Wednesday, April 18, 2012

Bersih 3.0 - Islam Diri dan Islam Negara

Info daripada rakan dari Wake Up Project.

Assalamualaikum
Khas untuk Diriku, Keluargaku dan Sahabat-Sahabatku.

BERSIH 3.0 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri; 

1. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? 
2. Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara?
3. Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama?
4. Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus?
5. Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan;

1. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja?
2. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'?
3. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran?
4. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claim' untuk out station?
5. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi?

"Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat"

"Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim."

"Pemimpin itu asalnya adalah seorang RAKYAT. Zalimnya seorang PEMIMPIN disebabkan zalimnya seorang RAKYAT, begitu juga sebaliknya."

Mari kita renungkan, setakat  mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus?
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam?
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna?
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan?
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab?
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama?
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga?
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam?

"Tanya diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai ISLAM dalam negara?"

p/s: Ingat. Allah SWT memerhatikan kita disini.


5 comments:

Saiful Ian Hadi said...

Berhentilah jadi aksesori puak-puak berkepentingan...

Ceyhun Kaya said...

mashaAllah, informasi yang sangat bagus. jazakAllah

Fiza Noor said...

saya suka baca entry ini :)

sungguh membuka mata

d-bug said...

Saya baru terterjun dalam blog ni. Pemahaman yang macam ini yang kita mahukan.

Tapi pelik, kenapa tak banyak komen? Kalau tengok blog hiburan lain ada jer yang sibuk nak jadi 1st commenter.

Nampak sangat yang kita masih 3rd class mentality.

rennylesa said...

pandangan yang baik, tetapi kebanyakkannya menjurus kepada penjawat awam.

Malaysia hari ini ada tenaga kerja sebanyak 14 juta. Penjawat awam hanya 1.4 juta. Selebihnya swasta.

Persoalan tersebut harus lebih terbuka perspektifnya secara meluas.

Apapun, nice thinking bro.

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails