Saturday, July 30, 2011

Niat Puasa Sebulan Ramadhan


Assalamualaikum

Lafaz Niat Puasa Sebulan Ramadhan :
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala


p/s: Sama-sama kita ingatkan untuk rakan-rakan. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.





Sokong Negara Pon Kene Saman!



Assalamualaikum

Ralat. Ralat. Ralat.
Ralat khamis lepas sebab kereta aku kene saman parking tepi jalan dekat Stadium Bukit Jalil. Aku bukan pi sana bersuka ria nak pergi main bowling ke, dating ke, tengok wayang ke. Aku pi sana sebab nak sokong skuad kebangsaan. Sekali lagi. Sokong skuad KEBANGSAAN! Parking lot dekat stadium tak cukup nak buat macamana?! If cukup dah lama dah aku parking dekat stadium tu. Parking lot dekat perhentian bus sementara bukit jalil tempoh hari kau tutup. Macamana?! Kecewa kene saman sebab support negara. Bertimbang rasa sikit lah. 

p/s: Nak duit sebab piliharaya dah nak dekat. Nak buat camna. Support negara pon kene saman.


Thursday, July 21, 2011

Siaran Langsung Malaysia vs Chelsea di Astro SuperSport dan Astro Arena


Malaysia vs Chelsea

Sekadar info: Khas yang tak pergi ke Stadium Bukit Jalil ini malam

Siaran Langsung Malaysia vs Chelsea di Astro SuperSport Ch 817, Astro SuperSport HD Ch 831 dan di Astro Arena Ch 801 pada pukul 8:45 Malam waktu Malaysia.

p/s: Kasi layan sama Marry Jane pon sedap jugak nih!


Monday, July 18, 2011

Berani Tapi Penakut



Assalamualaikum

 Berani tapi penakut. Ini aku nak khaskan untuk orang-orang yang berani nak tegur orang tapi tak berani  nak dedahkan siapa diri dia. Macam berani campak batu tapi suka sorok tangan. Itu bukan cara dia. If kau berani nak tegur orang kau harus jugak berani nak tunjukkan siapa diri kau. Jangan lah jadi pengecut. Cakap pandai tapi telor takda. Aku nak nasihatkan lah orang-orang macam ni dekat luar sana. Lu orang jangan lah jenis yang cakap pandai tapi penakut. Cakap mengalahkan ustaz and penceramah bebas. Tapi kalau boleh muka tu nak kasi sarung dengan seluar dalam. If lu berani tegur lu berani lah bagitau siapa diri lu. Right? Aku tak kesah aku kene tegur ke, maki ke, caci ke. Aku berani tanggung risiko apa yang aku buat. Lu ada berani? FACEPALM! Better lu cakap dari dalam lubang tandas. Terbaik bro.

p/s: Siapa makan cili dia lah terasa pedasnya. 



Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban Setanding Lailatul Qadar



Assalamualaikum.

Mungkin ramai yang sudah tahu malam ini merupakan malam Nisfu Syaaban. Nisfu Syaaban bermaksud hari ke-15 didalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Kita sebagai umat Islam mempercayai di malam Nisfu Syaaban ini segala amalam kita pada tahun ini akan dibawa naik oleh malaikat dan digantikan dengan buku amalan baru. Nisfu di dalam bahasa arab bermaksud setengah. Malam Nisfu Syaban merupakan malam yang ke-15 iaitu siangnya 14 haribulan Syabaan.

Malam Nisfu Syabaan merupakan malam yang pernuh berkat selepas malam Lailatul Qadar. 

“Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.” - Rasulullah SAW.

Fadhilat Nisfu Syaaban:
1. Membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali pada malamnya.
2. Mengadakan Qiamullai.
3. Berpuasa pada siangharinya.

Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya untuk bangun dan berjaga malam serta beriktikaf sepanjang malam kerana bagina tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur dan lalai.

p/s: Aku memohon kemaafan dari semua pembaca blog aku ini dan mari kita mulakan amalan-amalan baru dengan lebih baik. Aku memaafkan semua rakan-rakan yang aku kenal dan mengenali diri aku ini. Allah maha pemaaf. Kenapa pula tidak hambanya. 0-0.



Friday, July 15, 2011

Cincin USD24.4 Juta








Ye ke tak benda alah ni?

p/s: Mana satu betol pon aku tak tahu lah zaman sekarang ini. Haiyhhh!




I Miss You Mother


Pagi-Pagi dah nampak muka mak dalam paper. Miss you already!

p/s: Rasa nak balik Johor duduk dengan mak. =(

Thursday, July 14, 2011

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2011


Assalamualaikum

Ini aku lampirkan sekali Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2011 bagi kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Rajin-rajinlah korang print jadual waktu yang aku bagi ini dan tampal di mana-mana yang patut sebagai panduan untuk korang berpuasa nanti. 

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2011 Bagi Kawasan Kuala Lumpur Dan Putrajaya

p/s: Dah ganti puasa ke belom?



Wednesday, July 13, 2011

Harry Potter Day Out!



Assalamualaikum.

 Salam semua my readers! Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu bagi semuaaaa big-big fans Harry Potter. Today the final instalment bagi Harry Potter's movie. Harry Potter and The Deathly Hallow Part 2. Aku pasti dah banyak Muggles yang dapatkan tiket untuk tonton Harry Potter tengah malam ini. Dah 10 tahun kita di gegarkan oleh phenomena Harry Potter sejak movie pertama Harry Potter and The Philosopher's Stone dikeluarkan dan geng-geng ini telah menerima sebanyak $6.3 billion hasil ke tujuh-tujuh movies yang pernah dikeluarkan. Bravo! 

 Minggu ini minggu penuh dengan magic dan spells! Minggu-minggu lepas kita disajikan dengan aksi robot-robot kacak melalui filem Transfomers 3. Sebab itu aku sangat suka summer time! Memang banyak movie best-best dikeluarkan! Jom kita tonton Harry Potter untuk final movie ini. Lepas ini dah takda dah movie Harry Potter. Harry Potter fans out there! Lets go to the cinema!

p/s: Masih menunggu filem The Lost Symbol next year!



Tuesday, July 12, 2011

Bila Menyalak Macam Anjing


Orang dah cakap jangan buat kau nak buat jugak. Orang dah cakap jangan pergi kau nak pergi jugak. Kau sendiri boleh tahu apa akan terjadi bila kau pergi. Kau tetap degil. Kau ikutkan sangat kepala keras batu kau tu. Kau tak fikir perasaan orang lain yang susah akibat perlakuan kau. Tapi bila kau kene simbah air, kau bising. Bila kau kene tangkap, kau jerit. Bila kau kene belasah, kau buat-buat nak mati. Bila kau kena semua sekali. KAU MENYALAK MACAM ANJING. WOOFFF! 




Bodohnya Melayu yang Bodoh



Assalamualaikum

 Bodohnya Melayu yang bodoh. Aku bukan nak berpuak-puak dan bersifat perkauman. Aku sendiri orang Melayu tapi aku sangat malu dengan sifat bodoh Melayu yang bodoh. Sedih! Makin hari makin bodoh Melayu. Makin hari makin detertawakan Melayu oleh bangsa-bangsa lain. Mana Melayu nak letak muka? Bangsa bodoh disebabkan perangai-perangai Melayu bodoh! 

 Kau kenal Ambiga Sreenevasa? Kau tau apa yang diperjuangkan oleh Ambiga Sreenevasa? Kau ingat kes Lina Joy yang murtad dan disokong kuat oleh Ambiga Sreenvasa? Mana otak kau sekiranya kau nak sokong perjuangan BERSIH oleh Ambiga Sreenevasa? Orang Melayu kah Ambiga ini? Kau nampak gambar-gambar dan video-video semasa perhimpunan BERSIH sabtu lalu? Majoriti Melayu! Bodohnya lah korang ini. Bodohnya lah! Bodohnya lah! Makin hari otak makin turun ke kaki. Jangan lah bodoh sangat Melayu yang bodoh. Nak perjuangkan hak bukan itu cara nya. Ada otak untuk berfikir. Jangan jadi lembu yang dicucuk hidungnya. Mana orang Cina mana orang India masa Melayu buat rusuhan? Mereka duduk rumah ketawakan korang. Bingai!

 Penganjur Bersih bukanya orang Melayu. Lagi perit si Ambiga itu terang-terangan anti-Islam. Kenapa aku tengok orang-orang yang berkopiah sangat sanjung dengan perjuangan si Ambiga. Aku tak faham apa yang orang-orang yang berkopiah ini berfikir untuk menyertai perhimpunan yang dianjurkan oleh si Ambiga. Sedih!

" Orang Bodoh Tidak Suka Membaca dan Merantau "

p/s: Maaf. Tapi kau, kau dan kau memang BODOH!



Monday, July 11, 2011

Which Profession You Don't Want To Date?



Assalamualaikum.

 Bila masa kecik-kecik dulu ramai nak jadi profession class A macam doktor, peguam, arkitek, engineer dan juruterbang. Susah nak cari budak-budak nak jadi tukang masak, pakar IT, pelukis, pereka fashion dan yang bukan class A yang lain. Semua ini sebab kita di basuh otak oleh mak bapak kita. Bila besar je 'mesti' jadi orang yang berprofession class A. Kenapa nak kene ada class A ke, B ke, C ke. Teruk ke if anak jadi pereka fashion? Keji sangat ke pekerjaan yang diimpikan tu. #fakingassdick! - bukak minda lah wahai mak bapak! 

  Aku malas nak bertekak bila kes mak bapak nak suruh anak jadi apa. Sampai ke besok pon belum tentu habis. Hari ini aku just nak tanya pendapat korang je. Which profession you dont want to date? Aku ada beberapa list kenapa dan mengapa aku susah nak berkomitment orang yang dengan berprofession tertentu:

1. Lawyer - Sebab aku rasa lawyer ini bijak menipu. Pandai nak putar belit fakta sampai kita pon terpedaya. So bila dah berpasangan dengan lawyer, mungkin akan ditipu banyak kali pon aku takkan sedar. Lawyer = Liar.

2. Doctor - Bagi aku hanya doctor sahaja yang akan memahami doctor. Apa yang difikirkan oleh doctor tak sama apa yang difikirkan oleh orang lain. Tambahan aku sukar nak hidup dengan orang yang akan busy 24/7. On call setiap masa. Bayangkan korang tengah sedap-sedap berasmara dana tiba-tiba wife korang kene panggil balik ke hospital. Kan potong stim je namanya tu. Susah la sial!

3. Pramugari - Susah aku nak percaya pramugari ini. Sebab hidup dia dikelilingi dengan orang yang kacak-kacak belaka. Dah lah selalu jauh dengan kita. Kita tak tahu apa yang dia buat di dalam kapal terbang bebatu jauh dari kita. Hidup pramugari ini sangat social. Korang bercampur gaul dengan pelbagai jenis orang. Kita nak call dia pon tak dapat sebab dia tengah fly. Macamana nak call! Ahh! Aku reject awal-awal pramugari nak jadi wife aku.

4. Model - Tak sangup aku laki lain hari-hari tatap muka badan kaki dan bontot dia! Fail!

5. Perdana Menteri - Memang bongok. Hidup nak tipu orang lain je kerja.

"So which profession you dont want to date?"

p/s: Aku sebenarnya if nak ada wife aku nak dia keluar rumah selepas aku keluar rumah and balik rumah sebelum aku balik rumah. Aku nak wife yang benar-benar wife. Bukan macam wife zaman sekarang. Banyak kurang ajar sama husband. Hell is your place!




Thursday, July 7, 2011

Weekend Untuk Cinta



My Love

p/s: I hope i can make u happy this weekend!


Wednesday, July 6, 2011

Tuesday, July 5, 2011

GEGO 2011 : The Next Wave


GEGO 2011 : The Next Wave

Assalamualaikum and Helloooooooooooo JOHO!

 Ini ada berita terbaik untuk peminat tegar JOHO. Tak kira yang berada di sekitar Johor Darul Takzim atau di luar negeri Johor. Pada 8 July 2011 bersamaan dengan hari Jumaat, JOHO dengan rasminya akan menganjurkan satu event yang diberi nama GEGO 2011 : The Next Wave. Pada yang pergi event GEGO 2010 tahun lepas pasti akan ketagih event seperti ini dimana segala jenis umat manusia akan berkumpul dan menikmati segala jenis bentuk seni yang berada pada event tersebut. So, untuk tidak menghampakan korang, sekali lagi JOHO mengadakan GEGO 2011 : The Next Wave di Bukit Timbalan, Johor Bahru!

Terlampau banyak aktiviti yang akan JOHO sajikan untuk korang semua pada hari tersebut termasuklah:

Car Boot Sales!
Exhibitions and Galery!
Lifestyle Booth featuring longboard, fixed bike, mountain bike and etc!
Longboard Demo/Gathering!
Skateboard Gathering!
Open Mic Session!
Acoustic Performances!
Liga Baling Selipo!
KBNL show!
Concert GEGO 2011!
Dan Banyakkkkk Lagi!!!

 So! Pada hari Jumaat (8 July 2011) ini bermula dari pukul 3pm sehingga lewat malam jom lah sama-sama kita berkumpul enjoy the event sambil berkenalan dengan kawan-kawan baru yang mungkin sama minat dengan korang! Dekat sini jugak lah platform untuk korang cari jodoh. Dijangkan dengan beratusan hot chicks and guys yang akan datang. Gua berani potong jari if setiap 5 minit korang tak boleh nampak hot chicks or guys lalu depan mata korang. Crossing finger!

 The Art Exhibitions
JOHO menampilkan - KUKUBESI, AUR & ARAH, EIGHTYFOURCUBE CUBIES, THE SUPERSUNDAY, LOMONATICS.

The Bands
JOHO menampilkan - PLAGUE OF HAPPINESS, STATIK, KBNL, I'M PULSE, DJ DIMAS, DEWATA, KHOTAL, FYNN JAMAL, THE FULL PLEDGE MUNKEES.


TAK CUKUP HEBAT LAGI KE NAMA-NAMA DEKAT ATAS NI ??!!

APA TUNGGU LAGI! MARI BERGEGO BERSAMA JOHOLOVERS YANG LAIN!!

Pada korang yang terlepas GEGO tahun lepas cuba korang check it out video dekat bawah ini. If korang rasa tahun lepas dah cukup meriah. Apatah lagi tahun ini. Jangan menyesal sudah lah nanti yeh!







GEGO 2010 


p/s: Gua sanggup turun dari KL semata-mata GEGO 2011 lah sial! Lu orang apa tunggu lagi!



Monday, July 4, 2011

Gadis Gedik


" gadis yang gedik selalu dibenci oleh gadis yang tak gedik "
" gadis yang gedik memang disukai oleh geng-geng lelaki bernafsu naga "
" gadis yang gedik ditempat kerja selalunya nak pakai bikini je kalau boleh "
" gadis yang gedik ini kebanyakanya terbentuk gediknya di sekolah lagi "
" gadis yang gedik berkumpulan selalunya rasa macam bagus "
" gadis yang gedik berseorangan selalunya nak kene rogol "
" gadis yang gedik memang suka camwhore - ingat kiut agaknya "
" gadis yang gedik ini selalunya kata gediknya natural "
" gadis yang gedik ini selalunya bertukaran pasangan "
" gadis yang gedik ini nak mampos awal agaknya "

korang nak jadi gadis yang gedik tak! aku lempang kang bontot gedik kau.

p/s: lelaki  bila nak kawin dia cari gadis yang tak gedik.


Saturday, July 2, 2011

Video Akad Nikah Noh Hujan Dan Mizz Nina

Video Akad Nikah Noh Hujan Dan Mizz Nina

Tahniah kepada Noh Hujan kerana sudah menjadi suami kepada Mizz Nina
Moga berkekalan ke anak cucu.
Bahgiaaa owh bahgiaaa owh bahgiaaa..

p/s: mode kawin menyelubungi diri.




Friday, July 1, 2011

Nilai Wang Hantaran Zaman Sekarang



Assalamualaikum.

"perkahwinan paling berkat adalah yang paling kurang mengeluarkan belanja" - Rasulullah SAW

Wang hantaran sebenarnya merupakan satu hadiah ikhlas dari pihak lelaki kepada pihak perempuan yang menjadi budaya masyarakat kita di Malaysia. Wang hantaran tidak lah wajib seperti mas kahwin. Masalahnya! 'Wang Hantaran' ini menjadi satu pekara yang dihighlight dalam perkahwinan disebalik akad nikah yang wajib. Masyarakat kita dekat Malaysia ini dah macam mengiktiraf wang hantaran sebagai darjat kemampuan pihak pengantin lelaki dan kehebatan sesuatu majlis perkahwinan tersebut. 

Semakin tinggi nilai wang hantaran semakin hebat majlis perkahwinan tersebut. Semakin tinggi darjat si suami dan isteri. Ini yang menyebabkan perasaan riak dan sifat ingin menunjuk-nunjuk sehingga menghilangkan sifat sederhana yang dituntut agama. 

Kalaulah korang dari famili yang kaya raya tak salah rasanya if korang nak buat majlis perkahwinan korang gilang gemilang. Tapi if korang sebaliknya macamana? Takkan nak buat gelang gemilang sehingga sanggup meminjam wang dari bank berpuluh-puluh ribu hanya untuk buat majlis dalam masa sehari sahaja. Bila kedua-dua dah jadi suami isteri, hutang dah mengelilingi pinggang. Bila masalah hutang menguasai pasangan, terjadilah pergaduhan sehingga terjadinya cerai berai. Takda gunanya kahwin if macamtu! #fakingassdick!

Bagi pihak keluarga perempuan. Kenapalah nak letakkan harga anak perempuan anda terlalu mahal sehingga menyusahkan pihak belah lelaki. Tahukah anda yang pihak lelaki bersedia untuk menanggung dosa anak perempuan anda dan kenapa pulak hendak menaikkan lagi nilai wang hantaran anak perempuan anda. Janganlah jadi jahil! Ikutkan keadaan sekeliling, binasa akibatnya. Pihak keluarga haruslah sedar yang perkahwinan ini dibina adalah untuk jangka masa panjang. Perkahwinan bukanlah satu jual beli. Untung sana untung sini. Nak jual anak ke apa!

Aku nak nasihatkan lah masyarakat-masyarakat dekat luar sana. Korang haruslah mengubah cara korang berfikir. Cara minda korang mengolah sesuatu perkara. Sekiranya wang hantaran makin mahal, makin kuranglah orang yang akan berkahwin dan makin banyaklah aktiviti di atas katil tanpa ikatan yang sah. If korang lebih suka begitu, TERUSKANLAH. Pendek kata, ukur baju di badan sendiri dan tepuk dada tanyalah selera. Renung-renungkan dan selamat beramal.

"Perkahwinan bukanlah masa untuk menunjuk keegoaan tetapi penyatuan dua jiwa"

p/s: If anak depa tu hafal Quran dan penuh ilmu agama didada takpa lah nak mintak mahal-mahal, ini masak pon tak reti nak mintak puluh-puluh ribu. Biol ke apa!




The Old Entry

Related Posts with Thumbnails