Monday, June 11, 2012

SIMPANAN EMAS MELINDUNGI MASA DEPAN KEWANGAN ANDA (PENGENALAN)



PENGENALAN

1.0 Matawang

Ramai yang beranggap matawang adalah wang. Misalnya, apabila seseorang memberikan anda duit kertas yang banyak, anda mungkin memikirkan ia sebagai wang. Sebenarnya tidak. Duit kertas hanyalah matawang semata-mata, medium pertukaran yang boleh anda gunakan untuk membeli sesuatu yang mempunyai nilai (asset). Matawang tidak menyimpan nilai. Sebaliknya, ia merupakan satu medium di mana anda boleh memindahkan nilai dari satu asset kepada satu asset yang lain.

2.0 Wang

Wang tidak seperti matawang. Kerana wang mempunyai nilai dalam dirinya sendiri. Tetapi, wang sentiasa adalah matawang, yang mana ia boleh digunakan untuk membeli barang-barang lain yang mempunyai nilai. Walaubagaimanapun, seperti yang kita baru sahaja fahami, matawang tidak sentiasa wang kerana ia tidak mempunyai nilai. Jika anda sukar untuk memahami ini, anda hanya perlu berfikir tentang duit kertas Malaysia seratus ringgit. Adakah anda berfikir ‘kertas’ itu bernilai RM100? Jawapannya, sudah tentu, ‘duit kertas’ itu hanya mewakili nilai yang disimpan di tempat lain. 

Seperti sedia maklum, Dolar Amerika tidak disokong oleh apa-apa. Hanya disokong oleh udara yang nipis sahaja. Pendek kata, kerajaan Amerika Syarikat mempunyai keupayaan untuk mencetak wang sesuka hati tanpa ada apa-apa sandaran. Anda mungkin memanggil ini sebagai ‘counterfieting’. Kerajaan pula memangil ia sebagai dasar fiskal. Ini adalah apa yang kita rujuk sebagai matawang fiat

3.0 Matawang Fiat

Fiat adalah perintah, atau lafaz yang diberikan oleh seseorang, kumpulan, atau badan berkuasa kepada pihak yang berkuasa mutlak untuk menguatkuasakan sesuatu. Matawang yang memperoleh nilainya daripada pengisytiharan fiat atau perintah yang berwibawa dari kerajaan adalah ditakrifkan sebagai matawang fiat. Semua matawang yang digunakan di seluruh dunia pada hari ini adalah matawang fiat.

4.0 Inflasi

Inflasi atau deflasi adalah mengenai perkembangan atau penguncupan bekalan semasa. Simptom inflasi atau deflasi kewangan adalah dapat diperhatikan dengan kenaikan atau kejatuhan harga. Dengan inflasi, semua benda menjadi lebih berharga kecuali matawang.

5.0 Pengembaraan Dalam Penciptaan Matawang

Penciptaan matawang fiat biasanya bermula dengan wang komoditi yang bernilai tinggi seperti emas dan perak. Secara beransur-ansur, kerajaan mempengaruhi orang ramai untuk menerima matawang fiat dengan mengeluarkan nota permintaan dalam bentuk kertas yang boleh ditebus semula dengan logam berharga. Nota permintaan (matawang) ini adalah dalam bentuk "sijil deposit," "resit," atau "cek tuntutan" di atas wang sebenar (logam beharga) yang disimpan di dalam peti besi. - (Saya dengan berani mengatakan ramai di antara kita percaya bahawa dengan cara ini kerajaan kita mengeluarkan matawang, termasuk di Amerika Syarikat bahkan di negara-negara lain di seluruh dunia termasuklah negara  kita sendiri, Malaysia.)

Apabila kerajaan telah memperkenalkan sistem matawang kertas, mereka kemudian mengembangkan bekalan matawang menerusi deficit perbelanjaan dengan mencetak lebih matawang untuk menampung perbelanjaan melalui penciptaan kredit berdasarkan pecahan rizab perbankan. Kemudian, biasanya disebabkan oleh peperangan atau darurat, orang ramai cuba untuk menebus nota permintaan mereka kepada emas dan perak. Tetapi kerajaan telah menggantung hak penebusan orang ramai kerana kerajaan sebenarnya tidak mempunyai cukup emas dan perak untuk meliputi semua matawang kertas yang telah dicetak oleh mereka, dan poof! Terhasillah matawang fiat yang kita gunakan sekarang.

Di sini helah dan rahsia kotor matawang fiat: matawang fiat adalah direka semata-mata untuk dihilangkan nilainya. Tujuan utama penciptaan matawang fiat ini adalah untuk merampas kekayaan anda dan memindahkannya kepada kerajaan. Setiap kali kerajaan mencetak wang kertas yang baru dan menghabiskanya, kerajaan mendapatkan kuasa membeli matawang tersebut. Tetapi, dari manakah datangnya kuasa membeli itu?  Ia datang secara senyap-senyap dan rahsia dicuri dari wang kertas yang anda miliki sekarang. Kerana setiap wang kertas yang baru memasuki peredaran (baru dicetak) akan merendahkan nilai semua wang kertas yang lain. Ini terjadi disebabkan semakin banyak wang kertas mengejar jumlah perkhidmatan dan barang yang sama. Ini menyebabkan harga perkhidmatan dan barang meningkat. Harga ini meningkat disebabkan nilai matawang fiat yang semakin rendah. Ini merupakan satu cukai yang tersembunyi dan berbahaya yang dikenali sebagai inflasi, merompak kekayaan anda tanpa anda sedari!

Sepanjang berabad-abad lamanya, emas dan perak bertarung dengan matawang fiat, dan akhirnya tetap emas dan perak juga yang akan menang. Emas dan perak menilai semula diri mereka secara automatik melalui sistem pasaran bebas dengan mengimbangi diri mereka menentang matawang fiat. Ini adalah satu corak yang telah berulang-ulang berlaku sejak kejatuhan hebat matawang di Athens pada tahun 407 SM. Apabila pelabur mula mengesan pertarungan ini, peluang-peluang untuk mengumpul kekayaan yang besar dalam tempoh masa yang singkat adalah sangat besar untuk mereka.

Pertarungan hebat antara matawang fiat dan emas dan perak boleh ditamatkan dengan salah-satu daripada dua cara berikut:

1. Sesuatu keputusan teknikal dibuat dimana matawang fiat disokong semula oleh emas dan perak seperti suatu ketika dahulu.

2. Menghentikan terus penggunaan matawang fiat dan menggunakan emas dan perak sebagai wang.


2 comments:

Eyriqazz said...

setuju...ehh,bro ada jual fizikal gold ke? plan nak beli bulan depan....

Carl Samsudin said...

Ada bro. Boleh contact saya ye.

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails