“GDP per Capita atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah satu cara untuk mengukur ekonomi/pendapatan negara per individu. Kerajaan telah menyatakan di dalam pembentangan bajet setiap tahun pada rakyat Malaysia dimana pendapatan negara per individu meningkat sebanyak 600% dari tahun 1980 hingga ke tahun 2011. Ini bersamaan dengan kenaikan pendapatan per individu sebanyak 7 kali ganda. Dimana, dari pendapatan per individu sebanyak RM6,900 setahun pada tahun 1980 kepada RM47,400 setahun pada tahun 2011. Ini bermakna, setiap individu pada tahun 2011 adalah 7 kali ganda lebih mewah/kaya berbanding individu pada tahun 1980.
Jika diteliti dan diperhatikan dengan lebih halus dan teperinci, pada tahun 1980, kebanyakanya hanya suami sahaja yang akan keluar bekerja dan isteri hanya berada di rumah. Mereka kebanyakkanya mempunyai anak-anak yang ramai, mempunyai sebuah rumah yang habis dibayar dan kereta. Dan tambahan pula pada tahun 1980, kad kredit masih tidak dicipta. Adakah mereka 7 kali ganda lebih susah berbanding kita di tahun 2011?
Soalan: Adakah kita sekarang 7 kali lebih mewah dari ibu-ayah dan datuk kita? Adakah kita mempunyai 7 buah rumah yang habis dibayar? Adakah kita mempunyai 7 buah kereta? Adakah kita sanggup mempunyai anak-anak ramai dan mampu menanggungnya? Adakah isteri kita hanya berada di rumah? Bagaimana untuk 20-30 tahun akan datang? THINK FAST!” – Carl.S, 2012
... GOVERNMENT LIES

1 comment:
How To Make Liquid Organic Fertilizer ? This can be very confusing when you are looking for the best fertilizer for a lawn. From lawn care, to mowing, gardening, tree… In addition to adding necessary nutrients to the soil As a native of Mexico the epazote herb grows in tropical and sub tropical climes.
Post a Comment