dalam mengeluarkan kenyataan...

Wassalam..

pRImRosE...~mencari ketenangan dalam peperangan...~ ;p said...

awak...lelaki banyak testosterone le...bkn progestrone... :)

Encik Psychopath said...

coffee gak bagus.

Carl Samsudin said...

Primrose: Thanks for the pembetulan. =)

Carl Samsudin said...

The Chinese and Japanese have known about the toxicity of soy for centuries. Soy contains a variety of toxic chemicals, which cannot be fully metabolized by the body, unless it undergoes a long cooking, or fermentation process.

Carl Samsudin said...

high concentrations of isoflavones(estrogen) in the body can have a significant cumulative estrogenic and toxic effect, especially when they are exposed to organs that have sensitive estrogen receptors sites such as the breast, uterus, and thyroid.

EB said...

Pagi confirm pekena coffee baru rasa itu pagi.. Tp smlm melantak 1 kotak besaq soya. hahaha.. adoi..
Yupp org darah jenis O lg x sesuai minum soya..
Good info carl..

SEKADAR INFO said...

ADMIN TLG BETULKN FAKTA PSL RASULULLAH SUKE MINUM KOPI.

NI ADALAH FAKTANYE:
Meminum susu kambing ini adalah amalan Sunnah Nabi Muhammad SAW,Diriwayatkan Nabi suka minum susu kambing.Sewaktu Nabi ISRA' MIKRAJ' kelangit,Nabi memilih susu kambing sebagai minuman.

*SETUJU NGAN April 27, 2011 1:22 AM, TLG BGTAW HADIS SAHIH.

TQ.

~BdK cHuMiL~ said...

Perkongsian yg sungguh brmanfaat..thnks..mintak nk shre -.^

✿...fazilahpajil...✿ said...

rasullulah suka minum habatulsauda...atau pon lebih dikenali sebagai coffee...=)

aty shakira said...

ala..baru bergiat nak suka soya, V soy plak tu..mahal plak tu, sedap plak tu :\ hmm

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails