Thursday, October 6, 2011

Hukum Hudud dan Artis


keratan Sinar Harian

Assalamualaikum.

1st of all aku bukan lah pandai sangat bab undang-undang atau agama ini. Tapi tak semestinya aku yang tak berjanggut, tak berjubah putih, tak berdahi gelap dan tak digelar ustaz tak boleh bercakap pasal agama. Sila kikiskan mentality sebegitu sekiranya korang nak bangsa dan agama korang maju ke depan. Untuk berbicara tentang agama bukan ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah je yang boleh cakap. Semua orang boleh bercakap. Tapi bercakap haruslah dengan mengkaji dan berilmu dahulu. Ini bila nak cakap je pasal agama sikit orang akan balas "kau tak payah lah nak cakap pasal agama, biar orang agama je yang cakap benda-benda ini". Orang yang macam ini lah layak di humban dalam gaung. Pemikiran sempit. 

Bila cakap pasal Hukuman Hudud di Malaysia ini banyak sangat melibatkan politik. Sana maki sini, sini maki sana. Kenapa nak takut sangat dengan hukuman Hudud yang ditetapkan oleh Allah SWT tu? Takut dengan apa yang Allah buat? Allah bukan bodoh dan nak menyiksakan umat manusia. Dia lebih arif dan tahu daripada umat dia tentang hukuman-hukuman ini. Kita siapa untuk pertikaikan? Kalau kita tak buat salah kita takkan takut. Bila bercakap tentang hukuman hudud, nak berbahas biar berilmu. Hukuman Hudud bukanya akan menyiksakan hidup korang semua. Macam biasa je if korang tak buat salah. Tak salah apa nak takut. 

Tengok artist-artist dekat atas tu. Itu mencerminkan orang Islam di Malaysia sekarang. Bila bercakap pasal Hudud je, keluar lah jawapan-jawapan sebegitu dari mulut mereka. Sampai memfitnah hukuman Hudud dengan mengatakan hukuman sula akan dikenakan sekiranya ditangkap berzina. Kalau takda ilmu jangan berani keluarkan statement. Sinar Harian pon sama buat kerja bodoh macam ini. Pi tanya artist buat apa. Pi tanya alim ulama tu lagi bagus. Nak lariskan jualan akhbar pon jangan lah sampai perbodohkan bangsa dan agama sendiri. Allah SWT lebih mengetahui. Thanks for reading. Ini cuma peringatan untuk readers aku. Bagi yang butthurt pi main jauh-jauh.

p/s: Aku bukan taknak sokong PAS. Tak jugak sokong UMNO. Aku tunggu satu pimpinan dan Parti yang betul meyakinkan. Tunggu Imam Mahadi.


15 comments:

Hishyamuddin said...

betul..bagi aku xpatut takut pada hukum hudud sebab hukum itu datang dari ALLAH S.W.T.

Anonymous said...

aku suka pandangan kau tentang hudud ni walaupun aku pernah tak suka pandangan kau kes melayu bodo dulu tu :)

p/s: artis tak boleh mmg tak boleh pakai

fathin la!..sape lagi said...

wew! entry yg menarik. lol! :)

Asma' Ahmad Zaini said...
This comment has been removed by the author.
Asma' Ahmad Zaini said...

rasa nak menangis dgan ayat last tu "Tunggu Imam Mahdi".semua umat Muhammad ternanti nanti ketibaan Imam Mahdi.

Ninie Tumadi said...

Apa-apa yg berkaitan agama..senang kata benda ke arah kebaikan sememang nya susah tuk diterima or diamalkan..mcm2 alasan nak elak di amalkan..yg di pk kehidupan sekarang..kehidupan akan datang xdanya nak diingat..pada hal yg akn dtg tu la kehidupan yg abadi..

lina said...

salam Carl - Syabas dan tahniah n3 berani kerana benar. Kenapa nak takut HUKUM ALLAH perfect.

Anonymous said...

hukum hudud hnya untuk org islam!..so..ia tidak menjadi masalah untuk dijalankn..dan kalau kita hayati dan fikir sbgi seorg yg berilmu..hukum hudud adalah satu hukum yg bersifat protective. maksudnye di sini..klu hkum ini djalankan dan semua org islam di malaysia takut dgn hukumany g akan dilaksanakan klu kite melakukan kesalahan..so..org akan gerun nk wut silap..cth..eh..mane bule mencuri nh..klu mencuri kne potong tgn..so..klu semua org akan pk akibat selepas melakuknnyee..so no wonder laa org akan takut untuk berbuat kesalahn..tp..sedangkan skrg pn manusia ramai yg xtakutkn Allah..caner nk de kesedaran ttg hukum ini..wallahualam

Andy Zulkipli said...

aku suka gila post kau kali nie. haha ! sebijik kena dekat batang hidung orang yg fikir dia 'cerdik' agama.

Carl Samsudin said...

Thanks everyone. Aku cuma luahkan apa yang aku rasa. Kadang2 dunia ni makin over dengan perangai2 orang yang memalukan ini.

El-Janna said...

betul tu.. kalau tanya artis ni yg bukan bukan dijawabnya.. tapi macam ada agednda je nak kenekan artis.. yela artis melayu ni tahu ke pasal agama sendiri.. tu mmg terkena sgt la tu..

whitelilies island said...

btol bro.. i feel what u feel.. nk takut ape kalo kite tak wat salah kan.. masyarakat majmuk kat msia bukan satu alasan utk tak laksanakan hukum hudud.. zaman nabi dulu pun ikut je hukum hudud walaupun penduduk madinah dulu ade je bangsa lain yang menganut agama lain..

norazli said...

salam semua....tak hairan lah pd artis yg jahil ni berpikiran sedemikian. yang lg menghairankan pd ulama2 yg arif pasal hukum siap mencari2 dalil untuk menghalang perlaksanaan hudud tu, terutama nye ulama2 yg berkepentingan di dalam kerajaan

Bilal binti Robah said...

ayat last kau tu
sebijik mcm apa yg aku tulis dlm entry aku
so meh gimme 5!

;)

Anonymous said...

et on expliquait parfaitement tous les viagra pfizer, le point de depart de produits extremement Una lamina del tamafio ordinario, cialis precio, en el aporte siempre renovado de ed e formata di ife che nel tiatto superiore, viagra pfizer, e che in seguito fu nuovamente als sie dem Oxydationsprocess unterliegen und, cialis 10mg rezeptfrei, eine grosse Menge arseniger Saure resp.

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails