Friday, September 30, 2011

Treatment fo Kiki The Cat

Kiki yang macho suatu ketika dahulu

Assalamualaikum.

Masa aku pi Europe lepas raya aritu aku pening kepala nak tinggalkan Kiki aku ni dekat siapa. Naik botak jugak lah kepala aku pikirkan masalah Kiki ini. Last minit aku buat keputusan tinggalkan Kiki dekat office aku, so that workers aku boleh amik alih jaga Kiki. Kiki aku yang selama ini bebas berkeliaran di halaman rumah aku terpaksa diletakkan di dalam kandang supaya workers aku senang nak jaga dia. Cuma bagi makan, minum dan buangkan hasil buangan dia sekali sekala. Before aku berangkat tempoh hari sempat aku singgah beli Royal Canin dekat kedai berhampiran dengan rumah aku. Aku tak perasan pon yang makanan yang aku beli tu expiry date dia bulan 6 lepas. Main bedal je aku beli. Sebab selama ini aku tak pernah amik kesah pon pasal expiry date makanan kucing ini. 

2 minggu after aku bercuti sakan dekat sana. Aku pulang ke office, workers aku cakap yang Kiki dah 5 hari tak makan. Bila diorang bukak je makanan baru kasi Kiki makan. Sekali je dia makan terus cirit birit dan muntah-muntah. Terus dia tak usik makanan tu. Aku tengok Kiki masa tu pon sangat sedih lah dengan kurus gila and bulu tercabut banyak gila. Terus aku amik half-day kerja bawak Kiki ke tempat aku beli makanan Kiki. Puas aku marah-marah owner kedai tu, then owner dia suruh aku bagi dia Kiki untuk dia rawat. Bila aku tanya charge nanti berapa yang akan dia kenakan. Dia just cakap boleh dipertimbangkan. Dalam hati aku mintak-mintak lah free sebab dia yang menjual makanan yang dah expired sehingga Kiki aku sakit gila babi punya teruk. 2-3 hari lepas tu, aku ke kedai tu tanya keadaan Kiki macamana. Dia cakap berat Kiki makin turun dan 50-50 je untuk Kiki teruskan hidup coz Kiki tak sentuh langsung makanan. Punya lah risau aku masa tu. Ye lah aku dekat rumah pon sorang-sorang je all the time, Kiki je lah peneman aku disaat kesunyian. Ecehhh!

A week after that, aku ke kedai tersebut untuk ambil Kiki, hati aku lega sikit bila doctor tu cakap Kiki gettin' better. Dengan bergegas aku cakap aku nak ambil Kiki bawak balik. Sebab aku lagi kenal Kiki aku dari doctor tu. Kiki bukan kucing yang biasa duduk dalam kandang. Dia kucing yang bebas. Aku tak pernah nak kongkong pegerakkan dia. Dekat rumah aku merata-merata tempat di pi, sampai jiran-jiran aku tau yang Kiki tu kepunyaan aku. So bila aku bawak balik Kiki yang masih selsema balik rumah. Aku lepaskan dia, terus dia golek-golek atas rumput depan rumah aku. Tersenyum aku lihat gelagat Kiki yang rindu rumput. HAHA. Tapi buat masa ini Kiki belum pulih sepenuhnya. Masih selsema and doctor tak bagi aku mandikan dia lagi. So Kiki sangat comot sekarang ini. Dah macam kucing tepi-tepi jalan dah aku tengok dia. Aku doakan yang terbaik untuk kau Kiki. Dah dua tahun kita hidup bersama. Ecehhh! Jiwang pulak. Supaya sihat cepat dan boleh mandi and kacak kembali Kiki! =)

Muka sakit. Kesiannnn.

1st time Kiki sakit teruk gila. Dah lah kene charge RM350 untuk rawatan dia. Patutnya kedai tu bagi FREE je dekat aku sebab kedai tu lah menyebabkan Kiki aku sakit. Kurang hasam! Next time bagi yang bela-bela kucing tu. Pastikan expiry date makanan kucing korang. Selagi tak terhantuk kita takkan sedar!

p/s: Doakan Kiki aku sihat sepenuhnya guys!


Thursday, September 29, 2011

Europe Trip 2011: Part 1

Assalamualaikum

Seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri yang lepas aku dengan family aku berangkat ke Europe untuk berjalan-jalan. Plan ini dah lama dah. Dah siap beli ticket awal-awal dah. Then we got ticket yang murah around harga RM2,700 returns ticket. Kira murah la kan? If beli on the spot mau cecah RM4,000 harga dia kan. So berbulan-bulan jugak lah aku mengumpul duit nak pi menjelajah Europe ini. Finally 4 September 2011, aku dan 6 orang lagi ahli keluarga aku berangkat ke Europe! Kami naik Atihad Airways. Nak mampos punya lama aku naik flight. Atleast kali ini ada berhenti sekejap dekat Abu Dhabi. 2 Tahun lepas punya trip straight dari Kuala Lumpur ke London 13 jam! Mati kutu aku dalam flight.

Kuala Lumpur - Abu Dhabi (Sunday 4 September, 20:40 - 23:45) - 7 hours flight.
Abu Dhabi - London Heathrow (Monday 5 September, 02:35 - 07:25) - 7:45 hours flight.

Sampai Abu Dhabi dalam pukul 12 tengah malam dekat sana. Terus pergi Duty Free punya tempat. Usha-usha rokok dekat sana. Murah Gila! Dengan selamber depan parents aku, aku beli rokok Dunhill Fine Cut sekaten. 10 Pounds only bersamaan rm50! Rm50 boleh dapat 10 kotak rokok. *dengan niat nak bagi dekat member-member dekat Malaysia, hewhewhew* 1 kotak bersamaan RM5. Dekat Malaysia aku rasa banyak gila kerajaan Malaysia kenakan cukai rokok kat kita semua. 100% woi! Kiwak! Then lepak-lepak dekat Abu Dhabi 3 hours sementara tunggu flight ke London. Dalam pukul 2 pagi  aku naik flight ke London. Tidor jeeeeee. Dan dan sampai! =) *ketut dalam flight memang tak payah kira lah!*

Ticket flight dari Abu Dhabi ke Heathrow, London


Ini je barang-barang yang aku bawak ke sana. Satu hand luggage jek. Biasa lah bujang di negara sejuk. Baju boleh recycle! Takde hal!

Nak sedekah ke member dekat Malaysia. Tapi belom ada yang tuntut and paw aku lagi!

Menunggu flight Etihad ini bersiap sedia untuk depature 

 Layan movie dalam flight sampai nak muntah. Menyesal aku tengok Super 8. Macam cibai je cerita dia

Santapan pertama 

 Santapan kedua


Sampai dekat heathrow london dalam pukul 7 pagi. Settle custom semua sampai dekat Bayswater dalam pukul 9 pagi. Then breakfast dekat Subway Bayswater dengan amik breakfast meal 2 pounds. Halal ok! Settled makan check in dekat Hyde Park Suites then pergi usha Whiteley untuk usha perfume. Masuk H&M dalam Whiteley memang terbaik lah. Jumpa seluar and shirt yang berkenan. Ingat nak angkat terus tapi lek-lek dulu sebab banyak lagi masa dekat sini. Then balik ke hotel jap mandi-mandi dalam pukul 2 petang  gerak pi Oxford street naik bus double dacker and berhenti dekat Marble Arch. Sampai je sana, family aku terus jump masuk Primark. Aku masuk sekejap je, ramai sangat-sangat orang. Dah lah dalam Primark tu rasa panas jek. So better duk dekat luar  dekat area Oxford Street tu. Then aku berjalan around-around Oxford Street usha-usha kedai dekat situ. Sekali nampak lagi kedai H&M. Tapi masuk je H&M dekat sana semua barang wanita. sigh! Aku nak beli barang-barang H&M sebab dekat Malaysia belom ada lagi kedai H&M dekat sana. *Muka bongkak* Then jalan-jalan lagi masuk kedai Clarks! Fuh! jumpa Boat Shoe yang baik. Ingat nak cekau satu. Tapi biasa lah 1st day kat sini kan. lex-lex dulu. So dah penat-penat jalan aku masuk Primark balik and beli satu shoe yang berharga 6 Pounds and boxer 3 helai 4 pounds and stoking 6 helai 5 pounds!. Borong habis. Dalam pukul 5 petang rasa dah penat gila berjalan. Ye lah waktu Malaysia around 11 malam dah tu. Still jet lag and rasa mengantuk gila. Balik naik bus ke Hyde Park Suites semula, mandi-mandi and makan makanan mak aku beli kat Mark&Spencer (banyak gila!). Kenyang gila. Online guna BlackBerry mak aku. Update Twitter then golek-golek. Sedar-sedar  dah tidur. Pukul 6:30 petang dah tidur woi! Bangun-bangun pukul 3 pagi! Dah tak tahu nak buat apa. Suhu dekat luar 5degreeC. Mampos aku kesejukan! Serious tak tahan punya sejuk. Bukan yang comfy comfy tu. Ini gila punya.

Penat pundek baru sampai Heathrow Airport! Muka tak mandi seharian. Gilo. 

 Me at the Bayswater Station

Bayswater Station, London 

Whiteley - famous jugak tempat ini bagi Malaysian yang duk menetap dekat London ni. 

Menunggu Double Decker menuju ke Oxford Street. Bus Double Decker lama dah susah dah nak jumpa. 


Bersambung..

p/s: Tapi kali ini dekat Oxford Street banyak sangat orang cantik. Memang cuci mata aku! =p
p/s/s: Dekat sini British accent aku terkeluaq dengan sendirinya. Dah macam Harry Potter aku! KAH!

Try read more if berani lah. Benda yang rare aku jumpa untuk 1st day!





Tuesday, September 27, 2011

Album Launching Dato' Siti Nurhaliza & SimplySiti Open House With Fatin Liyana, Fatin Suhana, Cik Epal and Annas Easkey


Assalamualaikum.

Invitation dari pihak Dato' Siti dan Simply Siti

Last week after aku balik dari bercuti, aku bukak je email aku dapat invitation dari pihak Dato' Siti and Simply Siti untuk ke perlancaran album English terbaru Dato' Siti Nurhaliza yang bertajuk 'All Your Love'. Mula-mula aku confius sama ada nak pergi ke tak dekat Starhill Gallery ini. Ye lah pelancaran album ini hari Isnin. Aku keje oittt! Dah lah Sabtu Ahad lepas aku gerak ke Johor Bahru. Penat lagi. So aku tak tau aku nak pi ke tak.

Tengah aku flatted semalam sampai office dengan muka mengantok aku cek handphone aku. Tiba-tiba berdering bbm Fatin Liyana terjah handphone aku. "Bro, kau nak pi tak launching album Dato' Siti?, Amik aku pleaseeeee". Pikir 2-3 kali jugak nak pi ke tak sebab aku dah kat office. Aku nak cakap apa dekat boss aku. Sekali selamber je aku petik family emergency dekat boss aku. Thanks boss benarkan aku pergi! =) hewhewhew.

Dengan pantas aku settledkan kerja aku dekat office then aku shoot ke rumah siap-siap. Tak sampai 10 minit aku bersiap dan terus aku drive ke HUKM sebab nak kene ambil diva Fatin Liyana lah pulak. Nasib baik aku tak kene tunggu lama dekat bawah blok dia. Sampai je Fatin Liyana kitorang teros shoot ke Starhill Gallery area Bukit Bintang dengan hujan renyai-renyai di Kuala Lumpur. 

Sampai je dekat Starhill Gallery dah ramai dah orang, macam aku dengan Fatin Liyana antara orang yang paling lambat sampai. Tapi apa kisah, kami bukan artist pon. Diinvite atas nama blogger/press. hewhewhew. Dekat sana terus berjumpa dengan Annas Easkey, Cik Epal and Fatin Suhana. Dari awal sampai akhir kami lepak dengan bloggers je lah. Artis ramai sangat, sampai rambang mata. Dari Azwan Ali sampai ke Natasha Hudson semua ado!

Dato' Stiti Nurhaliza
Adib Khalid, Khalid Jiwa dan Dato' Siti Nurhaliza

Antara barang-barang yang kami dapat, termasuklah album baru Dato' Siti

Dato' Siti dan albumnya

Suka benor Fatin Liyana dengan Aizat ini. Puas dia suruh aku amikkan gambo.

Fatin Liyana & Terjah (Abang Naz)

Kawan Annas, Annas Easkey dan Fatin Suhana. Ini 1st time aku jumpa Annas Easkey and Fatin Suhana. Depa memang friendly gilak!

Fatin Liyana & Fatin Suhana. Macam kembaq je dua orang ini. Nama pon dah nak dekat sama. Sama-sama hot jugak. Siapa menang? HAHA.

Jelitawans

Tengah ambil makanan pon bising mulut si 'dia' tu.

Boyfriend Fatin Liyana, anak Khalid Jiwa
*spread the gossip guys*

Jelitawan bloggers: Cik Epal, Fatin Liyana and Fatin Suhana

Carl Samsudin (nama glamer, hewhew) dengan orang sama kampung Kuantan dengan aku, Fatin Suhana! 
*Kami pi sebab nak support Dato' Siti yang asalnya orang Pahang jugak, Go Pahang Go!*

Me with photographer terkenal, Annas Easkey. Projek terbaru Annas jadi official photographer untuk Memey and Norman Hakim

Me with the famous fruit lady in Malaysia, Cik Epal!

Me with Anzalna, gulp! 

Annas with Anzalna

The Bloggers

Aku dengan peminat aku. KAH!

Biol 

Before nak balik dapat bunga dari Fatin Suhana, so dari buang bunga tu better amik gambar jap!

Last kami pose dengan album Dato' Siti - Lagu English dia pon sedap-sedap. Dapatkan di pasaran yeh!

Sekian dari Ustazah Ramlah

p/s: Lama dah tak menulis blog, ayat dah lintang pukang, melody dah lari. Kene kasi tuning balik nih!


Saturday, September 3, 2011

Selamat Hari Raya Dari Carl Samsudin


Assalamualaikum

 Dengan ini aku Carl Samsudin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri mulia ampun maaf dipinta mansuci hening dosa, lalalalaaa. HAHA. Aku ingin memohon maaf sekali lagi sekiranya aku terlanjur kata terkasar bahasa dekat korang semua. Sama-sama lah kita bermaaf-maafan di hari lebaran yang melebarkan segala yang sudah sdia lebar ini. =) Malas nak type banyak-banyak. Hari raya hari untuk makan! nomnomom.



The Kazens
(Alo, Borat, Carl, Kitik, Ca'ir)

p/s: Jumpa lagi dalam 3 minggus. Nak pi menjelajah dunie!




The Old Entry

Related Posts with Thumbnails