Saturday, February 26, 2011

Car-Boot Sale March


Car-Boot Sale March

Salam my readers! Terutama yang duduk area Johor Bahru. 6th March (Ahad) ini jom sama-sama kita pakat pi Car Boot Sale by JOHO nih. Aku insyaAllah akan berada di sana. Aku nak carik barang yang murah-murah terutama books. Hope aku jumpa buku murah yang menarik perhatian aku. Jom Jom Jom!!!

p/s: Happy Weekend!



Friday, February 25, 2011

Apa Beza & Persamaan Yahudi, Islam dan Christian?

Apa beza dan persamaan Yahudi, Islam dan Christian? Siapa boleh jawab dengan details aku bagi hadiah.
(Serious :: RM 10 via Maybank)



Monday, February 21, 2011

Readers Suka Baca Pasal Apa?

Salam kepada all my readers blog aku. Hari ini hari Isnin. Hari baru diminggu baru. Hari ini patutnya aku nak story pasal kedai jual casing henpon. Tapi aku lupa bawak SD card aku ada dalam kamera. So tak boleh nak sumbat gambar lah. jadi tak best lah. So aku buat keputusan hari ini aku nak story sikit pasal 'Readers Suka Baca Pasal Apa?'.

Readers ini diketogerikan sesiapa sahaja yang duk suka membaca. Dalam arena blogging ini aku specifikasikan readers ini as orang yang duk baca blog-blog yang ada. Readers ini termasuk lah guru tadika, pengetua sekolah menengah, student universiti, pekerja mekdonal, pegawai kerajaan dan penggali kubur. Entry yang macamana yang redears suka baca? korang tanya diri korang sendiri sebab korang sendiri merupakan salah sorang redears yang aku maksudkan. Aku nak listkan sedikit ciri-ciri entry yang macamana yang readers suka baca. *drumroll*.

1. GOSSIP.
Readers memang amat suka baca gossip-gossip ini. Terutama gossip artist, gossip ahli politik letak ketepi sekejap lah sebab most of them dah tua-tua, so gossip orang tua-tua ini tak berapa menarik untuk amik tahu. Tapi tahukah anda blogger yang buat gossip-gossip artist ini menanggung bebanan yang berat? Bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat nanti. Hang duk sedap canang pasai artist tu artist ini. Hang tak tahu kadang-kadang hang duk mengumpat orang. Tahukah anda mengumpat itu lebih teruk daripada membunuh? Tahukan anda bila entry anda pasal gossip bila dikomen oleh readers anda, anda yang bakal menanggung dosa mereka? Makin banyak hits makin banyak lah dosa hangpa! GOOD! *Siapa blogger yang paling hebat mencanang gossip ini?*

2. KECANTIKAN
Ini sangat lumrah alam. Orang akan suka bila nampak benda-benda cantilk. Tak kira lah rambut cantik ke, siku cantik ke, bontot cantik ke, kasut cantik ke. Tapi bila muka cantik pasti meleleh air liuq. Bagi blogger yang rasa muka dia cantik atau hensem, korang mempunyai kelebihan disitu. Readers korang memang suka tengok muka korang. Korang buat lah aksi macamana pon readers akan tetap comments kipas bontot punya.   If korang camwhore time korang berak pon readers korang adore korang lag. Cuba lah try. Bila orang cantik ini senang je nak laris blog dia. Cantik ini satu bonus! Bila anda cantik plus dengan penulisan anda yang superb memang anda mempunyai pakej lengkap. Tak gitu Hamis? Hang tulis pasai selipar hang tertinggal kat luaq pon orang duk beriban-riban komen. Cuba orang lain? Haremm. 

3. POLITIK
Bila korang tulis pasal politik, nak-nak korang mengutuk kerajaan atau parti pembangkang pasti ramai yang duk terhegeh-hegeh nak bagi pendapat sekali. Duk sama sibuk macam tau pasal politik. Duk sama sibuk nak mengutuk parti tu lah parti ni lah. Macam lah tahu sangat. Tapi bab-bab politik ini memang laris if hangpa pandai duk menulis. Serious shit. Cuba try. Cuba korang duk mengutuk salah satu ahli politik glamer kita. Nak-nak yang bini dia wajib keluar di Bullshitin Utama. Dengan rambut banglo tebuan. Cuba lah!

4. MERAPU
Ada blogger yang suka merapu ini. Pasal pen dia guna malam tadi pon dia nak tulis. Pasal sos kicap keropok malam tadi pon dia nak tulis. Pasal bini dia pakai stokin apa pun dia nak tulis. Ini mengarut lah ni. Lu macam mempergunakan readers lu lah. Penat readers lu linkan blog lu kat sidebar blog dia. Nak tunggu update dari lu. Tapi bila lu update tajuk nak kasi gempak. '1st nite with her'. But then bila readers lu bukak cite pasal lu pakai baju tertulis 1st nite with her. Memang nak kene penyepak satu! Lagi satu jangan lah tunjukkan diri korang tu pevert sangat dengan nak canang tajuk entry hang tu seghairah mungkin. Bodoh lah macam tu. *korang pernah perasan tak ada blogger-blogger macam ni?*

5. AGAMA
Bila cakap bab agama. Semua malas. FAKYOU!
*Takda mood dah nak sambung bila sampai ke AGAMA*

p/s: Bloggers. InsyaAllah dalam bulan 5 akan ada blogger gathering + sikit talk dari MelRomeo dan aku. InsyaAllah jugak cik Fatin Liyana mungkin terlibat. Tq.



Saturday, February 19, 2011

This is America = This is Malaysia

Salam. Di hari juamaat ini aku nak share dengan korang satu video yang sangat-sangat berguna. Aku galakkan korang meluangkan masa korang dalam 30 minutes untuk habiskan menonton video ini sebelum video ini bakal dihapuskan nanti oleh pihak-pihak tertentu. 

Banyak diantara kita yang suka menyimpan duit dalam bank. Banyak jugak yang suka membuat loans dari bank. Tahukan anda dari mana datangnya semua duit-duit yang ada di dunia ini? - Bank makes money by making loans by selling debts. 




The American Dream = The Malaysia Dream

p/s: Anda tahu tak sebenarnya bank notes itu amat keji (haram)? Allahu A'alam. 
p/s/s: Please guys. WAKE UP!!
p/s/s/s: Aku amat galakkan korang SHARE video ini with others. Do It. PLEASE.



Thursday, February 17, 2011

Nabi Isa A.S: Mempunyai Isteri?

Salam my readers. Aku ada sedikit pertanyaan yang aku harap korang dapat membantu aku. Adakah Nabi Isa AS berkahwin sebelum diangkat ke langit? As stated dalam Bible (New Testament), Jesus was bachelor until his being crucified and who's Mary Magdalene? 

Wednesday, February 16, 2011

The Last Supper - The Holy Grail


Salam to all my readers. Bersempena semalam kita duk menyambut Maulidul Rasul *berselawat sebentar* aku nak buat entry sedikit pasal 'The Last Supper - The Holy Grail'. Korang tau apa itu The Last Supper? The Holy Grail? Bagi yang dah tau boleh duduk diam-diam dan bagi yang ingin tahu aku galakkan korang baca sampai habis apa yang aku nak sampaikan hari ini. 

The Last Supper merupakan satu lukisan mural oleh Leonardo Da Vinci (Grand Master Priory of Sion) pada abad ke-15. Lukisan mural ini dilukis pada dinding gereja Santa Maria Delle Grazie Milan, Itali. Lukisan 'The Last Supper' ini menggambarkan Jesus bersama 12 apostle (hawari) sedang menikmati makanan terakhirnya sebelum Jesus disalibkan - salah satu dari apostle ini berpaling tadah terhadap Jesus *digambarkan dengan keadaan huru hara*.Lukisan mural ini mengambil masa 4 tahun untuk Da Vinci siapkan. Apa kaitan 'The Last Supper' dengan 'The Holy Grail' ?

The Last Supper by Leonardo Da Vinci

Santa Maria Delle Grazie, Milan Italy

'The Holy Grail' - mempunyai kuasa yang amat dasyat mengikut Christianity theory. Dan 'The Holy Grail' ini terdapat dalam lukisan 'The Last Supper' by Da Vinci. Mengikut cerita asal, The Holy Grail ini berkemungkinan plate, atau cup yang digunakan oleh Jesus. Atau Holy Grail itu sendiri adalah manusia? - Holy Grail dipercayai disembunyikan oleh 'secret society' dan dipercayai berada di United Kingdom. Sehingga detik ini The Holy Grail masih belum dijumpai.


Adakah 'The Holy Grail' itu merupakan CUP/CHARLICE?

p/s: pernah bayangkan tak kenapa piala-piala banyak dalam bentuk cup? World Cup? - Allahu A'lam.
p/s/s: Any cryptographer here?



Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidul Rasul


Salam maulidul rasul untuk all my readers. Mari berselawat. 

Siapa ni? Dekat billboard Pasir Gudang, JB. =)

p/s: doakan demam aku beransur pulih ye.


Friday, February 11, 2011

Bengkel Fotografi Digital


Bengkel Fotografi Digital

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Satu program yang dinamakan ' Bengkel Fotografi Digital ' akan diadakan di Putrajaya selama 2 hari yang akan disampaikan oleh seorang tenaga pengajar yang amat bertauliah dan sangat berpengalaman luas iaitu saudara Abas Hassan dari Akademi Fotografi Profesional (http://www.bicara-foto.blogspot.com/)

Program ini terbahagi kepada 2 hari dan meliputi seisi kuliah (teori dan teknikal) yang padat dan juga penggambaran (amali) yang menarik di sekitar Putrajaya. Program ini terbuka kepada semua pencinta seni fotografi tidak kira mempunyai kamera atau tidak..tidak kira ianya orang baru ataupun lama dalam bidang fotografi.

Jika berminat, sila dahulukan wang pendahuluan sebanyak RM100 ke : Akaun Maybank 164052025063 (Azlan Azraai Bin Mat Tahar) dan baki boleh dijelaskan pada hari pertama bengkel ini berlangsung.

Makan & minum akan disediakan meliputi minum pagi, makan tengahari dan juga minum petang selama 2 hari. Kemudahan surau ada disediakan di Dewan Komuniti ini. Sijil Penyertaan turut disediakan.

Serba ringkas mengenai En.Abas Hassan :

Abas Hassan adalah seorang pengamal fotografi profesional yang kini sedang giat menjalankan aktiviti pembelajaran fotografi di IPTA, IPTS, jabatan kerajaan & swasta, ahli fotografi profesional dan mereka yang inginkan pendedahan mengenai fotografi. Disamping itu Abas Hassan juga seorang editor foto digtal dan diantara hasil kerja beliau ialah buku Busana Melayu oleh Puan Azah Aziz (buku terbaik pilihan Malaysia 2007) terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bermula sebagai jurujual peralatan fotografi, jurufoto profesional didalam dan luar negara dan kini sebagai penasihat, pengajar fotografi dan pencetakan, Abas Hassan merupakan seorang yang berketrampilan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau yang luas dalam usaha fotografi anda.

Sekian terima kasih.

Yang Ikhlas,

Larn Azrai ( Penyelaras)
Fadhil Bagumbayan (Ketua Fasilitator)

p/s: Siapa yang pernah mintak aku ajar pasal photography dan editing boleh lah ke bengkel ini. Aku akan berada di sana selama 2 hari.



Thursday, February 10, 2011

The Best Burger In Kuala Lumpur - OM Burger Ampang


Siapa suka makan Burger Ramly tepi jalan? Mana nak dapat Burger Ramly terbaik? Nak-nak dekat area Kuala Lumpur ini. Tak payah pikir panjang. Korang just pergi 7-11 Ampang Jaya pasti korang akan jumpa 'The Best Burger In Kuala Lumpur - OM Burger Ampng'. OM Burger ini tersenarai dalam top 5 street burger yang terbaik dalam Malaysia. Dah pernah masuk surat khabar lagi. "dont judge a book by its cover".

OM Burger Ampang - betol-betol depan 7-11 Ampang Jaya

Selalunya 1st impression orang yang datang sini akan "Goshh! Teruknya rupa bentuk kedai burger ini!!". Kedai burger macam ini ke yang terbaik dalam area Klang Valley? Macam aku cakap lah 'dont judge a book by its cover'. Tak semestinya kedai tu kena cantik, mempunyai perabut-perabut mahal, ada flat screen tv, berhawa dingin akan menghasilkan product yang sedap lagi lazat. OM Burger Ampang ini mempertaruhkan kesedapan product dia berbanding kecantikan kedai dia. LIKE!

Penyediaan daging bureger, telur dan sosej

Kalau korang pernah ke sini korang pasti akan terdetik dalam hati. Kenapa dia masak burger macam tu? Kenapa? Kenapa minyak dia banyak sangat? Kenapa selekeh sangat? Kenapa?

Rupa bentuk burger yang dipertaruhkan

Rupa bentuk hotdog yang dipertaruhkan

Ada orang panggi burger ini 'Burger Ampang', 'OM burger', 'Burger Selekeh', 'Sloppy Burger' dan banyak lagi lah dia punya nama. Walaupon cara penyediaan dan rupabentuk burger ini dapat mengerutkan kening korang. Tapi bila korang dah gigit dan telan burger ini korang pasti akan tersenyum kegembiraan. Waahhh! SEDAPNYA! *ala-ala upin dan ipin*.

So bagi penggemar-penggemar burger yang masih belom mencuba OM Burger Ampang ini aku amat galakkan korang cuba burger ini. Jika tak hidup korang tak bermakna. Maksud aku bagi penggemar burger ye! lebih specifik lagi STREET BURGER!

p/s: Siapa pernah cuba?



Wednesday, February 9, 2011

Terima Kasih Nuffnang


Salam. Semalam aku balik je kerja mak aku terus hulurkan aku satu envelop. Then terus aku tersenyum. Akhirnya cheque dari Nuffnang yang aku cash out bulan December 2010 sampai pon dekat rumah. Thanks alot Nuffnang!

Cheque by Nuffnang

Aku bukan nak menunjuk ke apa entry ini. Aku just nak share dengan blogger-blogger yang baru bahawa dengan berblog korang insyaAllah boleh buat duit dengan mengikut gaya dan caranya. Duit aku tak lah sebanyak Blogger Jutawan. Tapi atleast still ada kan? =) TERUSKAN BLOGGING GUYS! *entry kipas bontot nuffnang*. 

p/s: Siapa layan How I Met Your Mother? Boleh geng. 


Tuesday, February 8, 2011

Finally Aku Berjaya Makan Anak Aku

Salam! Ini bukan kes haruan makan anak ye. Ini kes aku makan Carl's Jr. Yes! Ahad lepas merupakan pertama kali aku makan dekat Carl's Jr ini. Lame tak aku? Kan! haha. Dulu aku selalu je lalu restoran Carl's Jr yang dekat Mid Valley tu. Betol-betol depan panggung wayang Mid Valley. Tapi tak pernah pun terniat nak menyinggah. Last-last ahad lepas aku pergi ke Pavilion untuk mencuba 1st time Carl's Jr dalam seumur hidup aku. *Still menepuk dahi, ketinggalan zaman betol aku ni*.

 combo meal - famous star with cheese

Disebabkan aku tak pernah makan atau follow orang makan Carl's Jr, so that aku sangat tak tahu macamana nak order dekat situ. Bak orang kata 'segan bertanya nanti sesat jalan'. Then aku dengan selamber je lah tanya penjaga kaunter tu actually macamana nak beli kat sini. Sekali sama je macam mekdonal lah! Simple just air dia kita boleh refill macam zaman Burger King dulu-dulu *sekarang Burger King kedekut*. Untuk pertama kali aku hanya mencuba berger yang paling simple, Famous Star with Cheese. Yang lain-lain lain kali lah ye =).

Faking delicious

Rasa berger dekat Carl's Jr ini memang sedap. And fries yang dihidangkan tu sangat pure rasa dia. Siap fries dia still ada kulit-kulit lagi. Aku berjaya kasi 4.5/5 untuk Carl's Jr untuk percubaan pertama aku. 1st impression is awesome. LIKE!

p/s: aku pernah bekerja di mekdonal setahun lebih. Carl's Jr lebih sedap!
p/s/s: korang suke Carl's Jr?


Monday, February 7, 2011

IPhone4 - Parking Lot Pavilion Kuala Lumpur


Salam isnin semua! Aku ada short story yang aku nak cerita sedikit hari ini. 'Semalam aku terjumpa IPhone4 dekat parking lot Pavilion Kuala Lumpur'. Ulang sekali lagi. 'Semalam aku terjumpa IPhone4 dekat parking lot Pavilion Kuala Lumpur'. Whoaahhhh!!

Hah! Semalam actually hari aku berdating dengan Belle. So we decided lah nak pi jalan-jalan dekat Pavilion before Belle pulang ke Johor Bahru. Then masa nak balik tu after bayar tix parking tiba-tiba aku di stopkan oleh Belle. "Eh U! cuba tengok tu". Aku pon direct pandang ke atas lantai. "Damn! Iphone4!". Lantas aku ambil Iphone4 yang tersadai di atas lantai tu. Dalam hati aku if dapat ni best jugak nih. Try tengok sekeliling kalau-kalau ada owner dia masih di situ. TAKDA! =)

Iphone4 yang dijumpai.
Ini bukan tangan saya. Ini tangan wanita. Jangan salah faham. haha.

Tapi atas nasihat dan baik hatinya Belle *pernah hilang phone 5 kali* kitorang decided nak pulangkan balik lah Iphone4 ini dekat owner dia. So call-demi-call family owner last-last dapat contact dengan owner dia. Mula-mula agak susah jugak lah nak operate Iphone4 ni. Yela aku dengan Belle mana pernah guna Iphone. Pulak tu everything dalam tu bahasa cina pulak tu sebab owner dia cina. Nasib owner dia still kat Pavilion. So last-last Iphone4 itu berjaya dipulangkan kepada owner dia dengan selamatnya. *sempat jugak lah godek-godek Iphone4 tu, mana tau ada 3gp. hahaha*. =). TAMMAT.

p/s: If korang jadi aku apa yang korang buat bila Iphone4 di depan mata?



Friday, February 4, 2011

Hilangnya Fernando Torres

Salam kepada semua readers blog aku! Ini cerita isnin lepas tapi aku baru nak post hari ini. Khas untuk penggemar sukan bola sepak. Mungkin ada yang dah tau atau mungkin ada yang tak tahu yang aku ini antara penyokong kuat pasukan Liverpool. Tapi baru-baru ini aku menerima berita malang bila aku tahu Liverpool telah menjual 'most profilik striker' Fernando Torres ke Chelsea. Aku boleh terima lagi if Liverpool jual si Nando ni ke kelab luar dari England seperti Real Madrid or ke Barcelona. Tapi kenapa Chelsea? Kenapa! Butthurt la sial! If jual ke Manchaster United lagi aku butthurt gila babi lah. Chelsea pon Chelsea lah janji Liverpool dapat 50 million pounds.

 Fernando Torres - antara striker terbaik Liverpool pernah miliki.

Bagi kaum-kaum hawa kat luaq sana yang sokong Liverpool atas dasar kekacakan Nando sebelom ini korang boleh lah pakat ramai-ramai sokong Chelsea pulak eh. 

Dengan 50million pounds yang Liverpool dapat dari penjualan Fernando Torres ini. Liverpool berjaya membeli 2 penyerang terbaik abad ini, Andy Carroll dari Newcastle United dan Luis Suarez dari Ajax Amsterdam. Pembelian ini berjaya mengubat kekecewaan aku atas penjualan Fernando Torres ke Chelsea. Atleast Liverpool tak membazir dengan penjualan Fernando Torres bukan macam Manchester United. Mana perginya duit jual Christiano Ronaldo (80 million pounds) ke Real Madrid?

Andy Carroll - pretty boy dari Newcasle United. *drooling eyes gadis-gadis dekat luaq sana* 

Luis Suarez - Si gigi rabbit.

Last wednesday aku saksikan perlawanan Liverpool vs Stoke dengan penampilan pertama Luis Suarez as a striker. Paling menakjubkan bila baru 20 minit permainan, Luis Suarez berjaya menjaringkan goal pertamanya bersama Liverpool sebijik sama dengan goal pertama Fernando Torres semasa 1st game dia ketika menentang Chelsea. Adakah Luis Suarez merupakan pengganti Fernando Torres yang baru? Sama-sama kita nantikan. =)

PALING BEST!! - credit to SOKERNET

Ahad ini. Ahad ini! penampilan pertama Fernando Torres dengan berjersy biru akan menentang club lamanya, LIVERPOOL! So jangan ke mana-mana ahad ini. Pastikan duduk di depan tv and tonton perlawanan hebat ini. Perlawanan yang dijangga menjadi perlawanan terhebat di awal tahun 2011. - penuh ejekan dan kontroversi.

p/s: Pemergian Torres dan kemasukan Luis Suarez dan Andy Carroll diharapkan seperti pemergian Kevin Keagen dan kemasukan Kenny Daglish di era kegemilangan Liverpool suatu ketika dahulu. LIVERPOOL!! - Legendary.


Tuesday, February 1, 2011

How To Have Safe Sex All The Time


Salam. Entry ini mungkin akan menimbulkan pelbagai masalah dan kemuhan. Seperti 'pendidikan seks' yang ingin diterapkan di sekolah-sekolah di Malaysia. Aku bukan bertujuan membuat entry ini untuk menggalakan berlakunya hubungan seks, tetapi aku ingin memberi kesedaran kepada masyarakat diluar sana terutama remaja-remaja zaman sekarang tentang bertapa pentingnya 'safe sex' dalam kehidupan kita. Bagi yang beragama Islam 'mungkin' anda akan memandang serong apa yang aku ingin sampaikan ini. Itu terpulang kepada persepsi masing-masing. Aku just ingin memberi info kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang kepentingan 'safe sex'. Ramai sebenarnya yang ingin tahu tetapi malas untuk membaca dan mencari info. Kepada yang berminat boleh teruskan membaca dan kepada yang tak berminat boleh close blog aku ini. Terima Kasih.

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails