Thursday, March 8, 2012

Pinjaman Perkahwinan: Haram & Harus


Assalamualaikum


Khas untuk Diriku, Keluargaku dan Sahabat-Sahabatku

Pada zaman sekarang ini yang serba serbi dengan peralatan canggih, perkahwinan pon kebanyakanya berlatar-belakangkan istilah 'canggih'. Dan ini menyebabkan kaum lelaki terutamanya, fobia untuk berkahwin kerana melihatkan kos perkahwinan yang semakin tinggi dan canggih. Maka, timbul persoalan bagi kedua-dua belah pihak, "bolehkah kita membuat pinjaman untuk kos perkahwinan?"


Apabila kita menyebut tentang perkahwinan, perkara yang pertama sekali terlintas di benak fikiran kita sudah pastinya soal kewangan. Hal ini kerana pada zaman sekarang kos perkahwinan dianggap terlampau terlalu mahal sehinga mencecah puluhan ribu ringgit. Malahan dengan hasutan rancangan Nona dan majalah-majalah pengantin membuatkan ramai antara remaja pada zaman sekarang menginginkan perkahwinan mereka seperti itu. Oleh kerana itu, maka timbul isu bolehkah kita membuat pinjaman untuk majlis perkahwinan. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.” - (An-Nur : 32)

Usaha, Doa dan Tawakal

Kita semua mengakui kos perkahwinan dan mas kahwin sekarang ini terlampau mahal sangat mahal sehingga boleh diibaratkan seperti ibu bapa menjual anak perempuannya. Malah perkara ini menjadi budaya dalam masyarakat melayu berlumba-lumba meletakkan mas kahwin dan hantaran yang mahal, kerana itu adalah kebanggaannya dan akan menjadi sebutan orang sekeliling.

Wajib kita tahu yang mana hantaran itu merupakan perkara yang tidak wajib. Tidak menjadi masalah kalau hantaran itu tiada dan perkahwinannya juga tetap sah. Hantaran ini diadakan adalah untuk membantu keluarga perempuan untuk menyediakan majlis walimatulurus supaya perkahwinan anaknya dapat diketahui orang sekeliling supaya tidak timbul fitnah. Tetapi sekarang ini kita lihat budaya itu telah berubah, ada yang mengambil hantaran untuk keuntungan peribadi, ada yang meletakkan hantaran dengan harga tinggi untuk berbangga, ada yang ingin menunjuk-nunjuk dan banyak lagi.

Ini menjadikan satu bebanan kepada pengantin lelaki untuk menyediakan wang yang banyak sebagai kos untuk melangsungkan perkahwinan. Islam telah menggariskan bahawa perlansungan perkahwinan itu secara sederhana sahaja dan tidak bermegah-megah dan tidak membebankan. Hal ini semualah yang menyebabkan berlakunya pinjaman bank dan sebagainya untuk melangsungkan perkahwinan.

Pinjaman bank untuk melangsungkan perkahwinan adalah harus, tetapi ia bergantung kepada niat kita, kalau meminjam semata-mata untuk melaksanakan perkahwinan yang besar, (terdapat pula di dalamnya persandingan, lagu-lagu yang tidak baik dan perkara-perkara yang diharamkan) maka itu adalah haram sebab di situ jelas melanggar batas syariat Islam. Tetapi kalau kita meminjam untuk melaksanakan kenduri yang sederhana dan tidak bertentangan dengan syariat disebabkan memang duit yang dikumpulkan tidak mencukupi, maka itu adalah harus. Tapi kebanyakan orang zaman sekarang, banyak yang harus atau haram?

Pinjaman yang di buat mestilah dari pinjaman syariah, kalau pinjaman yang berunsurkan riba, maka itu adalah haram. Terlebih baik, elakkan meminjam bank, kerana pinjaman ini terlibat dengan perkara-perkara yang subhah atau ragu-ragu halal dan haramnya, hal ini juga akan membuatkan perkahwinan itu akan hilang keberkatannya.

Sebagai usaha yang baik untuk mengelakkan pinjaman, pihak pengantin lelaki dan perempuan perlu berpakat dan perlu bersatu dan mengurangkan kos perbelanjaan perkahwinan, buang acara-acara yang membazir seperti persandingan, DJ, sound sistem, mak andam dan kos-kos yang tidak penting. Pengantin lelaki dan perempuan perlu berpakat dan berusaha mengumpulkan duit dari awal sebagai persediaan awal, kalau itu tak cukup juga, cuba minta sponsur keluarga yang terdekat, kalau itu tak cukup juga, maka barulah buat pinjam sebahagian yang tidak cukup sahaja dari bank.

Tujuan perkahwinan adalah mencari kebahgiaan dan keberkatan, dirikanlah sesuatu perkahwinan itu dengan nilai-nilai Islam supaya ia menjadi berkat dan dirahmati Allah, buatlah kenduri yang dikehendaki oleh Islam iaitu sederhana dan tinggalkan adat-adat yang sesat dalam perkahwinan. Jangan jadikan kenduri perkahwinan itu dicampur adukkan perkara yang haram dan halal, kerana kenduri tersebut akan menjadi haram. Kalau kenduri dah jadi haram, maka hilanglah keberkatannya, dan disebabkan itulah berlakunya pergolakkan rumahtangga, penceraian, perkelahian dan sebagainya. 

Lihat dari hikmah perkahwinan ini adalah untuk menyatukan dua buah keluarga dan mengeratkan silatulrahim antara keluarga lelaki dan perempuan. Sebagai keluarga belah perempuan, pertimbangkan dahulu keupayaan bakal menantunya dari segi ekonominya dan taraf kehidupannya. Kalau didapati bakal menantunya dari golongan bawahan atau pertengahan, maka sesuaikanlah hantaran itu dengan ekonominya, supaya bakal menantunya dapat menyediakan kos perkahwinan tanpa pinjaman bank dan sebagainya. Ambillah sekadar untuk melaksanakan kenduri yang ringkas dan sederhana sahaja.

Biar kenduri itu tidak besar, tetapi penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah. Fikirkan kehidupan anak perempuan dan suaminya selepas perkahwinan nanti, supaya mereka tidak dibelenggu dengan bebanan hutang perkahwinan.

p/s: Jangan jadi hamba dunia. 


3 comments:

whitelilies island said...

carl, u remove ur post about lynas tu ke?

Ordinary Farah said...

Salam. Sy terbaca blog anda. Tp jgn publish comment ni. Sbb sy nak tye pndpt. Sy nk mntk izin dulu. Boleh ke.

Ordinary Farah said...

Salam. Sy terbaca blog anda. Tp jgn publish comment ni. Sbb sy nak tye pndpt. Sy nk mntk izin dulu. Boleh ke.

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails