Pada awal pagi Sabtu (28 Julai 2012) di Malaysia, aku tertanya-tanya dan sering menggaru kepala apabila menonton upacara pembukaan Sukan Olimpik London 2012 di kaca televisyen, dan berfikir kepada diri aku sendiri, "apa motif upacara pembukaan ini dengan sukan"? aku harap aku tidak berseorangan dalam hal ini. Jika ada diantara anda yang mengkaji simbol-simbol dan agama Pagan Mesir purba anda berkemungkinan besar akan memahami apa yang ingin disampaikan oleh mereka semasa upacara pembukaan Olimpik London 2012 tersebut. Upacara itu dengan jelas menunjukkan bagaimana keturunan Mesir purba ini menggunakan kuasa simbol-simbol dan ritual untuk menghipnosis kita sehigga ramai diantara kita kagum dengan upacara pembukaan besar-besaran tersebut. Dalam keadaan sedar-tak sedar, anda telah menyaksikan dan berada di upacara turun-temurun ritual penyembahan agama Pagan Mesir purba yang telah menyamar sebagai acara sukan.
Bermula dari saat pertama ‘countdown’ pembukaan (dengan jelas televisyen memaparkan nombor '9 ' Bas Merah London dan latar-belakang muzik yang mencemaskan) ia dengan jelas menunjukkan bahawa banyak simbol-simbol yang akan menetapkan nada tersebut.
‘The Bible’ secara kandungannya dikuasai oleh dua bandar utama. Bandar yang paling kerap disebut di dalam Bible adalah Jurusalem atau dipanggil sebagai “Bandar Tuhan" dan yang kedua kerap disebut adalah Babylon, "Kota Manusia". Kedua-duanya disebut lebih dari 250 kali di dalam Bible. Babylon dikenali sebagai tempat lahirnya agama-agama palsu, sihir dan paganisme. Nama ‘Nimrod’ diterjemahkan sebagai "rebel/pemberontak" dan ‘Babel/Babylon’ diterjemahkan sebagai "pintu masuk ke arah tuhan-tuhan". Babylon melambangkan rasuah/corruption - satu sistem palsu yang teramat canggih yang cuba untuk menjadikan dirinya sebagai sesuatu yang tulin.
“Mystery Babylon, the mother of harlots and abominations of the earth”- [Revelation 17:5]
"Misteri Babylon, ibu kepada perempuan-perempuan sundal dan kekejian bumi" - [Revelation 17:05]
Suasana ketika pembukaan itu adalah dimana terdapatnya sebuah padang rumput British dengan sebatang pokok besar yang didirikan di atas bukit. Dua buah lagu pertama yang dimainkan semasa saat itu bertemakan bandar-bandar Babylon dan Jerusalem. Adakah bukit tersebut diwakili oleh Menara Purba Babylon?
Menara Purba Babylon oleh Pieter Bruegel.
Pembukaan: Babylon
Upacara Olimpik dibuka dengan orkestra bermain Nimrod oleh Enigma Variations. Raja Nimrod adalah diktator yang pertama di dunia dan sebagai pembina Menara Babylon dan dia telah dianggap sebagai "Master Pertama dan yang paling cemerlang" persaudaraan Freemason. Asal "World Orde/Perintah Dunia" boleh disusur kembali ke zaman Babylon, di mana Raja Nimrod menderhaka dan memusuhi Allah SWT. Dia mempunyai visi mengetuai kerajaan global tunggal untuk mengawal isu-isu ekonomi, politik dan agama di seluruh pelusuk dunia. Untuk mengelakkan Raja Nimrod melaksanakan New World Order, Allah SWT mengeliru bahasanya dan menyebabkan rakyat Babylon berpecah-belah dan mereka mendiami tanah-tanah baru. Babylon menjadi berpecah-belah dan konsep New World Order terus mati.
Dalam seni The Tempest, pengembara/pelayar tiba di pulau yang diperintah oleh Prospero, makhluk yang mempunyai penguasaan ke atas alam semula jadi. Dalam New Atlantis pengembara tiba di sebuah pulau yang diperintah oleh satu persatuan yang dipanggil ‘Salomon’s House’ yang telah mencapai penguasaan lebih bersifat semua. New Atlantis menggambarkan wawasan Francis Bacon dalam penguasaan manusia ke atas alam semula jadi. Kedua-dua hasil seni The Tampest dan New Atlantis menggambarkan pengembara/pelayar yang tiba di pulau yang penuh dengan keajaiban. Dalam kes pertama keajaiban sains, dalam kes kedua keajaiban sihir, yang mana kedua-duanya memberikan penguasaan yang bersifat semua. Francis Bacon, berkata bahawa sains dalam bentuk yang lebih tinggi ialah sihir. Persaman-persamaan antara New Atlantis dan The Tempest adalah amat jelas.
The Tempest dan New Atlantis menggambarkan masyarakat yang diperintah oleh tuhan-tuhan elit dan dibuat untuk mengekalkan rahsia mereka. Mereka yang bekerja dan berkhidmat untuk mentakrifkan falsafah ghaib Rosecrucians, Freemason dan Illuminati. Dakwaan Francis Bacon terhadap Rosicrucians dan Freemason telah banyak dibincangkan oleh pengarang dan pakar-pakar di dalam buku-buku terbitan mereka.
Persediaan upacara pembukaan Sukan Olimpik
Sebagai sebahagian daripada upacara ilmu ghaib Olimpik, sheople British dijemput untuk menyertai ‘No. Kerja 1197’ - mereka yang mencari untuk sambungan angka untuk 9/11 dan 7/7 tidak akan perlu bekerja terlalu keras. Yang lain mungkin notis 1 +1 9 7 = 18 (6 6 6).
When you are not prepare enough, The Truth Is Scary.
Bersambung...






4 comments:
berlambak2 benda nie kat blog n youtube
seruiz menakutkan perancangan new world order.
hebatnye your kajian...sangat terperinci.
seruiz menakutkan perancangan new world order.
Post a Comment