Thursday, April 19, 2012

Surat Untuk Rakyat Malaysia

Carl Samsudin,
CarlSamsudin.blogspot.com
Putrajaya, Malaysia. 
_____________________________________________________________________________________________

Rakyat-Rakyat Malaysia Yang Dicintai,
14 Negeri di Malaysia,
Malaysia.

Tuan/Puan,

PERKARA: ROMBAKAN DAN PEMULIHAN SEMULA SISTEM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) SECARA BESAR-BESARAN

Merujuk pekara diatas, saya Carl Samsudin, penulis surat ini merayu agar pihak yang berkuasa dapat menyelami dan memahami apa yang saya ingin sampaikan ini dan saya juga mengharapkan seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama dapat menyokong habis-habisan terhadap surat ini agar surat ini  sampai  ke tangan pihak-pihak yang berkuasa. Ini merupakan satu luahan perasaan rakyat-rakyat yang dikatakan sebagai 'middle-class income' tetapi hakikinya, rakyat-rakyat yang miskin.



2. Seperti ramai diantara kita yang tahu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih mudah dikenali sebagai KWSP ini ditubuhkan untuk menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya dan ahli-ahlinya (pencarum) adalah merupakan pekerja sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam. 

3. Caruman (duit) akan dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah. Dan disini saya ingin bertanya kepada pihak berkuasa, KWSP mempunyai perkataan SIMPANAN. Apabila kita menyuruh seseorang yang amanah untuk MENYIMPAN barang kita, bolehkah orang yang amanah itu mengunakan barang yang diamanahkan tersebut? Kalau pihak tuan/puan menyatakan TIDAK, tetapi mengapakah KWSP yang mempunyai perkataan SIMPANAN dengan sewenang-wenangnya menggunakan duit ahli-ahlinya untuk dilaburkan? Itu menunjukkan satu sikap tidak amanah dan jujur oleh pihak KWSP.

4. KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun dan akan dimasukkan ke dalam akaun anda setiap tahun. Dan disini saya ingin bertanya pada pihak berkuasa, tahukah pihak tuan/puan bahawasanya dividen yang ditetapkan itu adalah RIBA di dalam Islam? Dan kita adalah diwajibkan untuk memiliki akaun KWSP, seperti kita diwajibkan mengamalkan sistem syaitan ini, RIBA.

Al-Qur’an menjelaskan tentang riba, pada surat Al-baqarah:275; 

الَّذِينَ يَأْكُلوُنَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَآءَهُ مَوْعِظَةُُ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَى فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Orang-orang yang mengambil riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata, sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti dari mengambil riba, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya terserah kepada Allah. Orang yang kembali mengambil riba, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah:275)

5. Saya memohon agar pihak berkuasa membuat rombakan dan menyusun kembali sistem KWSP dengan caruman yang dimasukan ke dalam KWSP itu didalam bentuk EMAS YANG NYATA dan bukannya MATAWANG RINGGIT. Sehingga kini, kebanyakkan dari masyarakat Malaysia sudah tahu dimana nilai matawang kita susut setiap hari demi hari. Manakala nilai emas adalah hampir sama nilainya dari beratus ribu tahun lampau sehingga sekarang. Disebabkan nilai matawang kita semakin jatuh, harga emas kelihatan menaik dengan mendadak. 

6. Wang fiat yang kita gunakan sekarang adalah wang yang dicetak mengikut peraturan atau undang-undang sesebuah kerajaan bukan berlandaskan simpanan emas lagi. Wang fiat tercipta selepas pembatalan Piawaian Emas pada 1970-an. Sebelum 1970-an, wang kita berlandaskan berat tetap emas. 


Selepas pembatalan Piawaian Emas pada tahun 1970-an. Harga emas menjadi semakin mahal disebabkan nilai matawang kita semakin jatuh hari demi hari disebabkan sistem Wang Fiat ini. Wang Fiat ini hari demi hari dicetak dengan banyaknya diseluruh dunia. Semakin banyak Wang Fiat di dalam dunia, semakin jatuh nilainya. Semakin jatuh nilai Wang Fiat, semakin tinggi harga emas dunia. Ini akan berterusan sehingga Wang Fiat sudah tiada nilainya lagi.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar(emas) dan dirham(perak) (untuk digunakan)”

7. Wang Fiat ini lah yang menyebabkan terwujudnya 'Inflasi'. Inflasi merupakan satu peningkatan harga barangan dan perkhidmatan di dalam sesebuah ekonomi pada tempoh masa tertentu. Kita menampakkan harga barangan semakin mahal hari demi hari, sebenarnya bukan harga barangan yang menjadi mahal, tetapi sebaliknya nilai Wang Fiat kita semakin jatuh hari demi hari. 

8. Sehubungan dengan itu, mengapa kita menyimpan Wang Fiat di dalam KWSP sedangkan kita tahu bahawa nilai Wang Fiat itu semakin jatuh dengan teruk. Kita tidak tahu 10-30 tahun akan datang berapakah nilai Wang Fiat kita di dalam KWSP kita. Kalau lah sekalipun nilai Wang Fiat di dalam KWSP kita menjadi RM500,000 semasa kita berumur 50 tahun. Tetapi kita tidak tahu nilai matawang kita pada tahun tersebut.   Kemungkinan besar menjadi seperi negara jiran kita, Indonesia. Apa yang mereka boleh beli dengan 500,000 Rupiah mereka? Sama-sama fikirkan. 

Justeru itu, saya menyeru rakyat Malaysia yang dicintai agar kita cuba meyakinkan kerajaan tercinta kita agar menukarkan sistem KWSP dari menggunakan Wang Fiat kepada Emas yang sebenar. Kerana wang sebenar adalah emas, seperti yang digunakan oleh junjungan kita Rasulullah SAW. Saya sebagai rakyat Malaysia yang perihatin menunggu dengan redha maklum balas dari pihak tuan/puan. 

Berkhidmat untuk masyarakat Malaysia yang tercinta,

Carl Samsudin. 

3 comments:

Shukjessa said...

susah nak gune kalo kepale pemerintah pon dok memperlekehkan benda macam ni.

Cemmomile said...

idea yg sgt baik dan akan berbahagialah rakyat kalau ianya jadi kenyataan. mohon share surat ni di blog

type jer said...

good idea...but...

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails