Tuesday, January 17, 2012

Bunga Tulip Hanyalah Bunga Tulip Selamanya

Assalamualaikum.

Belanda @ Netherlands @ Holland @ Dutchland - Negara Bunga Tulip

Apabila bercakap tentang bunga tulip, ramai yang akan memikirkan tentang negara Belanda. Sekian lama Belanda disinonimkan dengan bunga tulip. Apa yang orang ramai tidak tahu bahawa sebenarnya bunga tulip tidak berasal dari Belanda. Bunga tulip sebenarnya bunga yang diimport. Pada tahun 1593, bunga tulip yang pertama telah diimport dari Turki ke Belanda. Bunga tulip dengan lantas  menjadi simbol status untuk kerabat diraja dan symbol kekayaan. Ini menyebabkan terhasilnya satu perasaan keinginan orang ramai terhadap bunga tulip dan terciptalah ‘mania’. Dan tidak lama selepas itu, bursa bunga tulip telah ditubuhkan di Amsterdam.


Viceroy

  Dengan cepat tulip mania ini bertukar menjadi suatu gelembung ekonomi. Pada tahun 1636, sekuntum bunga tulip Viceroy diniagakan untuk barang-barang berikut: 4 ekor lembu yang gemuk, 8 ekor babi yang gemuk, 12 ekor kambing biri-biri yang gemuk, 140 gelen wain, 4 tan bir, 2 tan mentega, 1,000 paun keju, 1 katil, 1 pakaian guaman, dan 1 piala perak. Ini agak lucu, tetapi ia adalah kenyataan.  


Samper Augustus

  Pada masa kemuncak dalam tahun 1637, sekuntum bunga tulip Samper Augustus dijual pada harga 6,000 florins. Gaji purata tahunan penduduk Belanda pada masa itu adalah 150 florins. Ini bermakna tulip Samper Augustus itu dijual 40 kali ganda dari pendapatan purata tahunan penduduk Belanda. Dengan meletakkan ini ke dalam perspektif, mari kita menganggap purata gaji penduduk Malaysia pada hari ini adalah ialah RM 45,000. Ini bermakna bahawa bunga tulip Samper Augustus pada hari ini bernilai RM 1.8 juta. Gila!

  Tidak lama selepas itu, orang ramai mula menyedari betapa bodohnya mereka dan gilanya keadaan telah menjadi, dan mereka beramai-ramai menghentikan mania ini. Dalam masa beberapa minggu,sahaja harga bunga tulip jatuh kepada nilai sebenar mereka, iaitu hanya satu florins untuk sekuntum bunga tulip.

  Akibat peristiwa ‘tulip mania’ ini, kewangan eropah utara mengalami kejatuhan yang sangat teruk dan berlanjutan selama beberapa dekad.

Ini merupakan satu contoh 'bubble economic'

Di bawah ini contoh-contoh lain 'bubble economic'. Can you name these 14 bubbles?


Jangan lupa yang 'Real Estate' sekarang tengah mengalami 'bubble economic'. Dapat dilihat dengan mahalnya harga-harga rumah di seluruh pelusuk dunia. Termasuk di negara Malaysia kita sendiri.

Harga rumah-rumah baru di Amerika Syarikat.

Bagi aku. Sekarang bukan masanya untuk melabur dalam membeli rumah. Jangan ikutkan sahaja apa orang cakap. Do your research before you make an action. Tunggu harga rumah jatuh kepada harga asal, then baru beli rumah. Secara teorinya anda mampu untuk membeli rumah secara CASH! Ada caranya. Soon.

p/s: Bank merupakan musuh utama kita. Hapuskan bank. Tanpa bank hidup kita tak susah seperti sekarang. 


5 comments:

jiddxi said...

nice theory.. u buatkan i berfikir sejenak.. keep up!

nughol said...

good info of the tulips! buying a house is one of the biggest decision one has to make.n buy house below means, not above it. i still cant afford a house.

Anonymous said...

Since when kau belajar economics? Apa kau tahu pasal economy? Bro, belajar lebih lagi ok? Jangan nak main cakap suka hati.

Anonymous said...

I assume this conclusion made by you only with one time reading. Economy is something you need to experience, read and understand from time to time. Seorang penulis akan lebih byk membaca dari menulis. you wrote a crap bro ! Read and UNDERSTAND ! it takes year to understand the real economy !

Sincerely,
Rina

Anonymous said...

Oh ini rupanya kisah tulips tu. I saw this on Wall Street: Money Never Sleeps. Gordon Gekko made a reference to this "tulips mania." I didn't understand what it was at the time.

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails