Friday, September 30, 2011

Treatment fo Kiki The Cat

Kiki yang macho suatu ketika dahulu

Assalamualaikum.

Masa aku pi Europe lepas raya aritu aku pening kepala nak tinggalkan Kiki aku ni dekat siapa. Naik botak jugak lah kepala aku pikirkan masalah Kiki ini. Last minit aku buat keputusan tinggalkan Kiki dekat office aku, so that workers aku boleh amik alih jaga Kiki. Kiki aku yang selama ini bebas berkeliaran di halaman rumah aku terpaksa diletakkan di dalam kandang supaya workers aku senang nak jaga dia. Cuma bagi makan, minum dan buangkan hasil buangan dia sekali sekala. Before aku berangkat tempoh hari sempat aku singgah beli Royal Canin dekat kedai berhampiran dengan rumah aku. Aku tak perasan pon yang makanan yang aku beli tu expiry date dia bulan 6 lepas. Main bedal je aku beli. Sebab selama ini aku tak pernah amik kesah pon pasal expiry date makanan kucing ini. 

2 minggu after aku bercuti sakan dekat sana. Aku pulang ke office, workers aku cakap yang Kiki dah 5 hari tak makan. Bila diorang bukak je makanan baru kasi Kiki makan. Sekali je dia makan terus cirit birit dan muntah-muntah. Terus dia tak usik makanan tu. Aku tengok Kiki masa tu pon sangat sedih lah dengan kurus gila and bulu tercabut banyak gila. Terus aku amik half-day kerja bawak Kiki ke tempat aku beli makanan Kiki. Puas aku marah-marah owner kedai tu, then owner dia suruh aku bagi dia Kiki untuk dia rawat. Bila aku tanya charge nanti berapa yang akan dia kenakan. Dia just cakap boleh dipertimbangkan. Dalam hati aku mintak-mintak lah free sebab dia yang menjual makanan yang dah expired sehingga Kiki aku sakit gila babi punya teruk. 2-3 hari lepas tu, aku ke kedai tu tanya keadaan Kiki macamana. Dia cakap berat Kiki makin turun dan 50-50 je untuk Kiki teruskan hidup coz Kiki tak sentuh langsung makanan. Punya lah risau aku masa tu. Ye lah aku dekat rumah pon sorang-sorang je all the time, Kiki je lah peneman aku disaat kesunyian. Ecehhh!

A week after that, aku ke kedai tersebut untuk ambil Kiki, hati aku lega sikit bila doctor tu cakap Kiki gettin' better. Dengan bergegas aku cakap aku nak ambil Kiki bawak balik. Sebab aku lagi kenal Kiki aku dari doctor tu. Kiki bukan kucing yang biasa duduk dalam kandang. Dia kucing yang bebas. Aku tak pernah nak kongkong pegerakkan dia. Dekat rumah aku merata-merata tempat di pi, sampai jiran-jiran aku tau yang Kiki tu kepunyaan aku. So bila aku bawak balik Kiki yang masih selsema balik rumah. Aku lepaskan dia, terus dia golek-golek atas rumput depan rumah aku. Tersenyum aku lihat gelagat Kiki yang rindu rumput. HAHA. Tapi buat masa ini Kiki belum pulih sepenuhnya. Masih selsema and doctor tak bagi aku mandikan dia lagi. So Kiki sangat comot sekarang ini. Dah macam kucing tepi-tepi jalan dah aku tengok dia. Aku doakan yang terbaik untuk kau Kiki. Dah dua tahun kita hidup bersama. Ecehhh! Jiwang pulak. Supaya sihat cepat dan boleh mandi and kacak kembali Kiki! =)

Muka sakit. Kesiannnn.

1st time Kiki sakit teruk gila. Dah lah kene charge RM350 untuk rawatan dia. Patutnya kedai tu bagi FREE je dekat aku sebab kedai tu lah menyebabkan Kiki aku sakit. Kurang hasam! Next time bagi yang bela-bela kucing tu. Pastikan expiry date makanan kucing korang. Selagi tak terhantuk kita takkan sedar!

p/s: Doakan Kiki aku sihat sepenuhnya guys!


9 comments:

Dilakochan said...

anyonyonyonyo!
si kiki yg comot tp ttp ade kecomelan disitu!

Alhamdulillah, makin sehat kiki. Sedapp dpt landing atas rumput hijo!

Aku klw bab bab expiry date ni, mak aku lah paling cerewet. Dia lah yg tukang pesan check expiry date.. checkk checkk!!

Lps ni lebih beringat sendiri lah klw nk beli makanan tuk kucing @ diri sendiri.

meydi suka suka said...

kucing aq pnah gak kne kurap2 & bulu tggal mcm tu, tapi bile kasi susu suam2 sikit die makin selera makan.. papepon kucing kaw comel gile bro !

aizul marcello said...

Cilakak punya kedai!!!! kedai mana tu wey???

aein pandy said...

kucing kter pon prnh kna cmni.. tp mak bagi mnum air klapa.. tradisional sket.. skunk dh kmbali kacak..

Carl Samsudin said...

Dilla: Tu lah dilla, tak perasan pulak pasal expiry date ini. Selalu main beli jek. Lepas ini kene hati2 lah dengan expiry date ini. Btw walaupon dalam comot2 tapi tetap comel kannn!

Meydi: Thanks bradah! Ini lah peneman aku. Kadang2 merimaskan jugak mengikut je kehulu kehilir. HAHA

Aizul: Kedai dekat presint 15 Putrajaya. Hati2 weiyh kasi makan dekat anak2 kau.

Aein: boleh kasi air kelapa eh? Bagus jugak tu. Nanti boleh try lah. Thanks for the info!

Eyriqazz said...

cxomelnya si kiki..namapun cantik..sesuaila ngan carl..hik3

*loue me* said...

kesiannya kiki..dh kurus.walaupun kiki xreti nk baca blog, tapi harap kiki cepat sembuh

Rapunzel Cikilolo said...

sekarang ni kiki dah okey belum?? :(

Suraya Faizal said...

nak tanya..kiki selsema n bersin2 ke? n xlalu mkn?? kucing2 sue pn prnh kena selsema..mula2 ingtkn selsma biasa....tp pas sekor2 mati...:'(
mungkinkah sbb mknn?? sbb ritu sue g mktb, mak yg jga kucing kt umah...n mak yg beli mknn.... :( adakah sbb mknn jg???

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails