Monday, February 27, 2012

Emas vs Matawang Malaysia


Assalamualaikum

2-3 bulan kebelakangan ini aku banyak meng'educate' orang perihal 'True Money' which is Gold/Emas. Aku mengunakan satu pendekatan yang amat simple. Satu pendekatan yang mudah faham. Tidak perlu pening-pening kepala untuk berfikir. Kerana perihal ekonomi adalah senang, bukanya se'complicated' yang dicanangkan oleh 'mereka'. Setiap orang harus faham konsep ini. Wajib faham, dan anda boleh berfikir sendiri mana yang benar dan mana yang tipu.

Dekat bawah aku sediakan satu gambarajah yang baru sahaja aku siapkan. Gambar rajah ini akan aku explain di bawah agar lebih mudah difahami. Iyanya amat mudah dan membuka mata. Buka lah mata dan cari kebenaran. Pilihan ditangan anda.


Emas vs Matawang Malaysia

(1) - Pada tahun 2000, RM1 kita boleh membeli 5 biji kuih. Tetapi pada tahun 2012 ini, dengan hanya RM1 kita hanya mampu membeli 2 biji kuih sahaja, tambahan kuih semakin kecil saiznya. Orang kata harga kuih makin mahal. (Apa yang orang kata itu aku kata itu silap, bukan kuih yang mahal tetapi nilai mata wang kita makin menjunam).

(2) - Untuk membeli 2 biji kuih pada tahun 2000, kita hanya memerlukan 40 sen sahaja. Tetapi pada tahun 2012, untuk 2 biji kuih, harganya sudah menjadi RM1.

(3) - Maka, nilai RM1 kita pada tahun 2012 ini hanya bersamaan dengan 40 sen pada tahun 2000. Ini adalah benar. Nilai matawang kita semakin turun hari demi hari tanpa kita sedar. Bagi sesetengah orang, ini cuma pekara biasa. Inflasi. Mereka tahu cakap je inflasi tapi tak tahu apa itu inflasi. Inflasi Zero? Propaganda.

(7) - Setelah persamaan kedua-dua belah (tahun 2000 dan tahun 2012) digandakan. Pada tahun 2012, nilai RM 1 juta hanya bersamaan dengan RM 400 ribu sahaja untuk tahun 2000. Kalau anda rasa anda jutawan pada tahun 2012 ini dengan memiliki RM 1 juta. Maka sebenarnya, orang yang mempunyai RM 400 ribu pada tahun 2000 juga jutawan kerana nilai duit anda dan orang itu adalah sama! Faham kan? Dah nampak?

(8) - Ramai diantara kita. Bukan ramai lagi. Terlampau ramai diantara kita dipengaruhi dengan sistem ASB ( Amanah Saham Nasional Berhad) yang mencanang keuntungan yang berlipat kali ganda. Kalau anda ada calculator di sisi anda. Cuba kira. Sekiranya kita memasukan RM 400 ribu di ASB pada tahun 2000 dengan dividen 9% setahun, adakah kita mendapat  sekitar RM 1 juta pada tahun 2012? Iya bukan? Adakah anda rasa ini satu keuntungan? Keruguian? Atau SAMA sahaja!? Kerana nilai RM1 juta pada tahun 2012 adalah sama dengan RM 400 ribu pada tahun 2000. ASB pandai. Kita yang tertipu.

(9) - Bila bercakap pasal pelaburan Real Estate. Beli rumah. Kalau kita beli rumah RM 400 ribu pada tahun 2000, adakah rumah yang kita beli itu bernilai RM 1 juta pada tahun 2012? Mustahil! Dan jangan juga lupa, zaman sekarang susah nak jumpa orang beli rumah cash. Semuanya loan. Kalau loan RM 400 ribu untuk beli rumah, kita akan bayar RM 400 ribu ke? Tidak bukan? Malah hampir RM 700 ribu. Betul kan? Tepuk dada dan fikir. Untungkah pelaburan membeli rumah? Ramai yang menjual rumah tidak ambil tahu tentang nilai matawang kita. Ini masanya untuk anda berfikir. Bagi aku, ini bukan lagi masa untuk pelaburan Real Estate.

(10) - The best part. Cuba tanya orang yang hidup tahun 1990-an berapa harga emas? Dan bandingkan dengan harga sekarang. Pada tahun 2000, 1 gram emas hanya berharga sekitar RM 30. Tetapi pada tahun 2012, 1 gram emas sudah mencapai RM 180. Dan sekiranya anda menggunakan RM 400 ribu yang anda ada pada tahun 2000 untuk membeli emas dan bukanya memasukkanya ke dalam ASB mahupun melabur dengan membeli rumah. Harga emas anda sudah mencapai RM 2.5 juta!!!.. Sekarang anda nampak?

Harga emas dunia. Graf amat menakutkan bukan?

 Ramai yang tertanya kenapa harga emas boleh melambung sebegitu rupa? Aku ada jawapanya. Bukan emas yang mahal! Tetapi matawang kita makin menurun. Kenapa jadi macam tu? Dan jawapan dia amat menakutkan. Bagi aku. Aku tak suka harga emas menjadi begitu. Jangan gembira. Kerana ia melambangkan satu kesusahan akan tiba. Tunggu aku terangkan nanti. (InsyaAllah next entry)

"AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA KECUALI DINAR (EMAS) DAN DIRHAM (PERAK)". - Sabda Rasulullah SAW.

*Dari 1400 tahun lepas, dari zaman Rasulullah SAW sehingga tahun 2012. 1 dinar (4.25 g emas) boleh membeli seekor kambing dan 1 dirham (2.97 g perak) boleh membeli seekor ayam yang sihat dan gemok. Percayalah emas dan perak itu sebenar-benarnya DUIT!

p/s: Itu aku bandingkan tahun 2000 dengan 2012. Tahukan anda pada tahun 1990, RM1 kita boleh dapatkan 10 biji kuih? Dan bagaimana dengan tahun 1980? Buka minda. NOW!
p/s: Siapa boleh jawab kepada aku? Kenapa semua ini terjadi? 
p/s: Sebarang pertanyaan sila emailkan dekat aku khalif.samsudin@gmail.com. Aku akan jawapakan segala pertanyaan anda. Jangan lupa juga. Panji-panji hitam di akhir zaman datangnya dari belah timur. =)

SEBARKANLAH SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI NIAT UNTUK MENYELAMATKAN KELUARGA, SAUDARA DAN SAHABAT-SAHABAT ANDA

19 comments:

PokCik BoTak said...

gila la kau.....thanks for the info bro....haha...simpan emas...sape nak beli dinar boley contact aku...haha

Carl Samsudin said...

Free info bro!

Bean Moreno said...

Aku faham tapi nak explain tu aku tak berapa reti...apa-apapun nice entri bro...walaupun kita tau hanya segelintir sahaja yang akan mengannguk tapi lebih baik kita jadi yang ganjil itu haha

Carl Samsudin said...

Islam adalah ganjil di awal kemunculan bean. Dan ia juga akan menjadi ganjil di akhir zaman. Sudah tertulis. Yang majority nanti bukan mengikut Islam. Jangan jadi down ye =) Allah di sisi kita.

norulezd4i4 said...

i love to read ur blog. sbb pemikiran anda sgt luas. ilmu juga boleh sy kutip di sini =)

MADNAEM said...

aku bagi A++

a i d i l said...

Sorry bertanya. Aku tertinggal no 4 dan 6 ke kat entry mana mana ke? Sorry bertanya.

Carl Samsudin said...

Aidil: No 4-6 itu hanya digandakan sahaja. Perhati betul2. Then anda akan faham. Perhatikan no 7.

diba said...

wow..thnxs for da info! risau2..huu

cik helena said...

tak pernah terfikir sampai tahap ne carl..logiknya IA!

Carl Samsudin said...

Thats why kita kena belajar financial education. patutnya financial education ini ada dalam sylibus pembelajaran kita masa sekolah dulu. Tapi takda pon. So kita malas nak amik tau pasal ini. Sebenarnya simple je kan? Sekarang dah faham. Buka minda? Bagitau yang lain2. Selamatkan mereka.

AUR said...

Salam bro Carl,
Explanation anda sgt best. Memudahkan aku nak cerita kat org lain. Saham kau sebarkan ilmu ni kau amik kat SANA je ye?... berapa kali ganda, wallahhu a'lam.

syirah_8920 said...

betul apa yang encik Carl cakap... now mak saya tengah bermain saham emas.. berkobar-kobar betul dia... dan apa yang awak cakap sama dengan mak saya cakap.. so melabur lah dengan emas.. suatu hari nanti pasti berguna...

LARA ZIZIE said...

sudah mula berfikir.. good info :)

Naruza's Split said...

Hmmm, very impressive..Good explanation, even we all economics student pom can't explain it briefly as you did..thumbs up bro...

Anonymous said...

Wow, seriously man. This is one awesome and crucial info. Good work, man. Keep it up.

Carl Samsudin said...

Thanks all. Aku buat ini ikhlas aku nak bagi kesedaraan untuk semua rakan-rakan dan pembaca blog aku. Aku bagi apa yang aku tahu. Cukup lah kita tertipu dengan banyak sangat. Mari kita celik mata dan maju ke hadapan. Cukup lah dengan agenda politic yang tak kemana tu. Kita majukan diri kita ke hadapan dengan mengalas nama Islam di belakang kita. Salam.

Anonymous said...

how about unit trust investment...any comment

Anonymous said...

Ok terima kasih

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails