
Graf 2.0: Faktor-Faktor Utama Berlakunya Inflasi Di Amerika Syarikat.
• Graf di atas menunjukkan faktor-faktor utama berlakunya Inflasi di Amerika Syarikat. Kebanyakkan faktor-faktor ini datangnya dari peperangan kerana kerajaan Amerika Syarikat terpaksa mencetak berkali-ganda matawang untuk membiayai peperangan.
• Semakin banyak matawang yang dicetak, semakin tinggilah inflasi dan mengakibatkan nilai matawang semakin menjunam. Disebabkan inilah harga barang-barangan menjadi semakin mahal dari segi harga.
• Bermula dari tahun 2000, inflasi di Amerika Syarikat menjadi semakin parah disebabkan ‘war on terror’ yang bermula dari peristiwa 9/11. Dan bermula dari tahun 2000 jugalah harga emas melambung tinggi. Disebabkan hampir semua (90%) urus-niaga dan perdagangan di dunia melibatkan pertukaran Dolar Amerika Syarikat, maka setiap matawang di dunia turut terlibat dengan inflasi yang melampau ini.

Graf 3.0: Kadar Inflasi Dunia Melawan Harga Emas Dunia
• Seperti yang diberitahu di bahagian ‘pengenalan’, Inflasi adalah mengenai perkembangan bekalan semasa. Simptom inflasi adalah dapat diperhatikan dengan kenaikan harga barangan dan servis. Dengan inflasi, semua benda menjadi lebih berharga kecuali matawang..
• Kadar inflasi dunia adalah berkadaran terus dengan harga emas dunia. Sekiranya harga emas dunia meningkat sebanyak 16% setahun secara purata, maka kadar inflasi dunia adalah sebanyak 16% setahun secara purata,
• Sebagai contoh. Anda mempunyai RM10.00 ditangan anda pada tahun 2012. Tetapi disebabkan inflasi sebanyak 16% setahun, RM10.00 pada tangan anda akan bernilai RM8.40 sahaja pada tahun 2013.

1 comment:
lompat si katak lompat
Post a Comment