Wednesday, April 27, 2011

Kenapa Nak Kene Jadi Anonymous



Assalamualaikum.

Hello readers semua. Hari ini aku nak bercakap sikit lah pasal orang-orang yang duk suka jadi Anonymous ini. Kenapa suka jadi anonymous bila nak menegur kesalahan orang lain? Kenapa tidak menjadi diri yang sebenar bila nak menegur kesalahan dan kelemahan orang lain? Apa salahnya dedahkan identiti anda so that any kesalahan nanti boleh rujuk kepada hang balik. Ni bila hang jadi anonymous macamana aku nak pergi berjumpa hang bila aku dan rakan-rakan buat salah. Jadi lah orang yang berani menegur. Bukan hanya menegur tetapi pakai topeng tutup muka. Nak jadi macam superhero ke? Dah-dah la bila nak menegur orang dengan menjadi anonymous. Seriously aku tak kesah pon if hang nak tegur aku sekiranya aku buat salah. Atleast bagi tahu la aku siapa diri hang. Then bolehlah aku jumpa hang discuss balik apa salah aku. Baru profesional. Ni ibarat lempar batu sorok tangan. Apeadehal? Lepas ini if nak hentam aku or nak tegur aku better lah guna identiti hang yang sebenar. Baru berani namanyakan. TQ.

p/s: Pengecut namanya.


Tuesday, April 26, 2011

Bukan Salah Perempuan

Assalamualaikum.

Readers tak kira lelaki atau perempuan. Tak kira bangsa apa sekali pon. Kali ini aku nak buat satu entry yang amat berguna untuk korang semua. "BUKAN SALAH PEREMPUAN". Ecehh.. dah macam tajuk drama TV3 kan? Haha. Sebenaqnya aku nak share dekat korang kenapa perempuan suka buat hal, suka buat perangai, suka merajuk tak tentu pasal bila tiba masanya dan keadaanya. Kadang-kadang tengah happy-happy dia nak buat perangai lah pulak! Ini bukan salah kaum hawa. Habis tu salah siapa? Salah kaum adam? Tak jugak! Ini salah ESTROGEN! Kenapa nak salahkan estrogen? Apa benda estrogen itu? Apa kene mengene perempuan-marah-estrogen? Ni aku nak cerita lah ni, sabar boleh tak?


Ha! Gambaq kat atas ni lah estrogen if hangpa nak tau. Dia bukan balak baru awek hang. Dia ni merupakan satu binaan atau hormon yang membezakan hangpa ni lelaki or perempuan. If hangpa perempuan hangpa mesti banyak estrogen dalam badan hangpa dan sekiranya hangpa lelaki hangpa kurang bende alah ni, hangpa lagi banyak hormon testosteron. If hangpa kunsar? Hangpa boleh pikir lah mana satu ada dalam badan hangpa.

 Menstrual Cycle

Tau pasal menstrual cycle? Kitar haid? If kaum hawa tak tahu aku rasa better korang tak payah jadi kaum hawa. Better korang jadi alien pon lagi bagus. Haha. Dan aku yakin tak ramai kaum adam yang nak amik tahu pasal ni. Bukan kerja diorang pon kan. Bukan ada keluaq darah pon dekat kemaluan diorang nih. Takde point pon diorang nak amik tau. Ye dok? Tapi kali ini aku nak suruh korang semua amik tahu pasal nih. Bende ini terjadi kat adik beradik perempuan hang termasuk mak hang and nenek hang dan kawan-kawan perempuan hang dan jugak awek hang.. HARUS ambil tahu!

Menstrual cycle ini merupakan satu perubahan physical yang berlaku terhadap kaum hawa yang subur. If tak subur susah sikit dia nak berlaku dengan betol cycle ini. Menstual cycle ini lah yang menyebabkan berlakunya haid pada kaum hawa. Keluaq darah dekat bawah sana. Tau kan? Aku nak explain details-details kang aku takut kene kutuk dengan budak-budak blajaq medic. Tapi aku nak tekankan lah. Bila nak berlakunya ovulation masa menstrual cycle ini, hormon estrogen akan dirembeskan dengan banyak masa ini. Hangpa tengok diagram yang aku kasi tu, ada satu peringkat dimana hormon estrogen graf dia menaik. Ha!! kat situ lah selalunya perempuan akan buat ragam kerana hormon estrogen ini lah yang mempengaruhi mood kaum hawa ini. Hangpa lelaki susah nak faham sebab hangpa kurang hormon ini. Seriously hormon estrogen ini lah yang membuatkan kaum hawa selalu nak beremosi. Diorang bukan sengaja nak beremosi pon. So hangpa jangan lah salahkan dia. Nak buat camna bila tuhan dah kasi kaum hawa ini dengan banyak hormon estrogen ini. Bukan depa nak pon.

Kacang Soya

Apa pulak kene mengene kacang soya dengan hormon estrogen pulak ni? Ha! ini lah aku nak kabar kat hangpa semua. Kacang soya yang orang selalu duk kata baguih sangat ni takda lah baguih mana pon. Hangpa tahu tak kacang soya ini merupakan salah satu makanan yang tinggi kandungan hormon estrogen dalam ini? Hangpa tau tak hormon estrogen yang berlebihan dalam badan hangpa boleh menyebabkan hangpa lemah? Boleh mendatangkan pelbagai penyakit termasuk kanser payudara? Hangpa tahu tak? Hangpa tahu tak kenapa matsaleh galakkan kita minum sangat air kacang soya keluaran diorang ini? Depa nak kita ni lemah! depa nak kita ni sakit! Depa nak bunuh kita. Hang tau tak walaupon depa duk galak-galakkan kita duk minum air kacang soya ini sebaliknya depa sikit pon tak sentuh air kacang soya ni? Hang tahu tak? Hang tahu tak depa duk minum coffee! depa duk minum teh! tapi duk canang satu dunia teh and coffee tak baguih untuk kesihatan? Hang penah fikir dak kenapa?

Mak-mak hangpa mesti cakap if mengandung elok minum kacang soya ni. Nanti anak kulit putih macam matsaleh? Itu semua bohonglah belaka. Hang tahu tak bayi yang mak depa minum banyak kacang soya ini selalunya akan mengalami masalah kulit? Hormon terlebih dalam badan. Sekarang hang tau tak kenapa banyak lelaki bersifat macam wanita? Hang tau tak? Sebab mak-mak menggalakan anak depa minum air kacang soya masa anak depa mengandung. Hebat betol matsaleh musnahkan benih-benih manusia akan datang. Hang tak percaya apa aku tulih ni, hang boleh google and hang research. TRY lah!

Dah melalut pulak aku rasa sekarang ini. tapi takpa lah. Aku nak kasi hangpa sekalian sedaq sikit tentang bahayanya hormon estrogen ini. Makin banyak hormon estrogen dalam badan kaum hawa makin ladies dia and makin sensitive. Makin kurang, makin ganaslah dia umpama tomboi. Ini betol. Aku tak tipu.

Selamat Beramal

p/s: If hangpa rasa entry ini beguna untuk hangpa nak sedaqkan boyfriend atau kawan-kawan hangpa. Hangpa boleh lah share entry ini. If hangpa bergaduh dengan boyfriend hangpa, hangpa boleh la cakap macam ni lepas nih "Bukan salah saya nak emosi-emosi ini, salah hormon ni. If awak gaduh-gaduh lagi dengan saya maknanya awak salahkan tuhan lah kasi saya banyak hormon estrogen dalam badan =( "


Saturday, April 23, 2011

Perempuan Emosi Kita Sebagai Lelaki Nak Salahkan Siapa?


NAK SALAHKAN SIAPA?

KENAPA NAK EMOSI

EMOSI

EMOSI

EMOSI?

p/s: Ini bukan entry emo. Tiada kene mengene dengan Belle ataupon kaum keluarga perempuan bahkan kawan perempuan saya. Ini sekadar pertanyaan. Harap maklum.



Thursday, April 21, 2011

Budak Zaman Sekarang Dah Lain


Salam readers. Pagi-pagi ini aku teringat time aku kecik-kecik dulu. Time-time raya or ada duit lebih sendiri baru terasa nak beli mainan. Takda maknanya nak beli mainan dekat shopping mall besar-besar. Kedai apek dekat depan rumah atuk aku dekat Kuantan pon dah cukup hebat mainan dia. So bila petang-petang tengok cerita Power Rangers or Super Human Samurai mesti rasa nak jadi macam diorang. So pakatlah dengan member-member kampung simpa duit nak beli pistol dekat kedai depan tu. Takdanya nak mintak duit beli pistol dekat atuk aku. dah cukup Rm2 memang berdesup lah ke kedai tu nak pistol belerang satu!


 Pistol belerang kegemaran aku. Kadang-kadang tak bunyi sebab dah masuk angin. Cipet!

Bila duit dah banyak, kasi upgrade sikit pistol kepada yang macam ini. Baru boleh belagak.

Sekarang ada lagi tak kedai yang jual pistol-pistol ini? Budak zaman sekarang nak main lagi ke mainan macam ni? Atleast diorang nak PSP kan? Duduk je terperap dalam rumah main game. Cuba lah main benda-benda yang macam ini. Nanti baru ada member tembak mata korang and terkene sepihan api dekat mata korang then merah. Takkan buta punya lah! Paling hebat pon ada darah beku. Baru namanya kanak-kanak! Ok aku rindu zaman kanak-kanak. Takda masalah nak fikir. Bila raya kepala otak 100% pikir raya! Enjoy. 

p/s: Pernah mandi sungai sampai orang lain kene selamatkan? Aku 2X. Mandi sungai Pahang, HAHA.



Tuesday, April 19, 2011

Buffered Earnings Naik dan Naik Lagi !!


Assalamualaikum.

Selamat hari Selasa readers! Di saat aku menulis entry ini pada pukul 7:48 AM, aku hampir 30 jam menjalankan  chemical reaction aku untuk menghasilkan solid yang teringan dan termahal di dunia dengan berskala besar. Otak aku dah hampir blank. Sampai aku dah tak mampu nak fikir apa-apa. Mata aku dah semakin cengkung. Dah macam mayat hidup dah rupa aku ini. Tak kira apa pon terjadi aku akan tetap teruskan untuk mencipta sejarah untuk diri aku sendiri, Malaysia dan Dunia. Amin. 

Intro tak masuk langsung dengan tajuk entry. Haha. Entry kali ini aku just nak 'show off' kutipan untuk buffered earnings aku untuk bulan ini. Show off eh?? HAHA. Semakin hari semakin meningkat. Terima kasih banyak-banyak kepada readers blog aku ini. Terutama yang sentiasa menyokong aku dari blakang terutama lately ini dengan entry aku dah tahap merapu-meraban tahi apek dalam jamban. Aku pon nak jugak duit Nuffnang aku beribu-ribu so that lepas aku habis azab siksa kerja aku ini boleh aku travel ke luar untuk gain experiance and berehat minda dan badan. Bila aku boleh travel nanti boleh la aku update story best-best. So korang kene la kasi aku duit banyak-banyak dengan selalu singgah ke blog aku and "click" iklan-iklan Nuffnang kat blog aku ni eh. HAHAH *pathetic mode*. 


Dulu masa mula-mula aku main blog ini aku tak pernah langsung terfikir pasal buat duit dari berblogging ini. Tapi lama-lama jadi best pulak bila dapat duit sampingan dari berblogging ini. Makin lama makin banyak. Aku bukanlah fulltime blogger. Cuma aku letakkan 5% diri aku ke dalam dunia blogging ini. Banyak lagi kerja yang sepatutnya aku lakukan selain blogging ini. Blogging aku just jadikan sebagai hobby di masa lapang same as reading books and photography. Ok lah. Nanti aku story lagi ok. Nak sambung buat kerja. BYE!

p/s: Dah click iklan Nuffnang? Click laa please.... HAHAHA.


Friday, April 15, 2011

SARAWAK SARAWAK SARAWAK NO 1 in MALAYSIA


Sarawak 

 Di television Sarawak, di radio Sarawak, di iPad Sarawak, di Blackberry Sarawak, di Samsung Galaxie Tab Sarawak, dikiri Sarawak, di kanan Sarawak, di depan Sarawak, di atas Sarawak, di bawah Sarawak. Sarawak di mana-mana. Menjadi negeri no 1 di Malaysia untuk 3-4 minggu ini. Tahniah kepada negeri Sarawak.

Rumah akan dibina banyak-banyak di Sarawak, Shopping Mall akan dibina banyak-banyak di Sarawak, kepantasan internet akan sepantas kilat di Sarawak, tiada lagi rakyat susah di Sarawak, satu rumah satu Perodua Myvi di Sarawak, air laut boleh bertukar jadi air minuman di Sarawak, tiada lagi rusuhan di Sarawak, Sarawak akan menjadi negeri maju bulan June 2011. Ayuh Sarawak!!

p/s: Ini cerita superhero di pawagam. Akan merasa teruja bila tengok di pawagam. Bila balik rumah sudah lupa.Superman ke Batman? 



Thursday, April 14, 2011

Bukan Kerja Biasa, Bukan Manusia Biasa, Its Extraordinary!


Salam. Hampir setiap hari aku bekerja more than 20 hours per day. Sekarang baru aku tau macamana Sir Isaac Newton, Albert Einstein, Thomas Edison, Louis Pasteur, Nikola Tesla, Alessandro Giuseppe, Galileo Galilei, Aristotle, Charles Bohr and etc berjaya mencipta sesuatu yang baru. InsyaAllah suatu hari akan tiba. Wish me luck readers - Sir Carl Samsudin.



This is what i mean - Silica Aerogel



InsyaAllah the next company soon.

p/s: A big thanks to my sifoo, Prof. Dr. Halimaton Hamdan.(Cambridge)
p/s: Readers yang menanti cerita-cerita menarik dari aku nanti aku update entry best-best ok. Lately ni super-duper busy. TQ.



Tuesday, April 12, 2011

SBB13


Assalamualaikum

Secret location UNDERGROUND where the - somewhere in WASHINGTON, D.C, the coordinates - uncovered an ANCIENT PORTAL that led - warning the PYRAMID holds dangerous - decipher this ENGRAVED SYMBOLON to unveil.

United State Capitol


X- SBB13





p/s: Apotheosis of Washington. TQ.



Friday, April 8, 2011

The Old Blossom Box - April 2011


Salam all my readers. Entry kali ini aku nak show sedikit artwok aku bersama rakan aku Jezmine dari The Old Blossom Box Store. Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki baju-baju yang diperagakan oleh Natacha ini boleh lah terus berhubung dengan The Old Blossom Box Store ye!


Old Blossom Box Novelty Label
Pixie Novelty Colour Block Cardie
*coming soon in various colors and prints*


Old Blossom Box Novelty Label
Pixie Novelty Colour Block Cardie
*coming soon in various colors and prints*


Old Blossom Box Novelty Label
Pixie Novelty Colour Block Cardie (form behind)
*coming soon in various colors and prints*


  Old Blossom Box Novelty Label
Limited Edition Vintage Inspired Bag
Pixie Novelty Carry All Bag

   Old Blossom Box Novelty Label
Limited Edition Vintage Inspired Bag
Pixie Novelty Carry All Bag

many more coming soon. Lets grab it girl!

p/s: I LOVE FASHION PHOTOGRAPHY.



Thursday, April 7, 2011

Eh! Masuk Paper Lahhh


Cuba Cari Mana Saya?

p/s: Bersediap sedia membuat reaction selama 24 hours!



Wednesday, April 6, 2011

Mencuri Dalam Masa 3 Saat


Salam my readers. Sorryyy sangat lama tak update blog. Gila busy lately ini dengan kerja-kerja dekat office. Dan nak pocah kopalo den ni hah! So aku nak korang try usha pencuri yang amat hebat ini. Dalam masa 3 saat je sahaja dia boleh mencuri beg tangan dalam sebuah kereta.



Pencuri Hebat


Dalam sekelip mata sahaja dia berjaya mencuri beg tangan. So cek nak nasihatkan hangpa kat luaq sana lah kan. Jangan sesekali korang letakkan barang beharga korang disebelah seat pemandu kitika anda sedang memandu. SEKELIP MATA sahaja dah boleh leeesssaaaapppppppppp!

p/s: Tapi hebat lah pencuri nih!





Friday, April 1, 2011

Natacha Meunier


 Salam all my readers! mari senyummmmmmmm ramai-ramai? A BIG SMILE =). Tadaa. Hari ini aku just nak letak gambar-gambar muka gadis yang aku photoshoot Ahad lepas dekat The Old Blossom Box Store. Gambar full nanti aku tunggu pelepasam dari owner butik itu dulu lah k. So aku nak mempersembahkan model of that day. Natacha Meunier. If berminat boleh lah ke fan page dia ok. Natacha Meunier







Tergoda? Hangpa kene blajaq cakap french dulu lah. Sebab awek ni orang France.

p/s: Peace no war. Love all human being.


The Old Entry

Related Posts with Thumbnails