Wednesday, June 8, 2011

Sahabat Yang Sombong

How I Met Your Mother - My Fav TV Show.

Assalamualaikum.

Helloo! Bila nak bercakap pasal sahabat semua orang ada sahabat. Tak kira muda atau tua. Semua orang memerlukan sahabat. Kadang-kadang ada yang sanggup meletakkan sahabat di tempat pertama dan family di tempat kedua. Ada yang melebihkan sahabat dari girlfriend/boyfriend. Bukan manusia sahaja memerlukan sahabat, haiwan dan tumbuhan juga memerlukan sahabat untuk meneruskan hidup. Tanpa sahabat hidup tak bermakna.

Tapi. Sedarkah anda sekiranya anda mempunyai sahabat yang ramai anda akan diklasifikasikan sebagai sombong oleh sebahagian dari mereka? Semakin ramai sahabat anda semakin ramai akan mengatakan anda seorang yang sombong. Perasankah anda?

Semakin meningkat umur anda, semakin banyak tanggungjawab anda. Kadang-kadang nak ada masa untuk diri sendiri pon susah ini kan nak ada masa untuk sahabat. If ada pon kadang-kadang dihujung minggu. Bolehkah anda bahagi-bahagi masa hujung minggu anda dengan sahabat-sahabat anda yang ramai? Susahkan? Disebabkan itu lah sebahagian dari sahabat anda akan mengklasifikasikan anda seorang yang sombong. Di saat itu lah sebahagian dari mereka akan memulaukan anda. Anda kene terima semua ini kerana ini semua merupakan lumrah kehidupan. Bukan semua orang akan faham apa yang anda lalui dan anda rasai.

p/s: Kehidupan bersahabat di zaman belajar dan bekerja adalah amat berbeda sekali ya!


3 comments:

lini hasnan said...

wow, kehidupan bersahabat dikala belajar dengan bekerja lain? Takutnya. Hopefully saya dapat kekalkan momentum persahabatan sokmo-sokmo. :)

EB said...

Setuju dgn kamu Carl..
Mmg jelas perbedaannya..
Sewaktu di zmn kegemilangan belajar bersama-sama dengan dunia kerjaya ini.. Sangat² berbeda.. Mgkn bg adik yg bljr x fhm apa perbedaannya.. Tp nnti kmu akan mengalaminya sendiri.. Itulah dinamakn pengalaman..

p/s: Menyewa rumah sewa beramai-ramai sewaktu belajar dengan menyewa rumah sewa di alam pekerjaan juga sangat berbeda perasaannya...

cicak_jawaz said...

assalamualaikum,,,

memang beza amat la bile belajar n bekerja...masa memang xtentu,,kadang2 2 memang gado2 la ngan bff..sebok keje n ngan hubby lagik...dorg xpaham...agaknyer bile dorg da ade life sendiri bawu dorg paham...setuju amat ngan kamu, carl..anyway sy pun org joho...ULU tiram..hehehe..

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails