Tuesday, November 8, 2011

Seksualiti Merdeka 2011 : Queer Without Fear


Seksualiti Merdeka 2011 : Queer Without Fear

Assalamualaikum.

Sekali lagi Dato' Ambiga Sreneevasan

Sejak 2-3 minggu ini most of Malaysian talk about Seksualiti Merdeka 2011 yang dibawakan khas oleh Dato' Ambiga Sreneevasan. Apa yang dibawa oleh Dato' Ambiga Srenevasan ini adalah bertujuan mewakili setiap individu yang percaya mereka mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri atas tubuh mereka sendiri. Seksualiti Merdeka dengan tegas menentang segala bentuk stigma, diskriminasi dan penganiyaan yang bertujuan menggangu dan menidakkan hak seksualiti. Seksualiti tidak dapat dipisahkan daripada keperibadian setiap manusia. Perkembanganya secara penuh bergantung kepada pemenuhan keperluan dasar manusia seperti keinginan untuk berhubung, keintiman, kenikmatan, kelembutan dan cinta. Hak-hak seksual bagi Dato' Ambiga Sreneevasan merupakan hak asasi manusia sejagat berdasarkan kebebasan dan maruah manusia. Dato' Ambiga membuat perjuangan ini terhadap golongan LGBTIQ : Lesbian, Gay, Biseksual, Transgander, Interseks dan Queer. 

Secara amnya apa yang diperjuangkan oleh Dato' Ambiga Sreneevasan ini dalam Seksualiti Merdeka 2011 adalah untuk memberi kebebasan bagi golongan LGBTIQ ini untuk meneruskan kehidupan mereka sebagai individu normal tanpa diskriminasi oleh rakyat Malaysia. Tetapi apa yang dipaparkan oleh media-media massa kita di Malaysia, Seksualiti Merdeka 2011 ini adalah satu perhimpunan untuk menggalakkan Seks Bebas. Apa yang diperjuangkan oleh Dato' Ambiga bukanlah Seks Bebas, tetapi untuk menegakkan dan menghalalkan status golongan-golongan LGBTIQ ini. Bagi aku, 2-2 tak betol. Ambiga ini manusia yang tidak beragama ke? Media massa Malaysia golongan yang tidak belajar ke? 

Kalau nak tegakkan kebenaran wahai media massa Malaysia. Jadilah golongan cerdik pandai dahulu. Bukanya jadi seperti wartawan majalah hiburan.

Berbalik kepada apa yang ditegakkan dalam Seksualiti Merdeka 2011 ini, kebanyakan individu yang menyokong dengan perhimpunan ini adalah golongan atheism. Golongan atheism ini merupakan golongan yang tidak mempercayai dengan kewujudan tuhan. Jangan terasa pelik tentang kewujudan golongan athesim di Malaysia ini. Mereka memang wujud. Bukan sahaja berasal dari yang beragama Islam, malah dari agama lain seperti Christian, Hindu dan Budha juga ramai convert menjadi atheism. Bila mereka percayakan "Our Brain is Our God". Maka, adakah Dato' Ambiga ini merupakan seorang yang tidak beragama dan atheism? Kerana tiada agama yang menghalalkan hubungan sejenis. Hanya atheism sahaja yang membenarkan. 

Jadi dengan itu rakyat Malaysia sekelian. Terutama yang majoritinya beragama Islam. Jangan jadikan negara kita ini ditakluki oleh golongan-golongan seperti Dato' Ambiga ini. Teruskan pertahankan agama dan negara anda. Jangan jadikan rakyat Malaysia ini seperti Kaum Sadum ketika zaman Nabi Luth AS. Jangan nanti Allas SWT menterbalikan negara kita ini menjadi Laut Mati seperti yang terjadi pada kaum Nabi Luth. Ada otak untuk berfikir. Aku cuma menyampaikanya sahaja. TQ.

Apa yang boleh diintepretasi dari gambar di atas? Tuhan bagi otak untuk berfikir?

p/s: Malaysia bukanlah lagi sebuah negara Islam.



2 comments:

Dilakochan said...

Ambiga ni main psycho lah.
Dia buat mcm ni, sbb nk mendapat perhatian.

Sekali nk dpt perhatian di mata dunia bila dia naikkan perkara mcm ni.

Adibah Khairah Natalie said...

Jap...jap Ambiga ni bkn hindu ke?dia pakai nandek (kt dahi) tu.setahu saya agama hindu akn pkai benda itu.Di harap pihak kerajaan tidak melayan permintaan mengarut NGO yg seumpama ini.Pihak mediatak payahlah publish yang membawa kepada keretakkan masyarakat.

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails