Friday, July 1, 2011

Nilai Wang Hantaran Zaman Sekarang



Assalamualaikum.

"perkahwinan paling berkat adalah yang paling kurang mengeluarkan belanja" - Rasulullah SAW

Wang hantaran sebenarnya merupakan satu hadiah ikhlas dari pihak lelaki kepada pihak perempuan yang menjadi budaya masyarakat kita di Malaysia. Wang hantaran tidak lah wajib seperti mas kahwin. Masalahnya! 'Wang Hantaran' ini menjadi satu pekara yang dihighlight dalam perkahwinan disebalik akad nikah yang wajib. Masyarakat kita dekat Malaysia ini dah macam mengiktiraf wang hantaran sebagai darjat kemampuan pihak pengantin lelaki dan kehebatan sesuatu majlis perkahwinan tersebut. 

Semakin tinggi nilai wang hantaran semakin hebat majlis perkahwinan tersebut. Semakin tinggi darjat si suami dan isteri. Ini yang menyebabkan perasaan riak dan sifat ingin menunjuk-nunjuk sehingga menghilangkan sifat sederhana yang dituntut agama. 

Kalaulah korang dari famili yang kaya raya tak salah rasanya if korang nak buat majlis perkahwinan korang gilang gemilang. Tapi if korang sebaliknya macamana? Takkan nak buat gelang gemilang sehingga sanggup meminjam wang dari bank berpuluh-puluh ribu hanya untuk buat majlis dalam masa sehari sahaja. Bila kedua-dua dah jadi suami isteri, hutang dah mengelilingi pinggang. Bila masalah hutang menguasai pasangan, terjadilah pergaduhan sehingga terjadinya cerai berai. Takda gunanya kahwin if macamtu! #fakingassdick!

Bagi pihak keluarga perempuan. Kenapalah nak letakkan harga anak perempuan anda terlalu mahal sehingga menyusahkan pihak belah lelaki. Tahukah anda yang pihak lelaki bersedia untuk menanggung dosa anak perempuan anda dan kenapa pulak hendak menaikkan lagi nilai wang hantaran anak perempuan anda. Janganlah jadi jahil! Ikutkan keadaan sekeliling, binasa akibatnya. Pihak keluarga haruslah sedar yang perkahwinan ini dibina adalah untuk jangka masa panjang. Perkahwinan bukanlah satu jual beli. Untung sana untung sini. Nak jual anak ke apa!

Aku nak nasihatkan lah masyarakat-masyarakat dekat luar sana. Korang haruslah mengubah cara korang berfikir. Cara minda korang mengolah sesuatu perkara. Sekiranya wang hantaran makin mahal, makin kuranglah orang yang akan berkahwin dan makin banyaklah aktiviti di atas katil tanpa ikatan yang sah. If korang lebih suka begitu, TERUSKANLAH. Pendek kata, ukur baju di badan sendiri dan tepuk dada tanyalah selera. Renung-renungkan dan selamat beramal.

"Perkahwinan bukanlah masa untuk menunjuk keegoaan tetapi penyatuan dua jiwa"

p/s: If anak depa tu hafal Quran dan penuh ilmu agama didada takpa lah nak mintak mahal-mahal, ini masak pon tak reti nak mintak puluh-puluh ribu. Biol ke apa!




12 comments:

EB said...

Aku setuju dengan entri ini..
Dan kerana itu jg la semakin ramai lelaki yg kawen bila da agak berusia.. Demi gemilangnya sebuah perkahwinan nanti.. Adui..

*∽ IZAN ∽* said...

Hmm.. wang hantarann... susah betul bila dah jadi trend macam ni. kalau yg betul2 mampu ok lah.. kalau tak memang menyusahkan pasangan tu sendiri..

apa pun.. setuju statement terakhir tuh : Nak hantaran tinggi tu make sure la at least pandai masak utk suami.. ni kalau kawen last2 makan kat luar hari-hari baek tak yah la demand tinggi-tinggii.. uhuhuh

Alexandriana Alia said...

rasanya my dad n my mom takkan letak mahal sangat. bersederhana jelah sebab hidup lepas kawen lebih penting, nak bina keluarga duit penting wo.

FatinNadiah said...

sekarang standard rm10k kot utk hantaran. sebab ritu aku kawin, hubby bagi hantaran rm10k. kitorg pihak perempuan tak letak harga hantaran tuh. diorg nilai sendiri.

tp rm10k tu pon kitorg yg amik. parents tak sentuh duit tu. hehe. syok!

tapi ade gak dgr2 dari kwn, ade tu mak ayah die mintak hantaran rm20k. tu hantaran je, duit kenduri sume lain. giler ape? sabor aje la.

delarocha said...

bab hantaran ni memang memeningkan kepala. nak masuk meminang benda tu yang ditanya dulu, paling kurang lima angka

Aslina said...

blom campo lagi adik2 yg ade akak blom kawen...

hantaran barang2 serba 2.

*pengsan*

Anonymous said...

come on laaa... lelaki for sure akan bagi pendapat macam ni.. ahahhh

but entry ni memang betol..

Carl Samsudin said...

macamana pulak pendapat perempuan? boleh nak tau?

Perempuan Idaman said...

carl, apa pendapat carl pula tentang perniagaan2 utk bridal yg tumbuh seperti cendawan selepas hujan ni?
(baju,pelamin,gubahan hantaran,photograher,deco,etc) kadang2 agak overpriced for just a simple things. Perkara ni pun I rase membebankan pengantin.

-bakal pengantin-

Anonymous said...

btol3

Anonymous said...

ade yg i setuju n x dalam entry ni...mmg btol kena ukur baju dibadan sendiri...xperlu nak berhutang sana sini sebab nak buat majlis yg gilang gemilang...tp p/s yg dibawah tu xperlu dipesan tuk pihak perempuan jek, pesanan utk lelaki jugak. sudah bersedia ke menjadi imam n khalifah keluarga sebelum nk mempertikaikan bakal isteri tahu memasak @ tidak dan menghafal quran @ tidak...ini pendapat i larr.

hazman aka species1980 said...

Semestinya pihak lelaki dan perempuan akan ada hujah tersendiri mengenai hal ini....at the end.... cukup bulan dapat gaji BAYAR LOAN MAJLIS KAHWIN laaaa...

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails