Friday, May 27, 2011

Potrait Photoshoot - Perhimpunan 1 Juta Belia Putrajaya



Assalamualaikum

Guys! Chek nak habaq mai sikit nih. Ahad ni chek ada dekat 'Perhimpunan 1 Juta Belia Putrajaya'. Chek rasa nak buat sikit potrait photoshoot lah pada hari tu. Chek dalam pukui 1PM  ada dekat booth KukuBesi. So hangpa-hangpa dekat luaq sana rasa nak chek photoshoot muka hangpa mai lah datang beramai-ramai. Jumpa kat sana nanti ok. See ya! Have a great holiday! School holiday yaw!





Monday, May 23, 2011

Jerawat - Raja Seni Kecantikan


Assalamualaikum.


Hye adik-adik. Hari ini abang Carl nak ajar apa itu jerawat atau pimple atau acne. Bagi adik-adik yang sedang di alam remaja pasti pernah mengalami masalah ini kan? Hari ini abang Carl nak jadi ala-ala doctor sikit lah. Doctor pakar kulit. Adik-adik nak tau tak yang jerawat ini merupakan satu penyakit kulit. Macamana jerawat boleh terjadi? Jerawat boleh terjadi apa bila minyak/sebum yang dihasilkan oleh sebaceous gland untuk melembabkan kulit dan rambut berkumpul sehingga dijangkiti bakteria akibat blockage of hair follicle. Dekat atas abang Carl ada tunjukkan gambar yang adik insyaAllah boleh fahami. Sebab itu adik-adik harus mencuci sentiasa muka adik agar hair follicle ini tidak tersumbat dan menyebabkan berlakunya jerawat. 

Selalunya bahagian kulit yang banyak sabaceous gland ini akan selalu dijangkiti jerawat terutama kawasan yang "hair covered area" seperti muka, bahagian atas dada dan bahagia belakang badan adik-adik. Jerawat selalunya muncul disebabkan oleh:

1. Hormon - Semasa adik-adik mencapai akil balikh hormon testosteron akan menjadi banyak di dalam tubuh adik-adik. Hormon ini merupakan satu sebab berlakunya pertumbuhan jerawat. Bagi adik-adik perempuan pula, menstrual cycle juga merupakan salah satu punca jerawat.

2. Genetic - Ya! jerawat dapat diwarisi dari nenek ke ayah dan ke anak. Dia boleh diwarisi dan tidak boleh dijual beli. 

3. Psychological - Bila adik-adik terlampau banyak kerja atau masalah, stress dapat meningkatkan pertumbuhan jerawat di bahagian dahi terutamanya. Pastikan adik-adik pandai menangani stress untuk mengelakkan pertumbuhan jerawat.

4. Infectious - Ada satu bacteria ini yang bernama propionibacterium acnes (P. acnes) bila berkumpul di dalam sebaceous gland adik-adik boleh menyebabkan jerawat. Oleh itu abang Carl sarankan adik-adik sentiasa menjaga kebersihan kulit adik. Sentiasa menggunakan pembasuh kulit yang sesuai dengan kulit adik.

5. Diet - Makanan yang tidak seimbang juga menyebabkan pertumbuhan jerawat. 


Persoalan-persoalan yang sering diajukan kepada doctor:

1. Jika kita makan kancang, makanan yang berminya dan choclate boleh menyebabkan jerawat?
- buat masa ini tiada scientifically evidence yang mengatakan adik makan makanan tersebut boleh menyebabkan jerawat. Tapi sekiranya adik makan makanan tersebut dan boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat adik-adik, amat eloklah adik hindarkan makanan tersebut.

2. Jika kita bermasturbasi, adakah akan menyebabkan pertumbuhan jerawat? 
- abang Carl ada refer kepada Doctor Aizul Marcello (Pakar Masturbasi Hospital Besar Melaka). Dan ini jawapanya.




So mana "Jerawat - Raja Seni Kecantikan"?
Kan best dunia ini menganggap jerawat tu satu seni kecantikan. Makin ramai orang nak berjerawat. =)

p/s: Hangpa-hangpa kat luaq sana tau tak ubat jerawat apa yang paling mujarab? Yang hangpa penah beli dan cuba pakai?


Saturday, May 21, 2011

Saya Benci Dia, Awak Pon Kena Benci Dia Sekali


I H A T E Y O U

Assalamualaikum.

"Tasha, i ada story sikit nak cakap dengan you ni" - Farah
"Apa dia Farah?" - Tasha
"I tak berapa ngam la dengan sorang kawan i ni, dari dulu lagi i dengan dia banyak berselisih faham" - Farah
"Siapa dia tu? I kenal ke?" - Tasha
"You kenal, dia kawan u jugak, Jhonny" - Farah
"Kenapa dengan Jhonny? I ok je dengan dia, I tak ada masalah langsung pon dengan dia" - Tasha
"Tapi I tak berapa suka dia lah, langsung tak boleh ngam dengan dia" - Farah
"So u nak I buat apa? Jangan kawan dengan dia jugak?" - Tasha
"U kan kawan baik i, i hope u sentiasa sokong apa yang i buat and kalau boleh u jangan la kawan dengan dia jugak" - Farah
"Ermmm. Nanti i fikirkan lah ye Farah" - Tasha
"T_______T" - Farah


Hangpa pernah tak alami keadaan yang macam ni? Bila hangpa tak suka orang tu, seluruh kawan hangpa pon hangpa rasa tak patut suka dekat orang tu. Atau hangpa sendiri jadi 'Jhonny'? Apa bodoh la 'Farah' tu kan bila dia duk tak puas hati dengan Jhonny nak ajak sekaum dia duk tak puas hati dengan Jhonny jugak. Kadang-kadang bila anda di  tempat 'Tasha' anda akan rasa bersalah, nak support yang mana satu. Aku bukan cakap kosong, ramaiiii kat luaq sana duk alami benda alah macam ini. Terutama kawan-kawan perempuan kat luaq sana. Mana lah hang letak kepala-otak hang. Bodoh nak mampus. If hang tak puas hati dengan sesiapa tak payah lah hang nak ajak rakan baik hang, cikgu hang, nenek hang, adik hang, mak hang, anjing hang pon sekali tak puas hati dengan budak tu. If hang jadi 'Tasha' pulak hang luaskan la minda dan hati hang. Hang tau ke cerita belah 'Jhonny' pulak macamana? Hang duk dengaq dari mulut 'Farah' yang entah betol entah tidak tu je. If dia boleh burukkan kawan dia hang rasa satu hari nanti dia tak boleh nak burukkan hang? Beringat sikit lah ye. Apa yang penting hang percaya dekat diri hang and if hang ada kawan hang kenal lah kawan hang tu betol-betol. Jangan easilly judge orang macam kita judge ubat. Bukan semua ubat pahit, ada jugak ubat yang manis. Tapi dalam kepala otak hang, hang always rasa yang ubat tu pahit. BahLOL. Hari sabtu ini aku nak nasihatkan, hang jadi lah diri hang. Jangan lah jadi bontot kawan hang. Adios!

p/s: Otak budak belajar berfikir tak sama dengan otak budak bekerja.




Friday, May 20, 2011

Return of The Author


Assalamualaikum.

Wah! Aku rindu nak menulis dekat blog aku ni. Rasa kekok pulak. Padahal takda lah lama mana pon tak menulis. Aku tak boleh hidup lah tanpa menulis dan membaca. Mesti jari aku duk ketaq-ketaq nak menulis jugak. Sorry lah geng, lately ni aku banyak duk terperap dekat rumah aku yang dah macam library dah. Dari satu-satu buku aku duk katam kan. Memang takda masa sangat lah aku nak online ke nak pergi tengok wayang ke apatah lagi nak pi berdeting. Memang jauh lah. Aku balik kerja je terus aku shoot ke kolam renang dekat dengan rumah aku. Balik je berenang aku terus balik rumah and sediakan coffee panas dan duk mentelaah buku-buku aku sampai aku rasa katil dah panggil mari. Tulah rutin aku hari-hari sampai ke hari ini. Tapi bila aku jumpa kawan-kawan aku je sekali sekala mesti depa duk tanya. "Awat hang dah tak menulih blog lagi, ada masalah ka?". Duh! Bukan satu dua je yang bertanya, nak dekat ribu-ribu jugak lah *hyperbola*. Dekat facebook orang duk tanya. Dekat Twitter orang duk tanya. So aku rasa macam best pulak. Ada jugak orang suka aku duk menulis ini kan. Ok lah. Aku emosi dan phisically dah ready nak menulis kembali. Ada lah beberapa cerita yang aku nak share dengan korang nanti. Biasalah aku banyak ke arah benda-benda fakta-fakta ini. Lebih best dari duk nak bergosip pasal artist-artist ke bagai kan. Owh lupa nak cakap. Aku duk tengok makin ramai bloggers baru yang timbul. Macam cendawan lepas hujan! Gudluck lah ye you all! Nak berblog haruslah banyak membaca. Jangan copy paste jek. Tambahkan ilmu didada baru kita duk pakat share dengan orang disekeliling. Oklah. Nanti aku nak menaip lagi! Thanks kat hangpa semua coz sudi jugak jeguk blog aku ini walaupon aku tak update entry-entry baru. Thanks jugak dekat sugar mummy aku, Nuffnang sebab tak serik-serik nak sedekahkan aku duit walaupon aku dah tak menulis entry sebelum ini. Dah macam makan gaji buta. Ok lah geng! Jumpa lagi. Adios!

p/s: Aku nak pi beli Mazda RX8. Hangpa rasa cun tak?


Tuesday, May 3, 2011

Good Bye Readers


G O O D - B Y E

Assalamualaikum.

To all my readers yang banyak support perjuangan aku dalam dunia blogging ini. Hari ini aku nak mengucapkan selamat tinggal dekat korang semua. Susah aku nak buat keputusan ini. Bukan senang aku nak pisahkan diri aku dengan dunia blogging ini. Tapi setelah aku fikir banyak-banyak aku TERPAKSA meninggalkan dunia blogging ini. Aku tak pasti sama ada sekejap ataupon lama ataupon selamanya. Tapi yang pastinya buat masa ini aku akan berhenti dari segala activity di social networking termasuk blog, facebook and twitter. Thanks for all the supports yang aku terima dari korang. A BIG THANKS!!! If ada masa kita berjumpa di luar sama-sama tegur lah ye. =)

p/s: Doakan yang terbaik untuk aku di SANA. Bye-bye.




The Old Entry

Related Posts with Thumbnails