Saturday, December 17, 2011

Takut by Tun Dr. Mahathir Mohamad


Assalamualaikum

Khas untuk Diriku, Keluargaku, Rakan-Rakanku dan Bangsaku

Ini bukan Penakut by Yuna

 Banyak yang kita takut. Bermacam-macam takut yang ada di dunia ini. Tapi bangsa aku ini kadang kala takut tak bertempat. Takut pada benda yang tidak patut takut. Paling jelas dan nyata sekali bila bangsa aku ini takut pada makluk yang tidak wujud sebenarnya. Kita sepatutnya lebih takutkan Allah swt. Tapi tak ramai pula yang takut. Umpama makhluk-makhluk halus ini lebih berkuasa dari Allah swt. Itu lah bangsaku. Bangsaku yang mudah takut.

 Kalau korang perasan (terutama friends aku di facebook), aku banyak membincangkan hal-hal ini dengan friends aku di facebook. Facebook aku jadikan sebagai medium seperti forum tempat aku mencari dan menyebarkan ilmu. Dan aku suka dengan friends aku yang memberi respon negatif ataupun positif dengan apa yang aku ketengahkan. Terima kasih banyak-banyak. Jangan jadi bangsa yang penakut seperti bangsaku. Tujulah kedepan dengan membawa ilmu penuh di dada. 


Cuba fahamkan. Dan jangan jadikan itu sebagai alasan untuk TAKUT

p/s: Bagaimana jikala Allah swt menjadikan Muhammad ke 2 (Imam Mahdi) tidak tahu dirinya adalah Imam Mahdi? Dia hanya tahu kebenaran dan jalankanya hanya kerana perasaan tanggungjawab. Dan perlantikannya sebagai Imam Mahdi itu menandakan usahanya telah berhasil dan bukanya baru bermula? Bagaimana jikala Allah swt menjadikan perwatakan Imam Mahdi tidak sama dengan alim ulama sekarang dan   dia kelihatan seperti penjenayan dan orang yang melakukan kejahatan? Tetapi sebenarnya dia membawa kebenaran? 

p/s/s: Bagaimana jikala Allah swt tidak menjanjikan Syurga pada yang patuh terhadapNya? Adakah anda masih patut terhadapnNya? Fikirkan lah.


2 comments:

HyRoSSa aNniE said...

sebenarnye lebih kepade perasaan n psycho je...kite dibekalkan dgn ayat pendinding jiwa yg cukup kuat untuk tangkis gangguan iblis dan syaitan...bezanye samada kite benar2 faham ape gunenye atau tak...

soal takut ni mmg susah nak kikis...sikap yg bese untuk normal human..cume care kite obvious sgt takot atau tak...yg penting...hati kene kuat..minda kene cekal...insyaallah..sbb takde yg Maha Berkuasa melainkan yang satu...Allah SWT...

Anonymous said...

Sebenarnya kita orang melayu ni paling unik di dunia... kita dilahirkan pelbagai jenis campuran darah dan agama.. itu kita melayu...

kita melayu sering kali melihat benda benda yg kita susah nak nmpk dengan mata kasar.. tapi percaya lah kita ni berdarahkan dari keturunan yang pelbagai, dari situ lah orang kita di kenali sebagai orang spiritual... kita tak sedar kemampuan kita.. kekadang kita ada jugak tergunakan indra mata ke enam takpa sengaja... sebab tu lah banyak cerita yg kita boleh lihat hantu itu ini...

Darah kita darah campuran dari pelbagai agama..

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails