Wednesday, May 9, 2012

Konspirasi Perhimpunan BERSIH 3.0


Assalamualaikum
Khas untuk diriku, keluargaku, sahabatku dan muslim Malaysia

Aku mulakan dengan realiti politik di negara tercinta kita, Malaysia. Kebanyakan dari kita sudah maklum bahawa pemerintahan kita mengamalkan sistem DEMOKRASI. Demokrasi secara mudah ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Demokrasi menghendaki pemilihan oleh orang ramai, maka muncullah parti-parti politik. Di dalam  sistem demokrasi, siapa meraih undi yang paling banyak maka dialah juara. Maka untuk  ini, muncullah hukum Machiavelli -"MATLAMAT MENGHALALKAN CARA". Penganut-penganut sistem demokrasi di'halal'kan menggunakan apa jua cara sekalipun untuk mencapai undi paling maksimum agar begelar juara.

Niccolò Machiavelli - Matlamat meghalalkan cara

Anda dibenarkan memaki-hamun, menjatuhkan maruah lawan, mengeluarkan video-video lucah atau melompat parti. Anda juga boleh merasuah pengundi, menabur janji palsu atau menipu undi pos. Anda juga dibenarkan mencetak beribu-ribu kad pengenalan palsu, memberi kerakyatan kepada warga asing atau membenarkan pengundi mengundi dua kali atau berkali-kali. Anda juga boleh merasuah suruhanjaya pilihanraya atau sekatan media. Terlalu banyak cara sebenarnya untuk anda boleh lakukan untuk meraih undi. Sebab peraturan terpenting demokrasi ialah UNDI. UNDI ialah Tuhan demokrasi. Dalam sistem demokrasi, dari 9 orang bodoh dan seorang yang bijak, sistem akan mengangkat salah seorang dari orang-orang bodoh itu menjadi ketua. Orang yang bijak itu hanya memiliki kebarangkalian 0.00000009% untuk menang. Maksudnya orang bijak itu mustahil untuk menang sehinggalah kesemua orang-orang bodoh tadi mati.

Jangan biarkan Tanah Melayu ini menjadi seperti Tanah Arab

Dalam sistem pemerintahan Islam, kita mempunyai satu majlis pemilihan yang dinamakan Syura. Syura ini terdiri dari kalangan bijak pandai, alim ulama, dan mereka adalah golongan yang yang terpilih hasil sokongan orang ramai. Syura bukanlah kerajaan, tetapi mereka bertanggungjawab untuk memilih kerajaan. Jadi kebarangkalian untuk mendapat kerajaan yang bodoh amat tipis. Orang bijak yang memilih kerajaan, bukan majoriti. Ini adalah sistem Islam, sistem yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ketika nabi wafat, para sahabat nabi yang terpilih berbincang untuk memilih pengganti nabi bagi memikul tanggungjawab memimpin umat Islam. Para sahabat tidak pernah mengadakan pilihanraya dan mereka juga tidak pernah menubuhkan parti. Mereka tidak terjerit-jerit di jalanan. Mereka tidak hantar memorandum kepada raja Mekah. Mereka hanya berdoa kepada Allah SWT. Mereka bermesyuarat dan melaksanakan solat istikharah. Bukan buang masa macam orang bodoh, terpekik terlolong di jalanan.


Dalam situasi di negara kita, kita maklum bahawa sistem politik yang diamalkan ialah demokrasi BUKAN SISTEM ISLAM. Ini hasil penjajahan pemikaran orientalis di seluruh dunia. Namun Islam telah mengajarkan bagaimana untuk menguruskan pemerintahan. Bagaimana untuk mentadbir sebuah negara. Bila orang hendak berkahwin, mereka mahukan syariat. Bila mahu berurusan dalam jual beli atau kewangan, mereka mahukan syariat. Namun apabila mahu mentadbir negara, mereka buang syariat jauh-jauh. Adakah hukum Al-Quran boleh diambil dan dibuang sesuka hati? Di dunia, anda boleh terlepas bebas, namun di akhirat anda tidak boleh lari. Cukuplah dengan kenyataan bahawa anda dan saya akan mati suatu hari nanti. Adakah saya dan anda boleh lari dari kematian? Bekas-bekas ketua negara akan dipanggil pulang oleh Ilahi dan mereka akan ditanya, mengapa tidak jalankan hukum-Nya ketika memegang kuasa nombor satu di Malaysia? Mereka pasti ditanya sebab hukum-Nya tertulis jelas dalam AlQuran.

Adalah Allah SWT menurunkan hukum Hudud hanya untuk dipermainkan? Adakah hukum Hudud boleh dijual dengan harga 'Negara Kebajikan'? Apa itu 'Negara Kebajikan'? Mengapa begitu bodoh sekali sehingga menggadaikan hukum-Nya di telapak kaki musuh-musuh Islam? Ingat, jika anda berusaha sepanjang hidup anda untuk menegakkan hukum-Nya namun masih tidak berjaya, anda memiliki alasan di hadapan Allah di akhirat nanti. Namun apabila anda buang hukum-Nya dan menggantikan dengan 'Negara Kebajikan' atau seangkatan dengannya, apakah lagi alasan anda di hadapan Allah?

Kita ada parti UMNO, PAS dan PKR yang dipimpin oleh Melayu Islam. Kita ada DAP sebagai paksi politik yang dipimpin oleh orang kafir yang bahaya. Dan selebihnya ialah NGO. Dalam sesetengah keadaan,
NGO ini adalah sebenarnya parti dalam parti. Mereka mampu mencatur politik sesebuah parti. Dalam isu terkini, seperti isu Bersih 3.0, kita sebagai orang Islam harus berfikir matang dan waras. Pertamanya, siasat latarbelakang SIAPA YANG MENGGERAKKAN IA. Siapa penganjurnya, siapa pendukungnya? Kaji dahulu dan tanya diri adakah aku perlu menyokongnya?

Perlukah menyokongnya?

Siapakah dia?

Orang Melayu yang beragama Islam kena bijak, kerana mereka adalah target yang akan dimangsai cukup-cukup dalam Bersih 3.0. PAS telah berjanji akan menggerakkan kira-kira 300,000 orang untuk menyertai perhimpunan itu. Siapa mereka? Orang Melayu-Islam. Adakah ada janji DAP atau Hindraf untuk menggerakkan dengan jumlah yang sama untuk Bersih 3.0? TIDAK! Tidak ada janji seperti itu. Maka yang akan terpekik terlolong adalah Melayu-Islam. Yang buat kerja adalah Melayu Islam. Yang memerhati adalah musuh-musuh Melayu-Islam. Yang buang masa di tengah panas adalah Melayu-Islam, yang tolong tengok adalah  musuh-musuh Melayu-Islam. Kemudian kita tengok di manakan mereka akan BERKUMPUL.

SOGO, Kuala Lumpur

Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur

Mereka berkumpul di SOGO, Masjid Kampung Baru dan sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sahabat-sahabatku, ini tempat 'lepak' orang Melayu. Mengapa mahu berkumpul di masjid, tidak di gereja atau tokong? Penganjurnya ialah non-muslim yang memusuhi Islam. Mengapa gunakan masjid?

INI ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.

Mengapa berkumpul di SOGO, bukan di Low Yatt atau Bukit Bintang?

ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.

Bersih 3.0 didokong oleh orang kafir yang memusuhi kamu orang Melayu dan agama Islam. Hamba rakyatnya ialah ahli-ahli PAS dan orang-orang Melayu PKR. Untuk tidak nampak dipergunakan, beberapa orang Cina dan India (non-muslim) akan turun untuk beri semangat kepada Melayu-Melayu bodoh ini untuk terpekik terlolong di jalanraya.  Majoriti akan mengambil sikap tunggu dan lihat. Provokasi dijalankan, hasilnya Pemuda UMNO dan Perkasa bangkit untuk menentang. Namun pendekatan Perkasa bodoh dan tidak matang. Mereka mengambil pendekatan kasar dan tidak berhikmah. Mereka menjadi rasis secara tidak bijak dan terang-terangan. Hasilnya ia tidak disenangi oleh Pemuda UMNO. Mereka berselisih pendapat. Ketika Pemuda UMNO dan Perkasa bercakaran, musuh-musuh Melayu dan Islam terus menjalankan provokasi dan propaganda. Silap haribulan, yang bertempur di jalanan nanti adalah Melayu PAS dan PKR,Melayu UMNO dan Melayu Perkasa. Non-Muslim akan bertepuk tangan dan menonton hiburan percuma ini sambil bergelak ketawa di hadapan tv.

Pas menjadi bingung hanya kerana dibuai mimpi demokrasi. Pas telah menjadi hamba demokrasi dan terpaksa mengikut tarian demokrasi. Pas mencapai satu tahap di mana matlamat perjuangannya ialah MENJATUHKAN UMNO. Tidak kira walaupun matlamat menegakkan Negara Islam dibuang jauh-jauh dengan menggantikannya dengan konsep Negara Kebajikan. Rasulullah s.a.w tidak pula menjalankan Negara Kebajikan untuk mengambil hati Yahudi Bani Quraizah,Qainuqa atau Majusi dan Nasrani di kota Madinah. Mengapa untuk mengambil hati DAP dan sekularis PKR, maka hukum Allah boleh diketepikan?


Saya berpesan kepada saudara-saudara saya supaya fikirkan tentang ini. Kali ini kita buat seperti kaum Cina buat setiap kali ada isu, iaitu TUNGGU DAN  LIHAT. Jangan turun ke perhimpunan. Biar Ambiga dan kuncu-kuncunya terpekik terlolong dalam panas. Ingat, biar mereka yang buat kerja, bukan kita. Kita terlalu mulia untuk terpekik terlolong macam anjing di jalanan. Jangan biarkan Ambiga selesa di pejabat memantau kita yang terpekik terlolong, paksa dia turun dan paksa dia terpekik terlolong. Kita diam dan saksikan sahaja dia menjerit.

Ahli PAS, buat macam ini. Tolong. Anda kena bijak. Ini bukan pasal UMNO yang anda benci sampai ke mati, INI DEMI ISLAM YANG TERCINTA. Kita kena membezakan perjuangan menentang UMNO dengan perjuangan menentang musuh-musuh Islam. UMNO adalah saudara kita yang diberi dadah oleh musuh Islam. Kita kasi cantas dahulu musuh Islam. Kemudian kita rawat UMNO, ajak mereka ke masjid, solat berjemaah. Beritahu mereka kebesaran Allah SWT. Beritahu mereka keindahan Islam. Hikmah melaksanakan perintah Allah.


Cintakan Allah, cintakan Nabi. Ingat, caranya mesti tepat dan betul. 
Perjuangan bersama 'panji-panji hitam dari timur' - Dinar Emas

13 comments:

Behind the Truth said...

vghj

Insan Kesepian said...

buat sesuatu gunakan otak dan akal yg waras... jgn buat dengan otak dan akal yg diracuni dan menyusahkan org lain... kerana perhimpunan xdpt pegi haji.... dah menyusahkan banyak pihak....

Anonymous said...

good one brader.

Carl Samsudin said...

Aku tak percaya pada Demokrasi, kerana, dimana ada demokrasi, disitulah adanya yahudi.

Apakah kita perlu memperjuangkan Islam dahulu kemudian baru Melayu, atau memperjuangkan Melayu dahulu kemudian baru Islam? Atau kita sudah terkeliru, “memperjuangkan” ‘diri’ dan ‘puak’ dengan menggunakan label agama dan bangsa? FIKIR.

Thanks coz baca. Sudah2 la kita berbalah sesama bangsa, Tiba masanya kita tegakkan Agama Islam kita semula. The end is near darling ♥

Anonymous said...

sy sorang pemudi juga mahasiswa dan sahabat kepada mereka yg konon nya mahu jadi 'pejuang'..sy mmg kurang arif pasal politik negara, tapi, sekarang, ramai rakan seangkatan yg seolah olah terlalu taksub untuk 'berjuang', tnpa mengetahui erti sebenar perjuangan mereka. apakah itu perjuang jika sekadar cukup dengan sedikit kefahaman dan logik akal? kdg2 sy pening dengan politik negara, kdg2 rasa takut ngan taraf 'aman' di negara kita. ISLAM agama yang indah, knapa nak cemarinya dengan kekerasan. even Rasullullah sekalipun x pernah berkasar dengan musuh (mf jika saya tersilap). saya suka dgn ungkpan akhir saudara. "Kita kasi cantas dahulu musuh Islam. Kemudian kita rawat UMNO, ajak mereka ke masjid, solat berjemaah. Beritahu mereka kebesaran Allah SWT. Beritahu mereka keindahan Islam. Hikmah melaksanakan perintah Allah". ini baru cara perjuangan sebenar, bukan dengan demonstrasi jalanan sedemikian. ini sekadar pendapat persendirian dari saya, seorang mahasiswi juga pemudi negara dan sahabat kepada mereka yg konon nya mahu 'berjuang'.. kita pemudi pemuda pewaris keamanan negara. "ada 2 kuasa di dunia; pedang & minda. dlm jangka masa pjg, pedang sentiasa KALAH".. -.-

Bukan lalang mahupun pemerhati. said...

Demokrasi itu tak salah. Ia dilahirkan elok. Untuk mencari pemimpin bagi sesebuah kerajaan dengan mendapat sokongan rakyatnya. Yang jadikan Demokrasi itu tahi adalah pemain demokrasi itu sendiri yang terlalu taksub mengejar pangkat. Bagi aku, Syura dalam Islam masih relevan di sesetengah negara tapi bukan Malaysia. Kerana Malaysia adalah negara berbilang kaum. Yang harus diperbetulkan di sini adalah pemikiran orang melayu dulu. Mane Islam orang kita, mane melayu orang kita? Melayu itu Islam dah lama terkubur. Yang ada Sekarang, Islam itu Melayu. Para Ulama' mendapat tentangan, pemikiran di hasut oleh parti2 politik. Sepatutnya para Ulama' itu diletakkan setaraf dengan hakim2 yang mana ia adalah Bebas tanpa kaitan politik. tapi di sebabkan banyak Ulama' yang berfikiran politik, yang mana kita tahu, Ulama' adalah rujukan orang Melayu sekarang. Bukan lagi Al-Quran. :) So kat sini, tak semua nak berubah. Orang2 muda, budak2 universiti, pelajar sekolah, mat rempit, semua dah di mainkan dengan politik. Nak besihkan otak orang orang muda bukan senang.. Kerajaan sekarang mmg susah nak diperbetulkan sebab masing2 dah sedap. Pembangkang lak agenda sudah lari dari Meng-agama-kan semula Malaysia kepada menakluk Malaysia untuk kepentingan orang2 tertentu. So sejauh mana pergi nya politik Malaysia? Kalau tanya aku, takkan berubah sampailah negara di langgar todak.

Anonymous said...

Apabila perhimpunan spt "BERSIH" kerap diadakn, Malaysia berkemungkinan akn di label negara tdk selamat oleh UN sbg tiket plg kuat untuk msk ke Malaysia sbg POLIS PENYELAMAT. Masa tue, jgn mimpi la nk tgk c AMBIGA akn bantah kemasukn UN ke MALAYSIA. UN pn proksi YAHUDI sama mcm dia.

Anonymous said...

bagi pendapat saya, akhbar mengeluarkan kenyataan saudi "MUNGKIN" larang mengerjakan haji itu hanya lah untuk menakut-nakutkan rakyat malaysia..pihak kerajaan lebih suka melihat Melayu duduk sahaja dan tengok apa yang kerajaan buat..mungkin mereka ingat rakyat tidak berani bangkit menentang..apabila jadi penentangan ni, rakyat ditakut-takutkan,padahal tiada apa pun yang berlaku..Contohnya, baru-baru ini terdapat pihak berdekatan saya menerima mesej bahawa 2 orang polis telah mati semasa bertugas utk BERSIH 3.0..padahal tiada kematian dilaporkan..perkara ini disebarkan untuk menaikkan lagi kemarahan rakyat dan boleh buat kita (MELAYU) berpecah belah..

saya bersetuju pendapat carl tentang orang melayu perlu siasat siapa penggeraknya dan langkah-langkah yang carl cadangkan.

Cuma, kita sebagai rakyat, jangan lah hanya percaya kepada 1 bahan bacaan atau rujukan, contohnya di TV dan surat khabar UTUSAN..cuba kita kaji juga surat khabar yang lain atau sumber lain supaya boleh membuka pemikiran kita..

Carl Samsudin said...

Saya cuba nak cakap. Kenapa Malaysia tidak sesuai dengan'Syura'? Sebab Malaysia terdiri dengan pelbagai agama dengan kaum? Cuba kita bandingkan, masa zaman Rasulullah dan sahabat. Adakah di tanah arab itu kesemuanya beragama Islam? Tidak bukan? Masih ada Nasrani, Yahudi and etc. Mengapa masih boleh menjalankan 'Syura'? Kerana Islam itu tidak kejam.

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Keindahan islam kurang di dalam artikel ini :)

Anonymous said...

Bro baca balik sejarah. Subhanallah, apakah piagam madinah itu dilaksanakan tanpa meminta persetujuan kelompok yahudi yang 90% di yathrib(madinah). Yang mana pada waktu itu umat islam hanya 5%(dalam 2ratus lebih + (yang munafik dan murtad)) Rasulullah adalah sosok yang mengajar adil itu apa di dunia ini. Bro kalau Rasulullah tak minta izin dan buat saja piagam madinah itu tanpa persetujuan, agak2nyalah kan ada tak perjanjian seterusnya? Hudaibiyah. Kita jangan lihat permukaan saja. Rasulullah suruh selidik dulu.

Anonymous said...

ade part yg setuju, tapi kan, lagi comel kalau anda yg berjuang untuk agama Allah swt menggunakan bahasa yg lebih elok, tak perlu bodoh2kan semua org terutama Islam yg anda sendiri claim saudara kita :D

walaupun anda ada hujah, tapi tak semestinya hujah kita is the best, Allah lagi tahu semuanya, Allahua'lam :)

Zatul said...

Pandangan yang bernas. kenapa ramai yang masih buta. hummm

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails