Monday, January 31, 2011

People shouldn't be afraid of their government


PEOPLE SHOULD NOT BE AFRAID OF THEIR GOVERNMENT, BUT GOVERNMENT SHOULD BE AFRAID OF THEIR PEOPLE!


PEOPLE AND GOVERNMENT SHOULD THINK WHY THIS HAPPEN TO MESIR


Sunday, January 30, 2011

Chris Medina


Chris Medina - American Idol 10

What do you think?

p/s: aku suka layan American Idol 10 ni sebab ada Steven Tyler and JLo.




Saturday, January 29, 2011

Tips Blogging: Macamana Nak Jadi Famous ?


Salam dekat semua readers aku! Ada yang bersedia nak cuti untuk Chinese New Year ni kan? Siapa yang nak balik kampung tu berhati-hati lah dijalan raya ok. Yang nak bus ini paling aku risau. Bus zaman sekarang ini dah banyak kes. Eksiden sini eksiden sana. Risau lah weiyh! Dan pada siapa yang tak dapat nak balik kampung sebab study atau bekerja  macam aku ini kene tabah la ok. Nak buat macamana kan? Dah nasib badan. So entry kali ini aku nak kasi sedikit ilmu yang aku korek-korek setelah hampir setahun aku bergiat dalam dunia blogging ini. "Tips Blogging: Macamana Nak Jadi Famous". 

Tips ini aku korek-korek dari blogger-blogger famous yang lain jugak dan aku add-on dengan pengalaman aku sekali. If korang rasa berminat nak tau dan bagaimana nak jadi famous tak salah if korang mencuba tips-tips ini. Dan mungkin ada yang dah tau macamana. Ini khas untuk blogger yang baru sahaja nak berjinak-jinak dengan dunia blogging ini. Mana tau bila korang praktikan apa yang aku bagitahu ini korang lebih famous dari blogger-blogger yang ada sekarang kan? Kita perlahan-lahan kayuh la macam acara lari 30 km, jangan terus pecut macam acara 100m. *ingat. jangan gopoh nak ke puncak*.


If nak borak pasal blog ini banyak sangat cerita. Berpuluh-puluh entry pon belom tentu habis. Jadi aku buat belog ini kenapa? Aku just nak share apa yang aku rasa and apa yang aku lalui hari-demi-hari. Blog ini aku jadikan tempat untuk aku menulis. Tempat aku kasi korang info-info yang aku tahu. Tempat aku nak mengarut-merapu-meraban. Kali ini aku nak sharekan dengan korang macamana nak jadikan blog korang famous. Banyak kelebihan bila blog korang dah famous ini. Kan? *Jangan lah nak blagak macam artist pulak*.

Thursday, January 27, 2011

Threesome Is Awesome. FAKAP!

Threesome

Salam. Hari ini aku duk layan twitter orang ramai duk kepoh duk cerita pasal kes Janda-Duda-Kuda. Kes percintaan segitiga. Macam ni lah ragamnya bila artist-artist ini bercinta. Satu Malaya nak kasik tahu. #somalaysian. Aku takda lah nak menangkan mana-mana pihak. Tapi bagi aku benda-benda macam ini korang tak perlu lah nak jumpa media nak kasi tahu satu negara apa masalah korang. Media confirm lah suka. Boleh jual cerita. Pahala dosa belakang kira. Dulu aku de jugak jumpa kes macam ini. Bila boyfriend orang tu suka dekat perempuan lain then girlfriend dia marah-marah ngutuk-ngutuk perempuan tu. Bukan totally salah perempuan tu pon. Sebab sayangkan boyfriend punya pasal. Tak boleh pikir mana betol mana salah. Otak  letak dekat lutut. Habis nak bagi tahu satu alam masalah yang diorang alami. #sodamnfakingnosebleed noob!

p/s: berapa la banyak dosa blogger yang tulis pasal gossip artist ni kan? 
p/s/s: ukur baju badan sendiri. If gemok tu buat lah cara gemok. 





Wednesday, January 26, 2011

STATIK


STATIK

Salam all my readers! korang mesti suka dengar lagu kan? Mesti ada penyanyi kesukaan korang kan? Tak kira lah dalam negara atau luar negara. So hari ini aku nak story sikit pasal kisah aku berkawan dengan artist. Haha. Artist yang dimaksudkan adalah kumpulan STATIK. Popular ke kumpulan Statik ini? Sedap ke lagu kumpulan Statik ini? If tak sedap takkan duduk top-5 carta X25 di XFM selama berbulan-bulan. Mengalahkan Hujan, Yuna, Bitersweet dan lain-lain lagi.

Carta X-25 XFM
*single terbaru dari Statik - Gelap pernah meduduki tangga ke-2*





Tuesday, January 25, 2011

Hari Pertama


Silica Aerogel - pepejal teringan di dunia.

With Prof Halimaton Hamdan - Merdeka Award Winer

Salam. Hari ini hari pertama aku bertukar era hidup aku. Dari zaman belajar ke zaman pekerjaan. Tapi zaman belajar dan pekerjaan aku tak lari jauh. Since degree sampai ke master sampai ke kerja aku bekerja dibawah satu nama 'Aerogel'. Aerogel ini merupakan solid yang teringan di dunia. Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Prof Halimaton Hamdan yang mendidik dan memberi aku peluang dari zaman aku degree hingga aku bekerja sekarang ini. Thanks alot! Siapa kenal Prof Halimaton Hamdan? Sila angkat tangan! *pakar sains kimia dekat Malaysia ini insyaAllah kenal dia* Pemenang merdeka award yang bawak balik duit sebanyak RM1/2 juta! Dia merupakan idola, guru, sahabat dah musuh aku. haha! Terimas. (aku penat balik keje, entry kontot).

p/s: Sekarang aku tak lagi stay di JB. aku di KL pulak yeh!




Sunday, January 23, 2011

Blackberry Bold 2 (9700) Untuk di Let Go!


Blackberry 9700

Readers! Siapa yang nak Blackberry Bold 2 (9700) dalam 99% in a very good condition? Termasuk sekali dengan all the accessories dengan hanya berharga RM1000. Siapa cepat dia dapat. Dah ada beberapa orang yang tanya aku. Aku akan bagi siapa yang bayar dulu. Serious dalam keadaan yang baik! LEKAS!

p/s: Mana nak dapat Bold 2 harga RM1000? =) if curve boleh lah.




Friday, January 21, 2011

Nama Saya Kiki, Saya Binatang Peliharaan Carl Samsudin


Salam hormat kepada semua pembaca blog aku! Kali ini aku nak story sikit pasal teman hidup aku yang selalu ada dengan aku. Bukan manusia, tetapi seekor binatang dari phylum chordata, family falidae, species f.catus atau lebih ringkas dikenali sebagai kucing! Kucing aku ini diberi nama Kiki dan dia dari baka apa ntah aku pon tak tahu. Ada orang cakap dia ni baka DLH (domestic long hair).

Aku ini merupkan seorang lelaki yang gemar membela binatang. Dulu aku pernah membela hamster tapi aku cepat bosan sebab hamster itu kecik sangat. Dan tak mesra langsung. So pada tahun 2009 aku bertekad nak membela seekor kucing tapi aku nak jenis kucing yang ada bulu-bulu tebal nih (macam persian lah)! Tapi aku taknak yang muka kemek tu. Bagi aku muka kemek tu tak best langsung. Tak cool langsung. *Walhal macam tu lah mahal*. So pada Julai 2009 aku pon pergi lah singgah kedai haiwan dekat area Johor Bahru nak beli seekor kucing berbulu tebal ni. Last-last hati aku terpikat dekat anak kucing yang berwarna putih yang baru je berumur 5 bulan. Dialah Kiki! 

Kiki berusia 5 bulan

Masa aku beli Kiki ini harga dia RM700. Mahal ke murah? $$$$. Tapi aku agak kecewa masa awal pembelian Kiki nih. Seminggu baru aku bela dia aku dah kene bergegas ke klinik haiwan sebab Kiki mengalami masalah kesihatan yang kritikal. Doctor cakap aku malang sebab aku beli kucing yang dah banyak penyakit. Tapi aku berterima kasih dekat doktor itu sebab dia berusaha keras menyelamatkan nyawa Kiki. Korang banyangkan bilik aku bersepah dengan darah kiki yang keluar dari telinga and luka di kaki. Parah!


Kiki berusia 1 tahun

Tapi selepas sekian lama aku membela Kiki ini. Aku nampak dia semakin sihat hari ke hari. Kiki aku ini jantan if korang nak tau. Ada orang tegur aku jugak kenapa aku bagi nama dia Kiki? Sebab Kiki ini sesuai untuk kucing betina. Masa aku bagi nama ni aku main hentam jek. Aku google-google keluar nama Kaka (permain bola Brazil). So aku adjust sikit jadilah Kiki! Hahahaha. 

Sekarang dah nak genap 2 tahun dah umur Kiki. Dan sekarang Kiki pon dah menetap di Putrajaya dah. Bukan lagi di UTM, Skudai seperti sebelum ini. Korang nak tengok rupa kiki sekarang ini? Jom!!

Tuesday, January 18, 2011

Tips Percintaan: Episode 1


Paling banyak rungutan dari kaum wanita terhadap kaum lelaki adalah 'kaum lelaki amat sukar untuk mendengar'. Samada kaum lelaki ini jenis tidak mendengar langsung ataupun hanya mendengar beberapa patah perkataan dan dengan hebatnya tiba-tiba bertukar menjadi Mr. Penyelesaian Masalah untuk memberi beberapa penyelesaian masalah supaya kaum wanita ini menjadi lebih rileks dan lebih baik. Tetapi kaum wanita ini tetap menegaskan bahawa kaum lelaki adalah sejenis kaum yang sukar untuk mendengar. Lantas kaum lelaki menjadi konfius bila kaum wanita tidak menghargai penyelesaian yang kaum lelaki ingin berikan. - She wants empathy, but he thinks she wants solution.

Paling banyak rungutan dari kaum lelaki terhadap kaum wanita adalah 'kaum wanita selalu ingin mencuba mengubahkan/menukarkan kaum lelaki'. Bila kaum wanita ini menyanyangi seseorang, kaum wanita ini akan merasa dia sangat bertanggungjawab untuk membimbing kaum lelaki untuk meng'improve'kan lagi apa sahaja yang kaum lelaki ingin lakukan. Disini kaum wanita akan bertukar menjadi Mrs. Pembangunan Masyarakat dan menjadikan kaum lelaki sebagai fokus utama. Tidak kira sekuat mana kaum lelaki menolak pertolongan kaum wanita, kaum wanita akan menunggu peluang untuk menolong dan menasihati kaum lelaki apa yang perlu dilakukan. - She think's she nuturing him, while he feels he's being controlled. Instead, he wants her acceptance. 

Monday, January 17, 2011

2 Jenis Blog

Salam!

Ini entry pendek tanpa bergambar. Ini entry aku tulis tanpa persedian yang rapi. Ini entry aku tulis bila tiba-tiba idea datang dan terus aku berlari mencapai notebook aku lantas aku tekan button on. Ini entry aku menaip tanpa aku berfikir panjang. Ini entry aku nak mintak maaf awal-awal jika segala informasi aku nak sampaikan ini salah sama sekali. Ini entry memang tulis dari hati aku disaat ini. Ini entry berkisarkan tentang 2 jenis blog.  

Pada satu ketika dulu...

Terdapat 2 jenis blog yang sering menghantui seluruh rakyat Malaysia. 2 jenis blog yang dimaksudkan adalah blog yang jenis 'Ini blog aku - aku suka menulis mengikut idea aku sendiri' dan satu lagi 'Aku suka bermain dengan SEO - orang senang google dan sampai ke blog aku'. Hah! mesti ada yang dah bekerut muka kan. "Apa ni bro, banyak lagi jenis-jenis blog dalam Malaysia ini. Bukan 2 jenis jek!" Eh.. Rileks lah. Ini kan aku cakap berdasarkan apa yang aku fikir sekarang. So dalam kepala aku ini ada 2 jenis je blog yang aku perasan. 'Ini blog aku - aku suka menulis mengikut idea aku sendiri' dan satu lagi 'Aku suka bermain dengan SEO - orang senang google dan sampai ke blog aku. =)

'Ini blog aku - aku suka menulis mengikut idea aku sendiri' boleh dikira as personal blog jugak lah. Blog-blog macam ini pada awalnya memang susah nak naik. Yelah, korang cerita pasal diri korang sendiri. Korang rasa menarik kah diri korang sampai orang nak tau pasal korang? Pandai ke korang nak mengolah penceritaan pasal diri korang? Cantikkah muka korang? Apa kelebihan yang korang ada berbanding blogger-blogger lain dekat luar sana? SANGAT SUSAH nak naik blog-blog jenis ini. Tapi harus diingat! Bila ramai dah follow blog korang ini, blog korang akan naik-naik-naik dan naik lagi. Dah ramai kan contoh blog-blog yang macam ini? Korang boleh listkan sendiri kan. =)

'Aku suka bermain dengan SEO - orang senang google dan sampai ke blog aku' . Blog macam ini pon dah banyak kan zaman sekarang? Blog macam ini memang mudah nak naik awal-awal. Blogger-blogger yang macam ini memerlukan kepantasan seperti wartwan. Mengejar isu-isu semasa dan terus type laju-laju dalam blog before blogger-blogger lain menulis tentang apa yang ingin dipublishnya nanti. Blog yang macam ini memang akan dapat traffiq yang mencanak-canak jika kena dengan caranya. TETAPI. Blog jenis macam ini jarang mendapat followers yang ramai. Perasan tak? Korang tau kan kenapa. =) If korang nak tau bagaimana nak bermain dengan SEO ini. Korang boleh lah ke blog kawan aku 'Melz'. Kerana beliau merupakan pakar dalam bidang SEO ini. 

Aku ingat nak tulis sikit jek. Tapi macam meleret pulak. Ok lah. Sampai kat sini je lah eh. Mood malas nak berblog ini dah membuak-buak. Hiayh. Malas-malas. Eh jap! So korang rasa blog korang jenis yang macamana? Dan korang suka baca blog yang jenis macamana? 

p/s: Blog aku jenis carca marba - macam paria. 







Thursday, January 13, 2011

Anonymous Is Everywhere


Deng! Korang pasti tau kan apa itu 'Anonymous'. Anonymous ini merupakan orang atau sekumpulan orang yang suka menyerang orang-orang yang semakin berjaya dalam hidup. Bila korang sudah terkena dengan serangan anonymous ini, bermakna korang sudah berjaya dalam apa yang korang perjuangkan. Apa yang aku nak terangkan hari ini adalah serangan anonymous dalam dunia blogging Malaysia. *kita kecilkan scope*.

Anonymous ini jenis yang tak senang tengok orang lain senang. Jenis dasar busuk hati. Selalunya alasan yang diberikan oleh sang anonymous ini adalah mereka menyerang atas dasar menegur/berdakwah. Kenapa nak berdakwah mengunakan anonymous? Tunjukkanlah diri anda yang sebenar dan tegur secara one-by-one. Tak perlu lah nak jadi anonymous. Betol tak? Orang yang suka jadi anonymous ini kebanyakanya akan menunjukkan diorang adalah datangnya dari golongan-golongan yang suci murni dan baik ibarat malaikat. Sebenarnya diorang jenis yang busuk hati dan jeles dengan pencapaian orang lain. Betol tak anonymous?

Bagi yang selalu terkena dengan serangan anonymous ini. Aku nasihatkan korang semua jangan bertindak balas dengan serangan 'tin kosong' yang diberikan oleh sang anonymous. Aku tau korang sakit hati dengan apa yang anonymous serang korang itu. Tapi korang ingat bila korang balas, sang anonymous rasa kalah ke? SILAP! Diorang lagi happy. Ini semua psycology jek. Sebenarnya bila korang tak balas, lagi akan menunjukkan korang jenis yang malas nak layan 'craps' dan terus menerus menusuk jantung sang anonymous ini. Percayalah. JANGAN DIREPLY KOMEN-KOMEN BODOH ANONYMOUS.

Perlukah kita meng'approve' komen-komen sang anonymous? Jawapan dia. PERLU. Sebab bila kita tak approve, sang anonymous ini akan lebih mengganas. Dia akan terus memprovoke sambil mengatakan korang pengecut sebab tak approve komen diorang. Dia provoke korang by mengatakan korang jenis approve komen-komen yang kipas bontot korang jek. Macam dDrRozmey. Faham kan? So, korang approve je. Tapi jangan dilayan. 

Dalam dunia sebenar, sang anonymous ini ibarat musuh-musuh korang yang korang sendiri tak kenal. Tapi suka kutuk-kutuk belakang korang. Orang-orang jenis macam ini korang rasa penting ke dalam hidup korang? Semestinya tak pentingkan? Yang paling penting kawan-kawan yang close dengan korang yang tahu korang ini jenis orang yang macamana. Yang bagi kebahagian bukanya sang anonymous tetapi kawan-kawan yang rapat dengan korang. Kebnyakan anonymous adalah stalker. Abaikan je ok =)

p/s: ada tak kemungkinan Anonymous nak serang entry ini? If ada kita abaikan jek =) *terus dia tak jadi nak serang!*




Wednesday, January 12, 2011

Kenapa Nak Kena Minum Susu Sebelum Tidur?


Insomnia? Susah nak tidur bila setiap kali jejakkan badan di atas tilam? Korang pernah dengar tak orang selalu cakap if susah nak tidur minum lah susu. Kenapa nak kene minum susu sebelum tidur? or in english why we must drink milk before bedtime? Wonder?


Tuesday, January 11, 2011

Yunalis Zarai Deserve Better

What can i say is - Yunalis Zarai Deserve Better

Tahun depan Yuna should wear baju kebangsaan then berenang dalam laut masa Anugerah Juara Lagu 26. Confirm menang.

Lepas tu korang tengok video kat bawah ni. Pemenang Tiru Gaya Artist Anugerah Juara Lagu ke-25.  member aku. Aleffush! #sodamnfakingnosebleed awesome! He won RM5k!





p/s: Tahun ini ada hantu bertenggek lagi atas tiang-tiang tak? - mungkin tak sebab si aleffush dah bawak masuk dalam video ini!
p/s/s: konspiracy Andy Flop Poppy dengan Ana Raffali?


Saturday, January 8, 2011

Syumi, Schumi, Chumi. Owh Mini Jelly.


Syumi 

Apa korang pangil benda alah ini? Syumi? Chumi? atau pon mini jelly *kerek betol*. Tak kesah la apa korang panggil pon kan. Aku geram lah dengan benda alah berwarna-warni ni. Dari dulu sampai sekarang aku mesti dapat yang susah nak bukak dia punya plastik atas tuh!. Sampai pernah satu kali kuku aku terkopak nak tercabut sebab benda-alah syumi ini. Aku geram sangat aku picit sampai tersemburrr. Bodoh betol buat yang susah nak bukak. Kata makanan kanak-kanak kan. AHH! Aku tengah geram. Kuku aku injured. Internal bleeding sebab benda alah ini. Kau memang lagendary lah! Fakap!

p/s: benci tapi suka.
p/s/s: takda mood. ibu jari kanan injured. cilakak syumi!




Thursday, January 6, 2011

Gadis Tudung dan Gadis Shawls : Menjengkelkan


Salam my readers! Tiba-tiba ramai blogger perempuan yang berhijab style-style dekat luaq sana ter-butthurt hari ini. Ini angkara satu entry dari blog 'lensarosak' yang membincangkan isu: Gadis Tudung, Shawls Melaram. As korang perasan dekat Malaysia sekarang ini banyak dah gadis-gadis ini berfesyen dengan hijab yang dipakai. Paling bagus bendealah-bendelah macam ini dapat menarik minat gadis-gadis yang 'freehair' sebelum ini terbuka hatinya untuk memakai hijab. Aku rasa paling bengang and fakap pastinya member aku sorang ni, Fatin Liyana.

Gambar hang diguna tanpa izin. Nampak sangat dia tuju kat hang.

ONLY QUALIFIED PROFESIONAL PERSON SAHAJA YANG BOLEH MENGULAS LANJUT SESUATU ISSU. ANDA QUALIFIED PROFESIONAL PERSON?




Wednesday, January 5, 2011

Jejari Runcing : Blog Yang Kene Maki 24/7



Kesian pulak aku tengok dekat blog milik Elia, girlfriend kepada penjaga goal kebangsaan Khairul Fahmi. Blog jejariruncing dalam pemerhatian aku setiap masa dikutuk-dimaki-dicelaka-diherdik-dihina. Aku tak nak komen banyak sebab aku bukanya baca pon blog jejariruncing ini. If blog Khairul Fahmi berkemungkinan besaq jugak aku baca. Ni blog awek dia. Apeadehal!. Orang duk ngata-ngata yang si Elia ini 99% story pasal boyfriend dia dalam blog jejariruncing tu. Sampai kaum-kaum hawa dekat luaq sana duk meluat. If korang meluat buat apa korang pi baca satu-satu entry dia. Lantak dia lah. Timeline Twitter aku penuh dengan maki hamun dekat si Elia ini. Kesian. Butthurt! Fakap!

Si Elia ada kacau korang ke? Rileks lah babes. If orang tak kacau hidup hang. Jangan lah duk benci membenci. Hidup ini macam 'Boomerang'. Kau lempar, nanti dia datang balik. Berdesup atas kepala hang!

p/s: Biaq pi la dia nak story pasal matair dia. hang JELES si Elia ni jadi WAGS?




Monday, January 3, 2011

One In A Million

Neyo - One in a million

Lagu ini buat aku epistaxis je lah. Leguh nak mencari tisu nak kesat lelehan darah kat hidung. How talented Neyo dalam penciptaan lagu + dance + video clip ini. Lagu yang berkisarkan perihal kehidupan seorang yang 'been there done that'. Kaki perempuan yang patah kakinya bila berjumpa cinta hati terbaik dia. Bila oxytocin dah jadi macam roller coaster. Dibs on that girl. She's mine. Fullstop.

Guys. when u ASSUME. u always put ASS infront of U and ME behind of U.

p/s: Kadang-kadang terkena atas hidung sendiri. Auchh! nosehurt.
p/s/s: Jangan totally percaya pasai Khairul Fahmi nak pi Manchester United. Do reasearch, read, understand and write.



Saturday, January 1, 2011

Projek Blogger: Episode 1 (Fatin Liyana - honeykoyuki.blogspot.com)


Salam guys! Hah! Ini pasti entry yang korang, korang, korang duk tunggu-tunggu kan. Yes! Akhirnya aku berjaya siapkan Projek Blogger: Episode 1 (Fatin Liyana - honeykoyuki.blogspot.com). Syukur alhamdulillah amin. Nak dijadikan cerita aku dah deal dengan Fatin Liyana ni dah lama untuk shoot dia. Mula-mulanya aku nak jadikan dia as part of my Projek Gadis. But bila aku fikir-fikirkan balik. Aku nak tukar lah jadikan Fatin Liyana ini dari Projek Gadis kepada Projek Blogger. So inilah hasilnya! Projek Blogger begin..

Pada 27 September yang lepas seawal jam 5 pagi aku bergegas bangun dan pergi mengambil PA aku untuk ke Seremban bertemu si Fatin Liyana. PA aku pada hari itu merupakan antara blogger popular Malaysia. MelRomeo. Owh lupa. Aku panggil Fatin Liyana ini 'Fel'. Lebih indoniestic. *main bantai jek perkataan*. haha. So, sampai-sampai je Seremban dalam pukul 8 pagi. Terus melilau pergi mencari direction ke rumah Fel ini. Punya lah dup-dap jantung nak jumpa gadis yang semakin hebat di arena blogging ini. 1st time ok jumpa face-to-face. Bukan senang nak jumpa si Fel ini. Dia banyak menghabiskan masanya di Bandung. Seminggu je dia balik Malaysia and aku bersyukur sebab dia still meluangkan masa bersama aku. Korang jeles tak? hahaha! *sambil buat muka angkuh!*

Me and Fatin Liyana *hang jangan lupa nak blanje aku casing blackberry kat bandung sana yek!*

Mula-mula aku sangat nerves nak jumpa si Fel ini. Biasa lah, orang yang dikenali ramai semestinya akan buat gaya-gaya diva. Tapi semua tu salah babe! Beberapa minit je aku bercakap dengan Fel ini aku dah rasa macam aku kenal dia dah berpuluh tahun. Fel ini sangat meriah, friendly and cool habis. Gua tabik springgg sama lu lah! So bila dia berperangai sedemikian aku pon tak kekok nak shoot dia. So hari itu aku rasa sangat selesa and tak ada benda pon rasa nak cover-cover. If masa tu aku terasa macam nak kentut memang aku kentut je kuat-kuat. Takda hal. *tapi gua tak kentut pon ok babe*. Sebab si Fel ini sporting tahan gila best. =) *nak cakap b*bi sebenarnya*.

 Duk lunch dekat Jusco Seremban 2

Aku shoot Fel ini dari pukul 9 lebih sampai pukul 12 tengahari. Then tenghari kitorang ke Hospital Seremban atas-atas sebab yang perlu dirahsiakan. *Secret*. Lepas tu kitorang duk pikiaq nak lunch dekat mana. Last-last pi ke Jusco Seremban 2. Dekat sana aku dah rasa macam aku sedang menemani celebrity Malaysia. Popular Si Fel ini. Siap ada yang duk tegur. Haiyh! *Aku dan Mel je tau perangai Fel yang sebenaq bila orang duk tegur dia. If korang tau mesti korang rasa macam HUH?! *&$#&^$!@&^*. HAHAHAH! 

 PA aku (MelRomeo) hari tu duk shoot membantu aku. *dibelakang tabir*

Then lepas lunch kitorang sambung shoot Fel ni lagi dekat area bandar Seremban. Apa yang aku boleh cakapkan. Aku happy shoot dengan Fel ini. Bukan sebab dia cantik or popular. Tapi sebab aku 'selesa' dengan dia. Gua rasa gua dengan dia dah macam member dari zaman sekolah. Hi5 sekali Fel! Anda GREAT!.

 Nih kat rumah Fatin Liyana. Nasib baik hang punya swiming pool tak siap lagi. If tak dah lama aku terjun!

Lepas shoot penat-penat *aku lah penat, tapi aku tengok si Fel ini bertenaga habis!*. Fel ajak datang ke rumah dia. Minum petang lah sebelom aku balik KL dengan PA aku. Paling best aku dapat makan bende alah apa ntah dari Bandung yang Fel sediakan untuk kitorang. Sodap gila! Dalam ada cheese. Rasa macam nak bungkuih je bawak balik. haha! and thanks Fel layan kitorang macam VIP. Rumah hang besar istana! EXCITED! So sebelum balik aku, mesti aku nak amik gambar kenangan bersama FATIN LIYANA ini kan. Apa lagi SNAP SNAP SNAP! 

Last photo before balik.
*Awat muka hang gedik sangat Fel?*

Carl, Fel and Mel
-Tammat-

Eh mananya PROJEK BLOGGER tu kan?
Sorrylah aku tak dapat nak upload dekat sini. Almaklum lah blogspot ini ada capasity dia. So jom kita usha PROJEK BLOGGER: EPISODE 1 secara rasminya di:

*artwork photography aku banyak disumbatkan disini*

Eh jap!!! jap!!! before tu korang layan video dari Fatin Liyana dan Mel Romeo ini tentang SESEORANG! *blushing*.



p/s: Siapa nak HANIS ZALIKHA join PROJEK BLOGGER? =)
p/s/s: terkenang Fel borak-borak dalam bahasa Indonesia. Sebijik sinetron!


The Old Entry

Related Posts with Thumbnails