Monday, February 27, 2012

Emas vs Matawang Malaysia


Assalamualaikum

2-3 bulan kebelakangan ini aku banyak meng'educate' orang perihal 'True Money' which is Gold/Emas. Aku mengunakan satu pendekatan yang amat simple. Satu pendekatan yang mudah faham. Tidak perlu pening-pening kepala untuk berfikir. Kerana perihal ekonomi adalah senang, bukanya se'complicated' yang dicanangkan oleh 'mereka'. Setiap orang harus faham konsep ini. Wajib faham, dan anda boleh berfikir sendiri mana yang benar dan mana yang tipu.

Dekat bawah aku sediakan satu gambarajah yang baru sahaja aku siapkan. Gambar rajah ini akan aku explain di bawah agar lebih mudah difahami. Iyanya amat mudah dan membuka mata. Buka lah mata dan cari kebenaran. Pilihan ditangan anda.


Emas vs Matawang Malaysia

(1) - Pada tahun 2000, RM1 kita boleh membeli 5 biji kuih. Tetapi pada tahun 2012 ini, dengan hanya RM1 kita hanya mampu membeli 2 biji kuih sahaja, tambahan kuih semakin kecil saiznya. Orang kata harga kuih makin mahal. (Apa yang orang kata itu aku kata itu silap, bukan kuih yang mahal tetapi nilai mata wang kita makin menjunam).

(2) - Untuk membeli 2 biji kuih pada tahun 2000, kita hanya memerlukan 40 sen sahaja. Tetapi pada tahun 2012, untuk 2 biji kuih, harganya sudah menjadi RM1.

(3) - Maka, nilai RM1 kita pada tahun 2012 ini hanya bersamaan dengan 40 sen pada tahun 2000. Ini adalah benar. Nilai matawang kita semakin turun hari demi hari tanpa kita sedar. Bagi sesetengah orang, ini cuma pekara biasa. Inflasi. Mereka tahu cakap je inflasi tapi tak tahu apa itu inflasi. Inflasi Zero? Propaganda.

(7) - Setelah persamaan kedua-dua belah (tahun 2000 dan tahun 2012) digandakan. Pada tahun 2012, nilai RM 1 juta hanya bersamaan dengan RM 400 ribu sahaja untuk tahun 2000. Kalau anda rasa anda jutawan pada tahun 2012 ini dengan memiliki RM 1 juta. Maka sebenarnya, orang yang mempunyai RM 400 ribu pada tahun 2000 juga jutawan kerana nilai duit anda dan orang itu adalah sama! Faham kan? Dah nampak?

(8) - Ramai diantara kita. Bukan ramai lagi. Terlampau ramai diantara kita dipengaruhi dengan sistem ASB ( Amanah Saham Nasional Berhad) yang mencanang keuntungan yang berlipat kali ganda. Kalau anda ada calculator di sisi anda. Cuba kira. Sekiranya kita memasukan RM 400 ribu di ASB pada tahun 2000 dengan dividen 9% setahun, adakah kita mendapat  sekitar RM 1 juta pada tahun 2012? Iya bukan? Adakah anda rasa ini satu keuntungan? Keruguian? Atau SAMA sahaja!? Kerana nilai RM1 juta pada tahun 2012 adalah sama dengan RM 400 ribu pada tahun 2000. ASB pandai. Kita yang tertipu.

(9) - Bila bercakap pasal pelaburan Real Estate. Beli rumah. Kalau kita beli rumah RM 400 ribu pada tahun 2000, adakah rumah yang kita beli itu bernilai RM 1 juta pada tahun 2012? Mustahil! Dan jangan juga lupa, zaman sekarang susah nak jumpa orang beli rumah cash. Semuanya loan. Kalau loan RM 400 ribu untuk beli rumah, kita akan bayar RM 400 ribu ke? Tidak bukan? Malah hampir RM 700 ribu. Betul kan? Tepuk dada dan fikir. Untungkah pelaburan membeli rumah? Ramai yang menjual rumah tidak ambil tahu tentang nilai matawang kita. Ini masanya untuk anda berfikir. Bagi aku, ini bukan lagi masa untuk pelaburan Real Estate.

(10) - The best part. Cuba tanya orang yang hidup tahun 1990-an berapa harga emas? Dan bandingkan dengan harga sekarang. Pada tahun 2000, 1 gram emas hanya berharga sekitar RM 30. Tetapi pada tahun 2012, 1 gram emas sudah mencapai RM 180. Dan sekiranya anda menggunakan RM 400 ribu yang anda ada pada tahun 2000 untuk membeli emas dan bukanya memasukkanya ke dalam ASB mahupun melabur dengan membeli rumah. Harga emas anda sudah mencapai RM 2.5 juta!!!.. Sekarang anda nampak?

Harga emas dunia. Graf amat menakutkan bukan?

 Ramai yang tertanya kenapa harga emas boleh melambung sebegitu rupa? Aku ada jawapanya. Bukan emas yang mahal! Tetapi matawang kita makin menurun. Kenapa jadi macam tu? Dan jawapan dia amat menakutkan. Bagi aku. Aku tak suka harga emas menjadi begitu. Jangan gembira. Kerana ia melambangkan satu kesusahan akan tiba. Tunggu aku terangkan nanti. (InsyaAllah next entry)

"AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA KECUALI DINAR (EMAS) DAN DIRHAM (PERAK)". - Sabda Rasulullah SAW.

*Dari 1400 tahun lepas, dari zaman Rasulullah SAW sehingga tahun 2012. 1 dinar (4.25 g emas) boleh membeli seekor kambing dan 1 dirham (2.97 g perak) boleh membeli seekor ayam yang sihat dan gemok. Percayalah emas dan perak itu sebenar-benarnya DUIT!

p/s: Itu aku bandingkan tahun 2000 dengan 2012. Tahukan anda pada tahun 1990, RM1 kita boleh dapatkan 10 biji kuih? Dan bagaimana dengan tahun 1980? Buka minda. NOW!
p/s: Siapa boleh jawab kepada aku? Kenapa semua ini terjadi? 
p/s: Sebarang pertanyaan sila emailkan dekat aku khalif.samsudin@gmail.com. Aku akan jawapakan segala pertanyaan anda. Jangan lupa juga. Panji-panji hitam di akhir zaman datangnya dari belah timur. =)

SEBARKANLAH SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI NIAT UNTUK MENYELAMATKAN KELUARGA, SAUDARA DAN SAHABAT-SAHABAT ANDA

Friday, February 17, 2012

Wasiat Dari Penjaga Makam Rasulullah SAW

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Khas untuk Diriku, Keluargaku dan Sahabat-Sahabatku.

Baca dan fowardkan kepada seberapa banyak orang Islam. InsyaAllah.

Pintu Emas Makan Nabi Muhammad SAW

 Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW, selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

(a) Isteri tidak mendengar kata suami.
(b) Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c) Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

 Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang membuat kebajikan, kerana hari penghabisan (hari kiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala. PESANAN HAMBA INI :

(a) Berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) Bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersolatlah
(d) Berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

UNTUK MAKLUMAN

1. Seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencataknya dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.

2. Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetaknya dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.

3. Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat salinanya seperti yang dituntut mengendahkannya dan Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam.baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.


Berkongsilah wasiat ini. InsyaAllah anda memperolehi sesuatu dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYA'ALLAH.

Kata Sheikh Ahmad lagi. Jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW. Naaauzubillah. Oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain. Insya'Allah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan

TOLONG SEBAR KAN KPD UMAT
ISLAM.... SEBARKAN WASIAT NI KPD UMAT
ISLAM


p/s: Sahabat-sahabat sekalian. Doakan untuk aku dapat kerja baru ye =)

Wednesday, February 8, 2012

"The Customer Is Always Right" Is Wrong

Assalamualaikum

5 sebab mengapa "Pelanggan Sentiasa Betul" adalah salah
(atau dalam bahasa inggerisnya, "The Customer Is Always Right" Is Wrong!)


 Frasa "Pelanggan sentiasa betul" pada asalnya dicipta oleh Harry Gordon Selfridge, pengasas kedai Selfridge  di London pada tahun 1909, dan biasanya digunakan oleh perniagaanya untuk: 

  • Meyakinkan pelangganya bahawa mereka akan mendapatkan perkhidmatan yang baik di syarikat ini
  • Meyakinkan kakitangan untuk memberikan pelanggan perkhidmatan yang baik

FRASA INI DICIPTA DIBARAT. DIBARAT. DIBARAT. - jangan budah terpengaruh dakyah barat.

Berikut adalah lima sebab mengapa "Pelanggan adalah sentiasa betul" adalah salah.


1:  Ia membuatkan pekerja rasa tidak berpuas hati

2:  Ia memberikan pelanggan satu kelebihan yang tidak adil

Menggunakan slogan "Pelanggan adalah sentiasa betul" menyebabkan pelanggan boleh menuntut apa sahaja. Pelanggan menjadi besar kepala -  Ini membuat kerja pekerja menjadi lebih sukar. Juga, ia bermakna bahawa pelanggan yang bersifat 'kurang ajar' masih mendapat layanan yang baik. Lebih baik dari yang bersifat 'tidak kurang ajar'. Semata-mata untuk memastikan pelanggan yang bersifat 'kurang ajar' ini teruskan dengan sifatnya dan datang kembali ke syarikat atau restoran (regular customers). 

3: Tidak semua pelanggan adalah bagus untuk perniagaan, sesetengan dari mereka adalah memburukkan

- Kebanyakan perniagaan berfikir bahawa "lebih banyak pelanggan adalah lebih baik". Tetapi sesetengah pelanggan dengan agak mudah memburukkan perniagaan anda.

4:  Ia mengakibatkan perkhidmatan pelanggan menjadi lebih teruk

5:  Sesetengah pelanggan memang sebenarnya salah. Salah adalah tetap salah



Kadang kala customers pon terlampau mengkeji pekerja-pekerja kedai makan. Mereka juga manusia. Mereka bukan robot. Mereka punyai perasaan. Mereka bekerja mencari rezeki. Semua manusia mempunyai hak sama rata. Bertimbang rasalah. Maafkan mereka. Terasa marah? Istighfarlah.

p/s: Menulis berdasarkan pengalaman sebagai pelanggan dan pekerja.



Sunday, February 5, 2012

Nabi Muhammad SAW, Wafat & Umatnya.



Assalamualaikum

Mawlid an-Nabī 


Khas untuk Diriku, Keluargaku dan Sahabat-Sahabatku.





Mohon dibaca perlahan-lahan sampai habis.
DIRIWAYATKAN dalam salah satu hadis, bahwa surah Al Maa'idah ayat 3 diturunkan sesudah waktu asar, hari Jumaat di padang Arafah, pada musim haji penghabisan [Wada*]. Saat itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah, duduk di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. 

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada untanya. Untanya lalu duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan agamamu. Maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang oleh-Nya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu. Beritahu mereka bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu." 

Begitu Malaikat Jibril a.s. pergi, Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah, terus ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabatnya, ia menceritakan apa yang telah dialaminya. Saat para sahabat mendengar hal yang demikian mereka pun gembira: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna." 

Abu Bakar r.a. berbeda reaksinya. Ia tidak dapat menahan kesedihannya. Ia lalu kembali ke rumah, lalu mengunci pintu, dan menangis sekuat-kuatnya, dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain. Maka berkumpulah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempurna." 

Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata: "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu. Tidakkah kamu tahu bahwa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah kekurangannya. Turunnya ayat tersebut hanya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim. Para isteri nabi menjadi janda." 

Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka didengar para sahabat yang lain. Maka mereka pun memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru balik dari rumah Abu Bakar r.a. Kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau." 

Saat Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a.. Begitu Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?" Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. 

Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat." Begitu Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. 

Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang di langit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat maupun yang di laut turut menangis. Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. 

Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan shalat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan shalat dua raka'at bersama semua yang hadir. 


Setelah selesai mengerjakan shalat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: "Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat." 

Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mau mengemukakan hal ini." 

Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang,setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut." 

Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]." Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. 

Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat beliau." Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." 

Bertanya Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?." Bilal r.a. tidak menjawab pertanyaan Falimah r.a., begitu Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. 
Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." 

Saat Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah s.a.w.oleh itu kamu pukulah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." 

Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." 

Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, begitu Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir. 

Begitu 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. 

Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga." Saat ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. 

Beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya.''

Kata Rasul selanjutnya, ''Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalati aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-ramai bershalat ke atasku." 

Begitu para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." 

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati." 

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahwa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. 

Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu. 

Saat waktu subuh hampir hendak pupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." 

Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Begitu Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. 

Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. 

Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah. Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahNYA. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." 

Setelah berkata demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku." 


Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" ["Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?"] 

Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." 

Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggilmu, dan aku telah katakan kepadanya bahwa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa mcnggigil badan saya."> Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." 

Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahwa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Saat Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." 

Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?" 

Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. 

Saat Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahwa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku di sisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu di langit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu." 

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." 

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. 

Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik r.a. berkata: "Saat roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." 

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah s.a.w menjerit, kerana sakit yang tidak tertahan lag. "Ya Allah, dasyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah s.a.w mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tanganya di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah s.a.w yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii". - "Umatku, umatku". Dan, berakhirlah hidup manusia mulia di sisi Allah SWT itu. Al-Fatihah.


Credit to: Iwan

p/s: Mohon sedarkan kepada rakan-rakan Islam yang lain. Cinta itu besar ertinya. Mampukah kita mencintai sepertinya. Betapa cintanya Rasulullah s.a.w kepada kita. Ya Allah.

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails