Monday, January 16, 2012

How I Met Sheikh Imran Nazar Hosein

Assalamualaikum.

Antara impian aku dalam hidup adalah untuk mendengar ceramah dan bertentang mata dengan idola aku, Sheikh Imran Nazar Hosein; seorang islamic philosopher yang khusus dalam bidang politik dunia, ekonomi, dan isu-isu berkaitan dengan islam dan dunia. Dalam minggu lepas, salah seorang rakan aku yang tau aku nak sangat berjumpa dengan Sheikh ini telah booked kan tempat aku di RIFCON Seminar di Petaling Jaya. "Surviving 2012 Economic Meltdown". Punya lah aku macam tak percaya aku dapat berjumpa dengan Sheikh Imran ini. Bukan senang nak jumpa Sheikh. Dia datang Malaysia tak selalu. Selalunya aku hanya tonton video-video Sheikh ini di youtube sahaja (macam video-video Ustaz Azhar Idrus, tapi ini international punya!). Tanpa kata banyak. Aku setuju untuk ke seminar itu! 

GREATEST SEMINAR EVER!

Dalam seminar ini, aku lagi diperkukuhkan dengan apa yang aku cuba perjuangkan 2-3 bulan sebelum ini. Perihal Gold dan Silver. Apa yang aku rasa dan baca selama ini banyak diperkatakan dalam seminar ini. Bila saat Sheikh Imran menjadi speaker terakhir. Aku sangat mengelabah dan gembira. Aku focus segala words yang keluar dari mulut Sheikh. Nada Sheikh naik turun deselang seli dengan nada sedih. Sedih dengan umat Islam zaman sekarang. Sedih dengan para tabligh yang tidak pernah ambil tahu perihal wang kertas yang kita gunakan sekarang. Wang kertas itu adalah haram. Riba adalah satu dosa yang amat besar. Allah SWT berperang dengan hambanya yang menggunakan dan menggalakkan riba. Ada saat Sheikh Imran menitiskan air mata bila bercakap tentang tanggungjawab para tabligh pada zaman ini. Aku cukup faham apa yang cuba dikatakan oleh Sheikh. Banyak aku belajar. Terima kasih Allah SWT, memberi aku rezeki untuk mendengar suara Sheikh secara depan mata. =)

Aku dengan Sheikh Imran Nazar Hosein!

Sheikh menandatangani buku-buku aku. 

Buku-buku yang aku dapatkan pasa seminar tersebut. Kesemua buku adalah tulisan Sheikh.
*Buku-buku yang aku akan gunakan sebagai rujukan buku aku nanti*

Alhamdulillah. Berjaya jumpa Sheikh Imran Hosein.

p/s: Pada sesiapa yang tak tahu Sheikh Imran Hosein. Aku tak tahu nak cakap apa. Kenapa Hana Tajima korang boleh kenal tapi Sheikh Imran Hosein korang tak kenal?


9 comments:

NiGhTiNaNgLe_FARA said...

untug laa dapat jumpa orang famous lagi alim macam beliau tuh..

lina said...

salam - Allah hu Allah Tahniah...terus kan update n3 sebegini...bersama2 alim ulamak terasa damai melihat wajah jernih mereka...ada sirna yg sukar ditaksirkan hanya ahli2 nya saje yg faham

karl feizal said...

nk cari info psal ni jg la...cam menarik je...

lilydamia said...

ok teruja ! Tahniah kepada anda

Carl Samsudin said...

Thanks semua =)

khadijah6232 said...

Yes , a good seminar indeed :)

Alang Coscahazreti said...

emm nak tanye kat mane boleh dapat kan kan buku tu ye...

Alang Coscahazreti said...

emm nak tanye kat mane boleh dapat kan buku tu yea....

Ikhya said...

saya orang Indonesia, di Indonesia ga ada buku syekh Imran dijual.
Saya minat dengan daftar pustaka/bibliography buku Jerusalem in The Qur'an.
Please email ikhyapollo@yahoo.com
terima kasih.

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails