Monday, October 17, 2011

Europe Trip 2011: Part 2

Assalamualaikum

Ini sambungan dari "Europe Trip 2011: Part 1". Hari kedua aku dekat London aku bangun tidur pukul 3 pagi waktu London. Memang sangat segar bugar time tu. Yelah, waktu Malaysia time tu pukul 11 pagi. Mana aku tak terjaga. Tapi aku ingatkan aku sorang je yang dah terbangun time tu. Rupanya all my family members dah bangun and siap-siapkan untuk breakfast. Tung tang tung tang dapur. Bukan breakfast sebenarnya, tapi dah macam sahur! 


Breakfast strawberry di pagi hari memang macam mat saleh! hewhewhew.

Sementara tunggu matahari terbit di Kota London marilah kita bercamwhore di dalam toilet. Walaupon muka macam baru bangun tidur tapi aku dah mandi. Tak tahu lah kenapa muka macam tu. Mungkin masih pukul 4 pagi punya sebab kot. KAH!

Around pukul 7 pagi dah menampakkan kelibat matahari menyinari Kota London. Aku with my sister's family terus bersiap-siap untuk berjalan-jalan di Hyde Park. Hyde Park merupakan salah satu taman terbesar di London. Tapi pagi tu menampakkan tanda-tanda nak hujan je. Pikir-pikir nak pergi ke tak Hyde Park ni disebabkan kalau hujan nanti susah nak cari tempat berlindung. Lat talilat tali tamplom! So redah jek!

Hyde Park, London - credit to Wikipedia

Berdasarkan pengalaman aku 2 tahun lepas aku berjalan mengelilingi Hyde Park sorang-sorang, so aku mengajak my sister's family merentasi Hyde Park menuju ke Royal Albert Hall. Lets berjalan! Sambil jalan-jalan menikmati waktu pagi di taman yang penuh dengan burung, tupai, swan, flaminggo dan matsaleh yang galak berjoging dengan berbaju kecik. Tahan gila diorang dengan susana sejuk-sejuk pagi yang boleh buat gigil nak mampos!

My sister's family 

Swan yang cantik-cantik di tasik di tengah-tengah Hyde park. Happy je rasa tengok swan-swan ni berenang-renang. Tak takut dekat orang pon. 

Ok. My sister duk dengar arahan dari mr photographer. Haaaa. tunjuk sana tunjuk sana. hewhewhew 

Eceh! Kacak bergaya. 

My sister and her husband. Hujan dan nak mulai turun. Demn! 

Dang! Obelisk di tengah Hyde Park! 

Tak sempat nak snap gambar Royal Albert Hall sebab hujan makin lebat pulak turun. Nak kasi keluaq kamera nanti terkena hujan pulak. Rosak tak pasal-pasal. So kami anak beranak berlari lah patah balik dalam keadaan hujan. Bayangkan dengan sejuk pagi + baju kene basah hujan + berlari. Mengigil woooo. Then my mom call suruh balik cepat-cepat sebab nak breakfast dekat Malaysia hall. Huh? Malaysia Hall. Taknak aku. Asyik-asyik nak makan nasi kan. So aku decide aku sorang pi Subway Bayswater and my sister's family pi makan dekat Malaysia Hall with my parents. 

Sambil layan Subways set for breakfast 2 Pounds and layan orang berlari di luar sebab hujan. Cool and syok gila!. Dekat Subway ini dalam 30 minutes jugak lah aku berborak dengan orang-orang yang nak pi kerja dekat area London ini. Nak-nak borak dengan gadis-gadis cantik. Memang seronok berbreakfast!

My family infront of Malaysia hall. Tersegam indah Jalur Gemilang! 

Si comel 

Dah kenyang sorang-sorang melantak breakfast. Then we decided nak pi Trafalgar Square, tempat yang famous dengan burung merpati di suatu ketika dahulu. Siapa yang tak tahu apa itu Trafalgar Square aku tak tahu lah nak cakap apa. Haiyhhhh.

Menanti bus double dacker yang lama. Tapi bus yang lama tu sangat susah dah nak jumpa. So bus baru je yang ada. Layankan je. Dalam 20 minutes jugak lah naik bus dari Queensway to Trafalgar Square.

 Nelson's Column in Trafalgar Square. Siapa nampak bendera Malaysia dekat sini anda merupakan antara orang-orang yang bertuah dan hidup lama.

 Burung merpati dah tak banyak dah dekat sini. Nak kasi makan dekat burung pon kene sound dengan pakgad dia. Diorang taknak Trafalqar Square ini penuh dengan tahi burung. Tapi tak best dah la Trafalgar Square tanpa burung merpati. Ye dok?

 Kacak tauu.

One of my fav place dekat London ini. National Gallery. Dekat sini dulu aku pernah jumpa gadis tercantik aku pernah lihat. Bayangkanlah dia punya cantik aku tak bekerlip tengok, sopan santun, pakaian ala-ala royal family. Aku rasa perggghhh! Mintak-mintak kali ini ada lagi gadis tu. Sadly, ngak ada dong!

Dekat National Gallery ini family aku terpaksa layankan aku nak dekat 2 jam jugak lah sebab aku nak round puas-puas National Gallery ini. Aku kan mengidolkan Leonardo Da Vinci. So tujuan aku ke sini nak mencari salah satu karya original Da Vinci. Sekali terpampang depan mata. Nak mengalir air mata. 500 years punya artwork! Gila kau! - Madona of The Rock

Virgin of The Rock/Madona of The Rock - credit to Mr Google (Disebabkan tak dibenarkan mengambil gambar di dalam gallery ini), Kalau korang die hard fan of Dan Brown yang menulis buku Da Vinci Code, mesti korang ingat ada satu babak dalam filem tu yang mengisarkan tentang artwork Madona of The rock ini. Tapiiii, dalam buku tu mengatakan Madona of The Rock ini dekat Musee Du Lourve, Paris. Apa ini Dan Brown! Tak baik tau hang tipu cek. - Banyak misteri pasal Madona of The rock ini, pasal background ini orang still tertanya-tanya manakah tempat ini. Sama dengan potrait MonaLisa. Suka sangat Da Vinci ini buat background yang bergunung berbatu.

Shoping sakan aku dalam National Gallery. 

 Nak dekat 100 Pounds jugak lah aku habiskan untuk membeli buku-buku dalam National Museum ini. Rm500 just untuk books dowh! =). pfttt

 Hailll to George Washington! 1st President of United States and 33rd degree of Scotish Rite Freemansory!

Dalam pukul 7 macam tu kami pon balik lah ke Bayswater and lepak-lepak makan dekat Malaysia Hall. Tapi aku still taknak lagi makan nasi. Aku round area Bayswater and pi mencari Taza Kebab yang terbaik! Layan makan kebab kambing sorang-sorang sambil usha orang-orang balik kerja. Style!

 Om nom nom Taza Kebab!

Dalam pukul 11 malam kami naik cab menuju ke Stansted Airport dan terpaksa bermalam di airport supaya tak terlepas flight ke Germany esok pagi pukul 7. Tidur dekat airport? Disaster! Bersambung....


4 comments:

ilyani said...

carl.. nanti bawak i!! haha.. :D bestnyee...

Carl Samsudin said...

Ok yanie. Next time kita pi sana! Jalan2 dan shoping! =)

muhammad said...

assalamualaikum..
best tngok entry kali ni...harap apa jua yg saudara citakan berjaya...k.saya ni baru nak berjinak2 dgn blog ni..so klau x kberatan minta sdikit ilmu dri saudara untuk mmbri sdikit tunjuk ajar.. mcm mana nak membuat blog yg hbat mcm blog saudara ini...harap kita bleh jadi kwan baik...terima kasih....

Bilal binti Robah said...

untongla si kachak itu kan
tite org mesia je
tite jenjalan pon kt sanwei piramid je
takpe ah
redha je ah

:P

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails