Tuesday, December 13, 2011

Perkahwinan Jahiliah Menggalakkan Maksiat

7Khas untuk Diriku, Keluargaku dan Rakan-Rakanku.

Assalamualaikum.


 Kahwin? Kahwin bukan susah. Kalau kita betul-betul ikut landasan agama Islam tentang perkahwinan. Kahwin bertujuan untuk menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan dengan mengucapkan kata-kata yang menunjukkan nikah mengikut peraturan yang ditetapkan agama Islam. Kahwin adalah wajib bagi mereka-mereka yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat sedangkan mereka mampu untuk mendirikan rumah tangga. Mampu membayar mas kahwin dan mampu memberi nafkah kepada isterinya. Kebanyakkan hamba Allah ini keliru antara mas kahwin dan wang hantaran. Mas kahwin merupakan satu pemberian yang wajib daripada suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. 

Sabda Rasulullah SAW:
"carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin diperbuat daripada besi" - (Riawayat Bukhari)

Dari hadith diatas, nyatalah mas kahwin boleh dijadikan dari apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sperti wang ataupun barang-barangan. Di Malaysia, mas kahwin adalah berbeza-beza mengikut negeri. Tetapi kebanyakanya tidaklah melebihi RM1ribu. Manakala wang hataran hanyalah hadiah yang ikhlas dari pihak suami kepada isterinya. Mas kahwin adalah wajib manakala wang hantaran cuma hadiah yang dilakukan mengikut adat. Tetapi zaman sekarang manusia banyak melebihkan wang hataran sebagai point utama sesuatu majlis perkahwinan. Adat Melayu melebihi agama Islam. Itu menunjukkan kejahilan umat manusia pada masa kini. Adakah anda?

Wang hantaran bergantung kepada taraf pendidikan dan pekerjaan si isteri. Makin tinggi taraf pendidikan si isteri atau pekerjaanya maka makin tinggilah nilai wang hantaranya. Walaupon huruf-huruf arab pon si isteri tidak mengenalinya. Bahkan khatam Al-Quran. Seperti si Ayah menjual anak perempuanya kepada seorang lelaki yang bakal menanggung dosa-dosa anak perempuanya itu. Sedarkah wahai si Ayah? Kalau tidak punyai RM20ribu untuk wang hantaran, lupakanlah sahaja niatmu wahai jahiliah. 

Apa yang wajib dalam perkahwinan adalah dengan mengikut rukun nikah iaitu, pengantin lelaki dan perempuan, wali dan dua orang saksi lelaki, dan ijab/qabul (akad nikah). Itu sahaja yang diperlukan untuk sesebuah majlis perkahwinan termasuklah mas kahwin dan kenduri kahwin (walimatulurus). Ada sesetengah ulama' mengatakan walimatulurus ini adalah sunat sahaja bagi mereka-mereka yang benar-benar tidak berkemampuan. Tujuan walimatulurus adalah untuk menghebahkan kepada orang ramai tentang perkahwinan tersebut bagi mengelakkan fitnah. Adakah syarat-syarat wajib ini susah?

Kenapa umat manusia era ini hanya mampu menggaru kepala bila diajukan tentang kahwin?
" duit tak cukup lagi nak kahwin, kahwin menelan belanja melebihi RM30ribu, mana nak cari"

Kebanyakkanya sanggup meminjam dari bank untuk mendirikan perkahwinan. Loan sana dan loan sini. Tahukan anda isteri anda adalah milik bank selagi anda tidak mampu menjelaskan hutang anda di bank? Jangan sentuh isteri anda selagi hutang bank tidak dijelaskan.

Cukuplah mengamalkan amalan-amalan jahiliah Melayu bila ingin melangsungkan perkahwinan. Disebabkan amalan-amalan jahiliah yang menelan belanja beribu-ribu ringgit inilah anak muda zaman sekarang ini susah untuk berkahwin. Bila mereka rasakan susah untuk berkahwin maka akan berlakulah maksiat di merata-rata tempat. Kenapa? Kerana majlis perkahwinan adalah mahal. Tidak mampu untuk melangsungkan walhal sudah wajib bagiku. Kenapa nak kena ikutkan adat-adat orang yang sudah bila melangsungkan perkahwinan? Kenapa nak buat pelamin mahal-mahal? Kenapa harus mengupah mak andam untuk bersolek seperti opera cina di hari perkahwinan? Kenapa harus bertukar-tukar baju? Kenapa harus mengupah photographer dan videographer mahal-mahal? Ini semua adalah disebabkan hati jahiliah manusia ingin berbeza dari orang yang sebelumnya. Malu jika orang mengutuk dan mengkeji majlis perkahwinanya nanti. Tidak perlu semua itu. Aktiviti jahiliah inilah yang menelan belanja beribu-ribu ringgit sebenarnya. Disebabkan inilah banyak pemuda pemudi tak berkahwin. Aku nak salahkan orang-orang yang berfikiran sempit bab kahwin ini. Kenapa lah kebanyakan Melayu aku begini? Malu aku.

Aku rasa mampu sahaja sekiranya mempunyai RM10ribu untuk menukarkan dari satu ikatan yang tidak sah kepada sah. Apa yang wajib anda mendapat pahala. Apa yang jahiliah anda mendapat dosa. Makin banyak duit dikeluarkan makin banyak dosa yang anda dapat. Tuhan bagi otak untuk berfikir. Jangan ikutkan orang jahiliah sebelum ini. Teruskan niat berkahwin anda. Selamat Pengantin Baru kepada umat Melayu yang bukan jahiliah. Moga dirahmati Allah SWT.

Khas untuk Diriku, Keluargaku dan Rakan-Rakanku.

Kan manis jika duit kahwin yang lebih-lebih tu dijadikan tiket perjalan anda ke Tanah Suci Mekkah bersama pasangan anda.

p/s: Kahwinlah kamu selagi boleh berkahwin. Dunia semakin habis.

JIKA ANDA SALAH SEORANG MANGSA PERKAHWINAN JAHILIAH. PEDULIKAN APA MASYARAKAT CAKAP TENTANG MAJLIS PERKAHWINAN ANDA. ALLAH SWT LEBIH MENYAYANGI ANDA.

 DO SHARE WITH YOUR FRIENDS AND FAMILY MEMBERS

25 comments:

BeaN MorENo said...

satu isu yang best...serius perkahwinan sekarang memang membebankan terutama bagi pihak lelaki...dahla kena letak hantaran tinggi pastu perbelanjaan kahwin nak kene letak...nasib baik aku dah terlepas

Suraya Aris said...

betul-betul. saya ada kazen doktor, hantaran hanya 8 ribu. mengalahkan orang yang kerja biasa2 tapi mahu hantaran sampai berpuluh ribu. hmm pelik dengan dunia sekarang.

Carl Samsudin said...

Sebab aku rasa kita terutamanya orang Melayu ini banyak tersimpang jauh dengan hal-hal kahwin ini. Ini semua pengaruh media-media macam nona. Dengan celebrity kahwin lagi banyak meracuni pemikiran muda mudi tentang cara perkahwinan dia nanti. Banyak duit dihabiskan dengan benda-benda karut. Takut kalau tak buat itu semua nanti kene kutuk dengan masyarakat. Come on! Wake up lah. Tiba masanya kita ubah balik adat jahiliah ini kembali ke jalan yang benar! Tak perlu nak berbelanja habis-habisan semata-mata untuk kahwin! Kehidupan selepas kahwin adalah jauh lebih penting!

Carl Samsudin said...

Thanks Bean and Suraya!

muhd SyARAfI bIn saMsudeen said...

aku cukup tertarik dan berminat sangat2 dengan apa yg dikongsikan dalm blog ni..aku memang nk kawin tapi terpikir2 kn bajet..aq harap bila aq kongsikan apa yang aq baca ni si dia ley pertimbangkan...

delarocha said...

tu pasal ramai yg terpaksa berhutang semata mata nak kawen

mic in my earphones said...

Izzah kahwin ngan Hariz pun tukar jam tangan jer. Tu pun yang dh pakai.. Sweet sgt..

Don't mind my point.

aisyah kirana said...

tetiba bau nasik minyak carl :D

Carl Samsudin said...

Sebab aku tengok Ombak Rindu punya pasal lah aku terfikir nak tulis entry ini. HHAHAHAHAHA. Tapi kebenaranya tetap ada. Terbau Nasi Minyak ke? Nasi Minyak OTW!

Nafisya Ismail said...

isu kahwin mmg best. hehe.. tapi zaman skrg sume ikut trend kot.. huhu

Carl Samsudin said...

Jangan lah kawin ikut trend. Kalau nak kawin dan rasa dah mampu nak kawin. Teruskan sahaja niat tu. Rezeki kawen nanti pasti ada. =)

aida said...

nice!

misz sheyla said...

ntah la.. xsetuju sgt dengan hantaran ikut pendidikan perempuan tu...mcm pffttttt.... maybe sekarang orang buat besar-besaran sebab kahwin sekali seumur hidup...

HyRoSSa aNniE said...

aku setuju sgt,tapi ade satu kes mak kawan aku..die tak bagi anak die nikah just sebab anak die nak nikah je dulu then dah kumpol wet baru akan pikir nak wat ke tak sanding...mak die marah n terus tak bagi nikah..mak die kate...if nak kawen,buat nikah n sanding kalo setakat nak nikah baek lupekan je...

tak ke korg ase mak die dh menghalang satu niat murni dak2 tu...sekurang2nye lau dorg dh nikah nak ke hulu ke hilir same2 pon tak berdosa...kalo belom...ko dating pon dh berdose weyh...

aku tak paham sikap mak ayah skrg yg kdg2 over sgt...padehal nikah itu la yg wajib n itula penutup segala dosa...

bg aku...yg penting nikah...yg len...kalo berkemampuan baru wat...n kalo wat pon cukup sekadar jiran terdekat...keluarge...dan rakan2 yg rapat...

tu pendapat aku la

Azza Azman said...

baru cakap pasal ni kat blog aku..

Carl Samsudin said...

Hyrossa: Mak dia tu hidup zaman jahilliah kot. Zaman belum adanya nabi dan kitab2.

Adilah said...

Fascinating entry! Bila cakap nak buat majlis kahwin simple2 (tak nak sanding semua tu), orang cakap bosan la, no class la. Kita fikir untuk kehidupan lepas kahwin. Bila ada mortgage, loan nanti, nak bayar pakai apa? Duit dah habis buat belanja kahwin.

I agree about the Nona part. The show has a rather bad influence on women on that aspect.

-- Calon pun takde lagi, dah sibuk cakap pasal kahwin. Teehee.

Why Farouk said...

org skrg klu kawin mst ade sifat nak mnunjuk2. sbb tu nk buat yg grand2 smpai bergolok gadai bagai. tkut terkurang dgn yg lain. lupa trus niat asal sebuah perkahwinan tu utk ape.. tp xpela bg sesetengah org yg mampu tu.. seumur hidup sekali kan.. sekali ke? ops

~nadyahoney~ said...

mmg dh mentaliti org skg ni nk kawen kene ada shoot berbagai..prewedding la, mcm2 la..mohon share..

Anonymous said...

aku kawin dulu wat 1 majlis je. nikah tmpat aku. sanding kat tempat hubby. asal x nak sanding tp family suh sanding. belanja kawin..kitaorg share tp nisbah 7:3. he he hubby la yg nisbah 7 tu..hantaran 7K tp aku guna half tuk majlis nikah n bg blik kat dia tuk majlis sanding.yg penting x de utang sbb nak kawin.cukup setahun kawin kami beli semi-d double storey house. moral tuk adik2: x yah grand sgt kawin...kl nak memory best2 bole je g photo studio...jimat..rancang idup pas kawin..x kan x de ank..ada ank x kan 1 jek..

Laura said...

stuju ngan Nadyahoney! *high five* hehehehe syabas ko dah beli umah baru :-)

jgn kerna nak kawin jadinya smpai berutang.. kalau tak mampu tapi dah smpai tahap wajib kawin, jalankan yg wajib iaitu nikah dulu. Buat apa nak berutang utk kawin? Buat susah hidop laki bini jer. Nak stylo pon cermin2 la wallet dulu, mampu ker?
Mmg majlis tu sekali seumur hidup tp perkahwinan tu sepanjang hayat oo.. kalau dah hutang, nnt camna ngan anak bini?

Han and Awa said...

woww..the best la carl..walaupon x kenal tp care kite pikir same..well tuh la dunia skrg..manusia pntingkan mate manusia dari pandangan tuhan..parent makin sekular..ape nak buat..mmg betol cakap ko..media maen peranan penting..tgk la anak jutawan naza tuh kawen..siap ade org ROME..hahaha..org asek ckp kawen tuh skali..kawen(sanding) x pnting mane pon..yg pling pnting nikah..hahaha..mostly parent camtuh..cube smue pikir la..umor br 23 tahun..nak kawen...parent si perempuan mintak hantaran 20ribu..mane nak dpt duet..??doctor yg HO pon gaji br 3.5k..nak cecah 20k? 2 tahun lg la gamak nye..tuh doctor..cube yg keje sdang2 je..alahai..Kesian!!! last2 muncul video 3GP..sesia je!!

Anonymous said...

syukur Alhamdulillah..

aku kahwin total kos tak sampai RM2000 pun. Isteri ada master degree, ada ijazah sarjana kelas pertama lagi...dan kami bahagia!

Ummi Balqis Ismail said...

salam...
sy baru je follow blog ni...quite interesting..saya setuju dengan artikel ni...saya pon baru kawen dan alhamdulillah tak habis berpuluh2 ribu macam orang lain kawin...rasanya suami saya pon tak terbeban langsung...sebenarnya mmg banyak benda yg x penting dan boleh jimatkan duit...yg penting kehidupan selepas kawin...ape2 pon bincang2 elok dua2 belah pihak...bersederhanalah di dalam Islam...=)

http://kalaudahjodoh.blogspot.com

alakaduk said...

insya Allah, 20 30 tahun akn dtg nnti dh x rmai yg tblenggu ngn isu ni.pasni kita plak jd org tu..sama2la kita buang pkara karut marut dmi generasi akn dtg.konfem jatuh saham video 3GP...hahaaa...

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails