Monday, December 5, 2011

Europe Trip 2011: Part 3


Assalamualaikum

Lambat betol aku nak mengupdatekan blog Europe trip aku ini
ok ini part 3: pendek sahaja.

So ini merupakan hari ke 5 aku di benua asing. Perjalanan dari Stansted Airport United Kingdom menaiki Ryanair (penerbangan tambang murah) ke Karlsruhe Baden Airpark, Germany (bukan typo tapi memang airpark) mengambil masa satu jam sahaja. Tapi dia punya lalok aku dalam flight tu memang aku rasa nak muntah je atas seat flight tu. Serious disaster! Aku malas nak ingat. Sakit woo sakit. Aku doa doa je kapal terbang kecik tu tak terhempas dengan aku kepala biol time tu. Gegar sana gegar sini. NIGHTMARE.

Bila dah sampai dekat Karlsruhe Baden Airpark, Germany. We rent a car then kita drive ke Wissembourg, France pulak. Drive belah kiri ok. Belah kiri. Tapi tak jauh mana pon sebab dia dah dekat-dekat dengan sempadan. Around 45 minutes we arrived dekat Wissembourg,  France. So, kami menetap di rumah Aunty Abizza (kenalan family aku) dekat sana. Plan keesokan harinya nak terus ke Switzerland tapiiii on hold. Sebab aku tak larat gila. Vomit berapa kali. Dengan perut masuk angin lagi. Serious rasa nak tidur je time tu. By the way, rumah Aunty Abizza ini cantik secantiknya gila! Aku lupa nak snap gambar or buat video masa pergi rumah dia ni. Tapi sumpah cantik! Jap aku rasa aku ada amik guna Blackberry kot tempat tidur aku untuk beberapa hari disana. Bukak folder jap!

Loading.........

Tadaaaaa! Ini atas loteng ye. Sekali lagi, ATAS LOTENG!

Maka kami menghabiskan hampir 2-3 hari di Wissembourg,France ini untuk mengecas semula tenaga yang ada sebelum kami akan memandu beribu batu merentasi benua eropah. Antara benua yang paling awal bertamadun di dunia. (try baca ala-ala jejak rasul). 

Ini cara my Baby Butterfly charge energy.

 Pada yang malas nak charge energy, dia akan bershoping chocolate macam nak gila. Khas untuk ibu aku yang tercinta. Chocloate penuh satu hand luggage!

 Nampak muka hensem yang penuh dengan energy tak? Haaaaa. kan!

 Amacam?

Ok kami sekeluarga ingin meneruskan trip perjalanan kami ke Switzerland! Before tu kasi snap gambar part of family dulu dekat laman rumah Aunty Ibizza!

Start engine. Lepastu jalan. About 500 km. Vrooommm..

Eh Eh Eh. Stop sekajap dekat Basel kot. Damn! Aku lupa nama tempat yang ada Bally Outlet tu. So family aku berhenti dekat situ sambil makan-makan makanan yang dibekalkan oleh Aunty Abizza. Kena ada bekalan makanan lah kalau nak merantau kan. Negara orang susah nak cari makan wooo!

 Aku tak minat nak bershoping dekat Bally Outlet. Padahal mahaiii. Takdak duet!. So pusing-pusing sambil main-main dengan asap di mulut pon ok dalam kedinginan petang. Bukan isap tau! Main main je tu.

Then kami sambung perjalanan ke Interlaken Switzerland. Ambil masa 1 jam lebih jugak la kot.

Interlaken ini bermaksud diantara dua lake (tasik). Tempat ini sumpah cantik! Tempat paling cantik aku pernah nampak dalam dunia. 

This is Switzerland! *abang ipar aku je ada gambar macam ini. Sebab aku berani duduk tepi tasik betol-betol nak ambik gambar dia. Bila aku nak gambar macam ni mak aku dah bising. BAHAYA TUUU! ermmmm.

p/s: Next entry aku story pasal Switzerland ok. Ada rezeki ada video sekali. hewhewhew


2 comments:

Eyriqazz said...

fuhh..meriah..jgn lupa belikan fridge magnet utk eden..hik3..

Ashley Petersen said...

fuhh..meriah..jgn lupa belikan fridge magnet utk eden..hik3..

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails