Hello pembaca blog aku nih!
Hari ini aku macam nak bercakap sikit lah tentang 'Cinta dan Seks' ini. Aku bercakap berdasarkan pemerhatian aku disekeliling. Zaman sekarang ini 95% of percintaan mesti melibatkan aktiviti seks dari bercium sehingga ke ranjang. Aktiviti macam ini terjadi totally dari pengaruh filem-filem luar. Dulu masa aku sekolah dekat area Melaka aku belom pernah lagi terlibat dengan aktiviti-aktiviti macam ini. Tapi bila aku berpindah ke sekolah area Bangi aku jadi macam kejutan budaya bila diorang cakap "If ko nak kapel, kenalah kissing". "what the?!". Seriously aku kapel masa dekat Melaka dulu paling teruk pon aku pimpin tangan gf aku melintas jalan. Bila aku pindah Bangi siap ada yang nak offer aku kissing nak suruh aku belajar. Seriously tersentak!
Bila umur semakin meningkat, bila kawan semakin ramai baru aku sedar yang most of the couple paling kurang pon mesti akan kissing. Seriously sangat barat dan bukan budaya kita. Ada lagi ke manusia zaman ini yang tak pernah kissing dengan partner dia? If ada aku sangat kagum dengan korang. Dan banyak jugak yang sampai terlanjur tidur sekatil. Betol tak apa aku cakap? Korang tak payah nak eeeee sangat lah. Aku tahu ada yang terkene dekat batang hidung sindiri kan?
Perlukah seks dalam cinta? Actually memang perlu. Sebab itu orang yang berkahwin memerlukan aktiviti seks untuk menyemarakkan cinta mereka. Tapi untuk yang belum berkahwin ini perlukah? If korang tanya kawan-kawan korang disekeliling mesti diorang kata perlu jugak. kah kah. Sebab bila kissing rasa macam sayang je gua dekat gf gua. Baru lah dia jadi hak gua! Tak gitu? Aku percaya ramai yang rasa macam tu. Yelah. Filem-filem romantik barat bila bercinta je mesti nak kiss kan? Baru lah romantik. Barulah boleh spread kasih sayang. Sampai lah masuk ke bilik dan ke atas katil.
Aku tahu seks sebelum kahwin merupakan satu maksiat dan juga satu dosa besar yang dimurkai Allah SWT. Tapi aku tahu jugak yang korang mostly pernah dan sedang melakukan aktiviti ini tanpa memikirkan dosa yang korang tanggung. Aku just nasihatkan pada pasangan-pasangan dekat luar sana. If korang terpaksa jugak melakukan aktiviti ini sebelum kawin aku nasihatkan silakanlah melakukan aktiviti seks yang selamat. Maksud aku pada kaum lelaki silakanlah memakai perlindungan di senjata anda sebelum menembusi pasangan anda. Dah sangat banyak kes pembuangan bayi sekarang ini. Kesian dekat anak-anak yang lahir tu nanti. Ada yang mati and ada yang akan hidup tanpa bapa nanti. So pandai-pandai la korang fikir baik dan buruknya ok. Aku nasihatkan untuk korang dan juga diri aku sendiri. Jumpa lagi di lain entry! Bye! Muahxxx!
p/s: Cakap senang. Buat susah.