Saturday, June 25, 2011

Nak Makan Dekat Mana Bila Dalam Perhubungan?



Assalamualaikum.

Korang pernah tak bertekak dengan partner korang bila dah sampai nak pilih tempat makan? Kadang-kadang nak pilih tempat makan sampai mengambil masa 1 jam nak makan dekat mana. Dari lapar terus jadi kebulur. Dari keluar dating happy-happy lastly boleh jadi perang salib. Bertekak memalukan orang awam disekeliling. Bila sorang-sorang pandai pulak nak makan apa. Bila dengan gf/bf jadi macam bodoh dan benak nak pilih makan apa. Dushh!

Benda ini selalu terjadi dekat aku dengan Belle. Nak nak dia tu sangat cerewet dalam pemilihan makanan. Paling pening kepala bila kawasan tu takde nasi. Belle ni bukan boleh if sehari tak makan nasi. Mesti hidup tak tenteram and pandang aku macam singa nak telan rusa. Takut jadinya. Yelah kadang-kadang perut aku ni nak jugak lah makan makanan barat macam burger ke fish and chips ke. Tapi kene pikir dua tiga kali jugak lah sama ada restoran tu ada nasi ke tak. If tak memang bekerut lah muka si Belle tu. Korang dengan partner korang pernah tak alami situasi macam ni? Pening kepala kan!

Aku percaya 90% dari korang 1st date mesti makan Mekdonal kan? kan? kan?
Tak payah nak tipu lah....

p/s: 1st date dengan partner masa zaman sekolah-sekolah dulu mesti taknak makan KFC. Sebab comot! 



10 comments:

aisyah kirana said...

mkn mcd sebab jimat . haha . sumpa sweet .

Dilakochan said...

Hahaha..
Aku dengan orang laut dulu
1st date makan kedai mamak kott!!

Tp port fav kitorang kalau orang laut dtg KL, makan dkt area kg baru!
Terbaikkk! ;)

Aku jenis x cerewet, tp org laut dh mcm belle. Kene sua nasik!!

oshinz said...

first date saya makan KFC. ehehe.

rabiatul.adawiyah.othman said...

1st date aku ngn si dia makan dekat kenduri kawin .lagi jimat woo ! hahaha.

:P

AinulHuda said...

hahah betol, mcd! :P

mariam safiahkhalid said...

date, kompom ah aku kena makan nasik...huhu

Shukjessa said...

tapi aku rase bertekak nak makan mane lagi ok dari bertekak tak tahu nak makan mane.

ko tanye die, die kate tak kisah. then ko dah dah gi tempat tu, die muncung macam tak puas hati, then mula la gado. huiii cani lagi menyirap...

aku dulu selalu kena sampaikan ayat paling bisa "awak lelaki, so kena la buat decision" aduh...

first date aku dulu makan dekat seksyen 2 je sebab time tu blajo dekat uitm shah alam wakakakak, ade kelasss~!

Mika said...

1st date aku,aku tanye gf aku,die x kisah,die tanye aku,aku x kisah. last-last sejam lebey dok pusing-pusing tak tau nak makan pe. last-last g makan kat pelita bangsar. haha.

ilyani said...

nasi tu makanan ruji.. kalau sehari tak makan dah macm zombie dah.. hee.. :)

Liyana Aziz said...

sangat tepat di situ, first met pun kat McD... auchhh, tetiba teringat zaman dolu2...

betik! sangat susah kalau partner yang jenis makan nasi, x leh hidup tanpa nasi... hukhukhukhuk...

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails