Wednesday, November 2, 2011

3rd Class Mentality - Malaysian



Assalamualaikum

 Setelah sekian lama aku tidak menulis kali ini aku nak menulis ikut perasaan tambah otak. Blog aku ini terpaksa aku abaikan disebabkan aku takda masa nak menulis di sini. Hidup seharian penuh diisikan dengan mencari rezeki-rezeki yang insyaAllah halal. Siang kerja di Nilai dari jam 8-5 petang dan malam kerja di Bangi dari pukul 530-1 malam. Kira-kira nak dekat 17 jam sehari aku bekerja. Cukup ke masa untuk aku berehat? Tidur? Rutin harian aku untuk membaca memang dah kelaut dah jawapanya. Aku kene fikir balik sama ada aku perlu teruskan bekerja atau tak. 

 Bagi yang dah tau, tau lah. Bagi yang tak tahu, aku sekarang bekerja part-time di Kedai Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi. Kedai ini betol-betol berhadapan kilang Sony and bersebelahan dengan Balai Bomba. Aku kerja sini pon disebabkan aku enjoy bekerja dengan kawan-kawan kampung aku yang berasal dari Tanjung Lumpur. Memang 100% cakap Tanjung Lumpur + Terengganu je bila aku bekerja dekat sini. Smpai terbawak-bawak ke rumah bahasa tu. Plus aku kerja dekat kedai makan ini, aku nak observe perangai-perangai orang Malaysia ini. Hampir sebulan aku bekerja dekat kedai makan ini. Aku dapat perhatikan sesuatu. 

 Aku nak cakap pasal 3rd Class Mentality by most Malaysian. Most ye. Bukan 100%. Pada yang fakap and burthurt dengan apa yang aku cakap ini aku mintak maaf awal-awal. Tapi aku cakap dengan apa yang aku dan rakan-rakan aku nampak dan perhatikan. Kita di didik dan diajar oleh ibu bapa kita dan cikgu bila besar harus menjadi pekerja yang berkelas A seperti doctor, peguam, jurutera, arkitek dan etc. Bagaimana dengan pemuzik? pereka fashion? mekanik? jurugambar? pelukis?. Pernah terfikir tak benda-benda macam ini. Kalau duduk dekat Malaysia ini, kebanyakan profesion yang tidak berkelas A ini akan dipandang jauh lebih rendah dari berprofesion kelas A. Katanya dengan menjadi pemuzik, pereka fashion, pelukis, ini semua pekerjaan tak boleh cari makan dan menjamin masa hadapan. Tahukah anda, di Eropah yang telah berzaman bertamadun, profesion kelas A ke, B ke C ke semuanya sama taraf sahaja. Kita menghargai dengan pekerjaan seseorang. Kau rasa doctor boleh hasilkan seni secantik pelukis? Maka, janganlah memperlekehlan  golongan yang tidak diikitiraf sebagai profesion kelas A di Malaysia ini. Kenapa mentality kebanyakan Malaysia macam itu? Kalau anak nak jadi fashion designer? Mak bapak akan tentang keras-keras. Malu katanya pada keluarga yang lain dan jiran-jiran. Aku rasa anak dia lagi malu ada mak bapak mentality bodoh macam tu. *Maaf emosi mengusai penulisan*.

Bila aku bekerja di kedai makan, aku boleh nampak macamana pelanggan yang rasa dia sangat hebat treat pekerja macam aku ini sangat bodoh. Memang customer always right tapi bagi aku customer yang always right tu customers yang bukan datangnya dari 3rd class mentality. Kalau yang 3rd class mentality ini dia akan anggap pekerja yang bekerja di kedai makan ini tak bependidikan dan tidak berilmu as diri dia tu. Hey ho! Bila aku terkena serangan macam tu dengan pelanggan aku rasa nak tepuk je bussiness card aku atas dahi dia. Kita sama manusia sila respect la dengan pekerjaan manusia lain. Jangan berlagak sangat. Kau ingat orang bodoh je ke kerja kedai makan? Lame ass 3rd class mentality Malaysian!!

p/s: Dah lama tak menulis, kumpul dendam. Mampos.




13 comments:

BeaN MorENo said...

aku customer yang baik kan carl haha

Carl Samsudin said...

Kau yang terbaik. XOXO

jieha nasir said...

setuju :)

Rai said...

kalau aku, aku tak suka anak aku jadi fashion designer sbb takut dia design baju tak menutup aurat.. haha..

tapi jeles ohh dengan org yg berbakat..

pernah gambar member aku kat FB diorg pedajal post kat group lepas tu diorg pakat kutuk kata muka macam org miskin..patut tak patut?

BibiErr Karim said...

Oh chenta entri ini. Aku salah seorang yang duk ngadap pelanggan2 ni setiap hari. Pelajar uni yang masih berjuang nasib; belum tahu lulus cemerlang or kecundang tengah jalan.

Ada masa rasa nak lampiaskan marah, tapi minda cepat warning sang hati. Kalau tunjuk taring amarah, sah2 terus terjun ke grup 3rd class mentality.

syirah_8920 said...

kerja di nilai boleh saya tahu kat mana coz saya pun kat nilai juga.... apa apa pun betul cakap awak....

n@m@n said...

sabo..hehe

teringin gak nanti nak merasa ikan bakar kat situ..haritu nak pergi tak jadi pulak

YdaNorhan said...

setuju dengan carl...
before yda further study skrg,yda bekerja...mcm2 da kerja buat,plg lama as sales asst~

masa kerja as sales asst ni la yda nampak ramai org yang berfikiran mcm ni.tau la dia kerja hebat, kereta hebat tapi sangat berlagak..kadang2 dia lupa, tanpa orang kelas bawahan, macam mana dia mampu berdiri segah sekarang...huh~

Aku By Pojie said...

LIKE yr entry..

dulu gua nak amik fine art , family tentang hebat...

Then gigih la maik biology segala..

Hehhehe ;p

PokCik BoTak said...

customer buget bagus memang nak makan penampor

Anonymous said...

ala, as you know mr. Carl, lemme guess yg buat cmtu mesti meleis kan??..:)..haha, not to be offensive in any ways but if my guess is right than its fukkin true yg mostly malysian dont matter what their races are sometimes can be a bit self-centered. i have the same situation where this faymes mua (is a she) just reply my message like !@#$%^&...i ask her politely but then she just simply answer, 'sori yang, sarawak is jauh sgt and i ask her again kalau u buat tuto. vid boleh tak?..and again she said no.. i mean, for me she sounded rude and i like to say there is a hint of racism there. This is what i call stupid 3rd class mentality malaysian. kenapa orang malaysia zaman siber sekarang kalau dah rasa popular terus nak sombong ek?..it doesnt that youre famous or rich or pretty forever, turunnya nnti ke tanah jugak, so please, mind your attitude Malaysians!...
p/s=jgn butthuart sudah..:P

Shahira said...

org kuantan? good me alsom from c'wasih.
hmm ingtkan aku sorg je yg alami environment 3rd world mentality.
pas abis spm ingtkn nak smbung dlm bidang fashion or law but sad ahh abah tentang abis2kan.
reason?
amik that course mcm satu kaki melangkah ke neraka.
perghh sentap habis.
so by the end terpaksa juga masuk matriks blajar science yuckssss ended with bad result tp syukur alhamdulillah dpt smbg deg *tp course pun akak yg pilih* pastu dpt smbg master, which is good.

but the question is?
y old ppl suka fikir mcm tu?
alahai.. nak tentang pun parent sndri right?

and lagi satu yes aku benci customer yg bajet bagus.
btw aku skg kerja as store exec at brands outlet ecm, ktn.
sll berhdpn dgn cina kiasu dgn stupid meleis.
serious rs mcm nak lempang or maki blk after what they did to my staff.
tengking sesuka hati n sll ckp "customer is always right"
go to hell lah and sales pun takkan drop kalau kau xde!

geram serius geram.
btol lah dr. M ckp : meleis mudah lupa and cina kiasu yg bajet ada duit bole buat n ckp sesuka ati.
ingt aku ni xde high education ke...
T_T

truly yours,
shahira

Joseybjb said...

setuju :)

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails