Monday, August 22, 2011

Kes Sentuh Anjing dan Babi


Nanu Baharuddin dan anak anjing yang comel

Assalamualaikum.

Bila sebut anjing atau babi je semua akan cakap. Euuuuu haram! Rata-rata bila ada orang yang menyentuh anjing atau babi akan dipandang lekeh oleh masyarakat kita yang tak berapa nak bertamadun ini. Hangpa tau tak yang haramnya bila kita MAKAN anjing dan babi ini. If kita SENTUH anjing atau babi ini takda maknanya haram. Otak hangpa letak kat mana? Lutut? Babi atau anjing ini diklasifikasikan sebagai najis mughallazah (najis berat). Hangpa blajaq kan dekat sekolah bila kita sentuh najis mughallazah ini kene buat apa? Kene samak dengan menggunakan air tanah dengan mengikut caranya. Ada ustaz/ustazah hangpa cakap bila hangpa pegang anjing atau babi hangpa akan menanggung dosa yang besar? Ada? Takda kan. Tak berdosanya lah hangpa if nak pegang anjing atau babi ini. Janji lepas pegang tu hangpa samak balik. Cuma yang berdosa dan menjadi haram bila kita makan anjing atau babi ini. Jangan jadi Meleis yang noob sangat. Buat malu dekat agama and bangsa lain je. #facepalm!

Aku bukan apa nak hangin pepagi ini. Aku jelik bila tengok rata-rata Meleis dekat satu blog hiburan ini duk keji si Nanu Baharuddin atas sebab si Nanu ni duk pelok-pelok anak anjing yang kiut. Rata-rata kata yang Nanu ini berdosa and pegang anjing tu haram. Noobnyelah wahai Meleis yang duk pi keji-keji macam tu. Sekali lagi aku nak tekankan. Pegang anjing atau babi tu tak haram wahai rakyat jelata sekalian! Pegang tangan lelaki dan perempuan bukan muhrim tu yang haram! Ada hangpa Meleis nak kecoh? #facepalm!

Kadang-kadang Babi/Anjing ini lagi mulia daripada Meleis yang noob dekat luaq sana!

"Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan syarak,
syarak mengata, adat menurut."

p/s: Kalau blogger tu keluar satu fatwa yang bangang. ntah2 ramai Meleis yang jadi followers dia. #facepalm!




24 comments:

Carl Samsudin said...

Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

Desperado said...

Nanu tak berdose pun pegang anjing, nak jilat anjing tu pun tak pe...

Tapi bila tak pakai tudung, confirm berdose...hehehehehe

Anonymous said...

Bro, issue nikan very sensitive utk discuss kat maleis.. most of them very konservatif.. tapi pelik lar.. my greatgrandfather ada bela anjing.. my uncle kat janda baik pun ada bela anjing.. infact, depa nih arif dlm hal hukum hakam.. tapi kenapa kat sini jadi sensitif gila babun...

haish...

wallahua'lam...

Shukjessa said...

takyah la pegang anjing, pegang kucing lagi bagos, banyak manfaat dan dah sah2 haiwan kesayangan Rasulullah. wat pe la kite dok sibuk nak pegang anjing? orang tua2 kate takde penyakit jangan cari penyakit, kita takkan tahu bila last anjing tu jilat badan dan seberapa yakinnya kita bulu2 itu kering.

patotnye kita ni (umat akhir zaman) lebih mengikut sunnah rasulullah dari dok sibuk nak ikut resam dunia... entahlah, wallahualam...

Carl Samsudin said...

ok aku faham. If seboleh2nya jangan lah jadikan anjing sebagai binatang untuk dipeluk2 dan dimanja2. cuma aku nak tekankan bahawa pegang anjing atau babi itu bukanlah haram. cuba lihat kes vaterinar islam yang terpaksa mengubat anjing dan babi yang memerlukan ubat.

Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia.

Kirr_rule said...

Just for our info n knowledge perbezaan antara Samak n Sertu

SAMAK

1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat Muslim)


SERTU

1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.

2. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak enam kali



dan satu kali dengan air tanah.

3. Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah

Anonymous said...

What we actually mean is SERTU, but usually org just cakap SAMAK....

I totally agree with u Carl...kejadian plg memalukan is bile org Islam tu sndri too conservative smpi HARAM HALAL Xretik nak bezakan...mmg org pandang serong org pgg anjing/babi nie...kate HARAM,lalala...dosa...lala...padahal ikut hukum u kene SERTU jerr...Xkate plak dosa

worse i penah encounter kat FB my chinese fren..tgh pgg anjing kiut nie, then a malay fren of his tego 'cutenyer ur dog, mlgnyer i Xboleh pgg'...then the chinese guy ask ' why ur god kate Xboleh pgg anjing?' dgn yakinnyer dier reply, 'bcoz my god say so..its a sin to touch filthy animal'...chinese tuh boleh comment ' u know i dont think it was filthy at all, n i dont know y ur god can take it as a sin...to me its just irrational'...Xpasal2 she make the chinese tgk hukum Allah swt irrational....bcoz bg dier, pgg anjing je kowt?! Xkan da jatuh dosa.....

nor fairuz said...

kenapa orang kecoh-kecoh pasal isu pegang binatang ini sedangkan ia bukanlah satu dosa.

sedangkan yang berpegangan tangan sesama bukan muhrim yang sememangnya berdosa,orang tak kata apa-apa pun.sebaliknya,mereka menggalakkan lagi dengan kata-kata pujian seperti "auuuuuwwww,sweeettttnyeeewwww u". "moga berbahagia" dsb.takde pulak yg nak keluarkan dalil tentang hukum bersentuhan sesama bukan muhrim.hmmmmm~

just sharing

Chempaka Sari said...

Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Barangsiapa mmelihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya bekrurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi’iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu’, IX/234)

Antara alasan-alasan fuqaha’ seperti Ibn Hajar ialah:
1. Ia menakutkan jiran-jiran dan orang lalu lalang di luar rumah kita atau orang yg mengunjunginya
2. berkurangnya pahala kepada pemeliharanya
3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing
4. Ada anjing yang menjadi dari jelmaan anjing (anjing hitam pekat)
5. Tabi’at anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas dan lugas, demikian kata Ibn Abdil Barr (atTamhid, 14/221).

Kata al-Qardhawi, walaupun majoriti fuqaha’ mengatakan haram, hakikat sebenarnya Islam tidaklah melihat anjing dengan keras, kasar dan harus membunuhnya. Dalil: hadith Jabir ra, ” kalau bukan kerana anjing-anjing itu satu ummat di antara umat-umat yang lainnya, niscaya aku perintahkan membunuhnya. (HR atTermidzi dan Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Ghayatul Maram)

Chempaka Sari said...

Rumusan:

1. Berdasarkan dalil-dalil yang banyak, maka pemeliharaan anjing sebagai hobi adalah dilarang oleh RasuluLlah saw dengan berita-berita yang tidak menggembirakan kepada pemeliharanya.

2. Walaupun anjing ditegah menjadi hobi, Islam tidaklah bersikap keras kepada anjing jika ada keperluan seperti unit anjing di jabatan kepolisian, menjaga ternakan dan tanaman.

sekian

al-ahkam

Carl Samsudin said...

Ye. saya bersetuju dengan hukum haramnya anjing jika dijadikan sebagai binatang peliharaan.

memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie :
a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara
keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman,
rumah, harta benda dan sebagainya.
b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau
dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam
Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9
menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk
berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan
menjaga keamanan rumah.

cuma saya ingin menegaskan sekali lagi. HUKUM MENYENTUH ANJING/BABI ADALAH TIDAK HARAM. TQ.

mamawana said...

Slalu jumpa anjing yg lidah terjelir2, pastu suka jilat bulu badan dia sendiri... memang tak yakin utk pegang anjing tu, nanti jenuh kena cari tanah utk samak. Skrg dah senang ada sabun utk samak. Tapi lebih baik tak yah pegang2, cium2 or belai anjing tu sebab bila golek2 main2 mesti anak anjing tu jilat2 dan gigit2 manja. So to be on the safe side, takyahlah main2 pegang2 anjing nih. Arwah datuk saya ada bela anjing dua tiga ekor dulu2 sebab jaga keselamatan kampung (Atok Ketua Kampung dulu2). Anjing ni taat, jinak mcm mana pun dia tak mai dekat kat kita sebab dia tahu kita malas nak menyamakkk.. hohoho. Bila kita panggil utk beri makanan dia datang dgn tertib, dia pandang tunggu kita letak mangkuk makanan ke tanah, kita pergi, baru dia mai makan. Dia tak gelojos, kejar2, rebut2 masa makan. Ni baru berpahala memelihara , memberi anjing makan, mendidik anjing utk taat pd tuannya.... bukan utk suka suki..

mamawana said...

Baca sini lagi


http://akuanakpahang.blogspot.com/2011/08/artis-wanita-islam-bela-anjing-di-rumah.html

Dilakochan said...

yang pernah pernah tahu lah,
pegang anjing, dalam keadaan kering x berdosa @ haram..

melainkan anjing tu basah, misalnya kiter terkene lidah dia ke..bulu dia basah ke..terpijak najis dia ke.. haruslah disamak..

lain2 wallahualam..

Tapi org2 kita ni, kalau bab menyalahkan org.. hamboi kamainnn lincah tangan menaip menjatuh hukum..

Anonymous said...

hah hah hah..
yang korang dok gaduh apesal

kih kih kih
lu nak gtau yg sentuh anjing ni tak haram..

keh keh keh..
kenape tak nak pertahankan kenapa dy tak tutup aurat??

kah kah kah ..

Carl Samsudin said...

yang lu nak jadi anonymous kenapa? kahkahkah. takde alat sulit ke apa? kahkahkah.

akuanakpahang said...
This comment has been removed by the author.
akuanakpahang said...

Usahlah mempersoalkan bab hukum menyentuh ajing itu, itu terlalu mudah dan simple. Cuma kamu nak cerita tak haram menyentuh anjing itu betul... hatta nak membela ajing juga tidak berdosa kalau kena pada tempatnya cuba bayangkan kalau di rumah artis tersebut di penuhi najis mampukah dia menyamaknya 24jam??? kalau org melayu islam dah lama tahu sensitive bab ajing ini. Cuma saya tidak tahu anda dikedudukan mana. Utk makluman anda saya tidak berminat untuk meneruskan perbahasan cukup jika ajaran islam telah mengatakan anjing itu haram ianya ttp haram.

fasha said...

pendapat korang bagus2,suka sy baca.hehe. sy tatau pown kes nanu ngan anjing nih,baru tahu.tq for info :)

-atiQah- said...

pegang anjing dan babi tak haram, sbb ianya najis berat (najis mughallazah)..sejak sekolah rendah kita semua blajar pasal ni kan?

tringat 3thn lps, my lecturer tunjuk gambar student veterinar pegang anjing dan babi. isu ni kecoh smpai masuk majalah mastika, tapi akhir slide..my lecturer tunjuk, pegang anjing dan babi jauh lebih elok dari berpegangan antara bukan mahram, sebab ianya sah2 haram.

Anonymous said...

pegang anjing dan babi tak haram? eloklah korang masuk kelas fardu ain semula. makan babi nak? aku boleh tolong masakkan. kahkahkahkah!!

Anonymous said...

maybe people are worked up about this because it is definitely haram to keep dogs as pets. remember the story when malaikat Jibril could not enter the house of the prophet Muhammad (pbuh) because there was a puppy present? Dogs can never be kept as pets, it is only permissible to keep dogs as guard dogs or hunting dogs.

adam daniel said...

I setuju sgt2

Anonymous said...

cara melatih anjing agar tidak keluar rumah
cara melatih anjing bermain lempar tangkap bola
cara melatih anjing menjadi penjaga
cara melatih anjing agar pandai berburu
cara melatih anjing untuk menyerang
cara melatih anjing supaya tidak agresif

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails