Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban Setanding Lailatul Qadar



Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang sudah tahu malam ini merupakan malam Nisfu Syaaban. Nisfu Syaaban bermaksud hari ke-15 didalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Kita sebagai umat Islam mempercayai di malam Nisfu Syaaban ini segala amalam kita pada tahun ini akan dibawa naik oleh malaikat dan digantikan dengan buku amalan baru. Nisfu di dalam bahasa arab bermaksud setengah. Malam Nisfu Syaban merupakan malam yang ke-15 iaitu siangnya 14 haribulan Syabaan.

Malam Nisfu Syabaan merupakan malam yang pernuh berkat selepas malam Lailatul Qadar. 

“Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.” - Rasulullah SAW.

Fadhilat Nisfu Syaaban:
1. Membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali pada malamnya.
2. Mengadakan Qiamullai.
3. Berpuasa pada siangharinya.

Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya untuk bangun dan berjaga malam serta beriktikaf sepanjang malam kerana bagina tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur dan lalai.

p/s: Aku memohon kemaafan dari semua pembaca blog aku ini dan mari kita mulakan amalan-amalan baru dengan lebih baik. Aku memaafkan semua rakan-rakan yang aku kenal dan mengenali diri aku ini. Allah maha pemaaf. Kenapa pula tidak hambanya. 0-0.



4 comments:

delarocha said...

perkongsian yang baik. terima kasih

Carl Samsudin said...

sama-sama. mengingatkan sesama kita.

z said...

salam. nisfu syaaban memang ada fadhilatnya. disokong hadis sahih. disunatkan juga berpuasa kerana Rasulullah banyak berpuasa dalam bulan syaaban. tetapi tidak ada hadis yang mengatakan 'sunatnya berpuasa nisfu syaaban'. malah ada pendapat yang mengatakan makruh berpuasa nisfu syaaban (tapi pendapat jumhur adalah boleh, namun bukan sunat).

sesungguhnya memang ada hadis sahih tentang nisfu syaaban. tapi tiada yang menentukan 'ibadah2 sunat' khas untuk malam itu seperti membaca yasin dan sebagainya.

bacalah yasin atau apa2 ayat sekalipun bila2 masa, ataupun malam nisfu syaaban, beribadahlah, silakan,

tetapi janganlah mengatakan 'sunat atau selok-eloknya baca yasin malam nisfu syaaban' kerana tiada sokongan hadis pun perkara itu.

salam. sebagai peringatan.

Anonymous said...

babe, banyak berkaitan fadhilat amalan nifsu syaaban tu dikatakan datang dari hadith doif or palsu. Wallahualam. Semoga Allah memberi petunjuk pada kita

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails