Monday, April 30, 2012

How I Met Tun Mahathir Mohamed



Assalamualaikum and Alhamdulillah.

Just went back from met Tun Mahathir Mohamed. And luckily aku dapat grab the mic and talked to Tun, and aku asked a question slighlty like this. "Tun, most of Malaysian knew that harga komoditi makin mahal setiap hari, but they dont really know actually is not about harga komoditi yang makin mahal but its about our currency yang jatuh detik-demi-detik (tun angguk-angguk setuju). Apa pandangan Tun tentang sistem ekonomi kita sekarang?". Tun replied in public "Saya setuju dengan apa orang muda ini cakap, bla bla bla bla bla dan kalau awak semua ada duit lebih, belilah emas, macam saya buat dari dahulu lagi, harga duit kita makin hari makin jatuh, tapi harga emas makin naik, saya pun dah tak tahu harga kesemua emas simpanan saya sudah jadi berapa (Tun tersenyum sinis)".

*then i met Datin Seri Hasmah, i passed my card to her and i said to her i really want to meet Tun again and talk seriously about economy. And Datin said, she will pass my card to her husband (nodded with a big smile). Wish me luck! =)

p/s: If Tun looking foward, why need to wait more?

Thursday, April 19, 2012

Surat Untuk Rakyat Malaysia

Carl Samsudin,
CarlSamsudin.blogspot.com
Putrajaya, Malaysia. 
_____________________________________________________________________________________________

Rakyat-Rakyat Malaysia Yang Dicintai,
14 Negeri di Malaysia,
Malaysia.

Tuan/Puan,

PERKARA: ROMBAKAN DAN PEMULIHAN SEMULA SISTEM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) SECARA BESAR-BESARAN

Merujuk pekara diatas, saya Carl Samsudin, penulis surat ini merayu agar pihak yang berkuasa dapat menyelami dan memahami apa yang saya ingin sampaikan ini dan saya juga mengharapkan seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama dapat menyokong habis-habisan terhadap surat ini agar surat ini  sampai  ke tangan pihak-pihak yang berkuasa. Ini merupakan satu luahan perasaan rakyat-rakyat yang dikatakan sebagai 'middle-class income' tetapi hakikinya, rakyat-rakyat yang miskin.



2. Seperti ramai diantara kita yang tahu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih mudah dikenali sebagai KWSP ini ditubuhkan untuk menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya dan ahli-ahlinya (pencarum) adalah merupakan pekerja sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam. 

3. Caruman (duit) akan dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah. Dan disini saya ingin bertanya kepada pihak berkuasa, KWSP mempunyai perkataan SIMPANAN. Apabila kita menyuruh seseorang yang amanah untuk MENYIMPAN barang kita, bolehkah orang yang amanah itu mengunakan barang yang diamanahkan tersebut? Kalau pihak tuan/puan menyatakan TIDAK, tetapi mengapakah KWSP yang mempunyai perkataan SIMPANAN dengan sewenang-wenangnya menggunakan duit ahli-ahlinya untuk dilaburkan? Itu menunjukkan satu sikap tidak amanah dan jujur oleh pihak KWSP.

4. KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun dan akan dimasukkan ke dalam akaun anda setiap tahun. Dan disini saya ingin bertanya pada pihak berkuasa, tahukah pihak tuan/puan bahawasanya dividen yang ditetapkan itu adalah RIBA di dalam Islam? Dan kita adalah diwajibkan untuk memiliki akaun KWSP, seperti kita diwajibkan mengamalkan sistem syaitan ini, RIBA.

Al-Qur’an menjelaskan tentang riba, pada surat Al-baqarah:275; 

الَّذِينَ يَأْكُلوُنَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَآءَهُ مَوْعِظَةُُ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَى فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Orang-orang yang mengambil riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata, sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti dari mengambil riba, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya terserah kepada Allah. Orang yang kembali mengambil riba, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah:275)

5. Saya memohon agar pihak berkuasa membuat rombakan dan menyusun kembali sistem KWSP dengan caruman yang dimasukan ke dalam KWSP itu didalam bentuk EMAS YANG NYATA dan bukannya MATAWANG RINGGIT. Sehingga kini, kebanyakkan dari masyarakat Malaysia sudah tahu dimana nilai matawang kita susut setiap hari demi hari. Manakala nilai emas adalah hampir sama nilainya dari beratus ribu tahun lampau sehingga sekarang. Disebabkan nilai matawang kita semakin jatuh, harga emas kelihatan menaik dengan mendadak. 

6. Wang fiat yang kita gunakan sekarang adalah wang yang dicetak mengikut peraturan atau undang-undang sesebuah kerajaan bukan berlandaskan simpanan emas lagi. Wang fiat tercipta selepas pembatalan Piawaian Emas pada 1970-an. Sebelum 1970-an, wang kita berlandaskan berat tetap emas. 


Selepas pembatalan Piawaian Emas pada tahun 1970-an. Harga emas menjadi semakin mahal disebabkan nilai matawang kita semakin jatuh hari demi hari disebabkan sistem Wang Fiat ini. Wang Fiat ini hari demi hari dicetak dengan banyaknya diseluruh dunia. Semakin banyak Wang Fiat di dalam dunia, semakin jatuh nilainya. Semakin jatuh nilai Wang Fiat, semakin tinggi harga emas dunia. Ini akan berterusan sehingga Wang Fiat sudah tiada nilainya lagi.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar(emas) dan dirham(perak) (untuk digunakan)”

7. Wang Fiat ini lah yang menyebabkan terwujudnya 'Inflasi'. Inflasi merupakan satu peningkatan harga barangan dan perkhidmatan di dalam sesebuah ekonomi pada tempoh masa tertentu. Kita menampakkan harga barangan semakin mahal hari demi hari, sebenarnya bukan harga barangan yang menjadi mahal, tetapi sebaliknya nilai Wang Fiat kita semakin jatuh hari demi hari. 

8. Sehubungan dengan itu, mengapa kita menyimpan Wang Fiat di dalam KWSP sedangkan kita tahu bahawa nilai Wang Fiat itu semakin jatuh dengan teruk. Kita tidak tahu 10-30 tahun akan datang berapakah nilai Wang Fiat kita di dalam KWSP kita. Kalau lah sekalipun nilai Wang Fiat di dalam KWSP kita menjadi RM500,000 semasa kita berumur 50 tahun. Tetapi kita tidak tahu nilai matawang kita pada tahun tersebut.   Kemungkinan besar menjadi seperi negara jiran kita, Indonesia. Apa yang mereka boleh beli dengan 500,000 Rupiah mereka? Sama-sama fikirkan. 

Justeru itu, saya menyeru rakyat Malaysia yang dicintai agar kita cuba meyakinkan kerajaan tercinta kita agar menukarkan sistem KWSP dari menggunakan Wang Fiat kepada Emas yang sebenar. Kerana wang sebenar adalah emas, seperti yang digunakan oleh junjungan kita Rasulullah SAW. Saya sebagai rakyat Malaysia yang perihatin menunggu dengan redha maklum balas dari pihak tuan/puan. 

Berkhidmat untuk masyarakat Malaysia yang tercinta,

Carl Samsudin. 

Wednesday, April 18, 2012

Bersih 3.0 - Islam Diri dan Islam Negara

Info daripada rakan dari Wake Up Project.

Assalamualaikum
Khas untuk Diriku, Keluargaku dan Sahabat-Sahabatku.

BERSIH 3.0 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri; 

1. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? 
2. Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara?
3. Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama?
4. Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus?
5. Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan;

1. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja?
2. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'?
3. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran?
4. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claim' untuk out station?
5. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi?

"Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat"

"Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim."

"Pemimpin itu asalnya adalah seorang RAKYAT. Zalimnya seorang PEMIMPIN disebabkan zalimnya seorang RAKYAT, begitu juga sebaliknya."

Mari kita renungkan, setakat  mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus?
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam?
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna?
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan?
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab?
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama?
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga?
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam?

"Tanya diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai ISLAM dalam negara?"

p/s: Ingat. Allah SWT memerhatikan kita disini.


Thursday, April 5, 2012

Aku, Emas dan Ekonomi

Assalamualaikum. 

Sekarang aku selalu dihujani pertanyaan;

"eh why ah kau tak habis-habis pasal gold"
"eh why ah kau ni macam belagak baik je now, bukan dulu setaraf iblis ke?"
"eh why ah kau dah lain now?"
"eh why ah kau kerja bank sekarang, baik kau takpayah belajar kimia dulu"
"eh why ah? eh why ah?"

Sekarang aku nak reply pertanyaan-pertanyaan orang satu demi satu dengan se'cool' and setenang boleh macam gamba dekat atas ni. Ecehwahh. Lama tak post gamba sendiri. Sampai pembaca blog ini lupa macamana rupa penulis blog ini. *padahal header blog gabak besar mukew kitew*. hewhewhew.

Ok. Antara sebab-sebabnya;

1. Dulu aku belajar dekat UTM Skudai dalam jurusan Sains Kimia. Tapi bila aku cakap aku budak kimia orang ingat aku budak Chemical Engineering. Owh no! Kami budak Sains tak berapa suka dengan engineer-engineering ni. Sebab depa selalu underestimate us. *walhal tak layak nak apply engineering, sebab masa Matrik Melaka banyak sangat main*. Aku belajar dalam bidang ini nak masuk 4 tahun ++ jugak lah. Degree dengan Master *tak berapa nak siap* T___T. Bila aku belajar kimia, aku pasti agak mahir dengan elements dalam jadual berkala kimia tu. Aku rasa semua tahu apa itu jadual berkala kimia tu kan? Dalam jadual berkala kimia tu lah terdapatnya Aurum, which is Gold dalam bahasa pasarnya.

2.  Tengah-tengah aku belajar dekat UTM tu, aku dapat offer kerja dekat Chemical Company area Nilai. So dengan hati yang dup dap dup dap sebab diorang offer aku duit yang agak lumayan. Lantas aku tinggalkan UTM then aku join Chemical Company ni. Nak dekat setahun lebih jugak lah aku kerja dekat company ni. Aku handle dengan bahan-bahan kimia dan pekerja-pekerja Bangladesh. Tengah-tengah aku bekerja, Belle Yahya *pandai-pandai lah korang teka siapa dia* cakap dekat aku yang dia nak buat simpanan dalam ASB (Amanah Saham National Berhad). Aku rasa macam tak sedap hati je. Then start dari itu lah aku mencari kebenaran tentang ekonomi dunia ini. Aku guna internet, buku-buku, jumpa orang, tanya orang, bukak forum, tengok youtube, kenal Mike Maloney, kenal Ron Paul, kenal Robert Kiyosaki, kenal Sheikh Imran Hossein. Terdetik di hati aku. Apa yang aku tahu ini, aku berniat untuk berkongsi dengan keluargaku dan sahabat-sahabatku.

3. 

Syabas Fatin Liyana Asri !

Assalamualaikum.

Lama dah aku tak tulis blog sempoi-sempoi dan bodo-bodo. Hewhewhew. So pagi-pagi tadi aku sampai office aku, then ternampak lah paper Utusan Malaysia. Pam pam poww! Muka macam aku kenal je, baru je 'bbmed' dengan perempuan dalam muka depan Utusan Malaysia tu malam semalamnya. Lahhh. Si Fatin Liyana ke. Lantas aku capai phone aku, snap je gamba then terus send ke bbm si Fatin Liyana. Terus aku capai paper tu and baca. Tak sempat nak ke toilet make-up make-up dulu. Gigih punya pasaii. 

Ini gambar dari web Utusan. Kalau nak baca pi cari cepat akhbar Utusan yang betol-betol hari ini punya. Kalau ada lagi lah. Besar muka si Fatin Liyana dalam tu. 

Then masa baca aku teringat macam nak post je pasal Fatin Liyana ni dekat blog aku yang lama dah tak cerita benda-benda sempoi ni. So sekarang aku dah depan PC. Tangan tengah keletak keletuk menaip keyboard aku ni. Ok nak start dari mana yek? Erm....

Ok, 1st aku kenal Fatin Liyana ni dah nak dekat 2 tahun lebih jugak lah. Tau pon masa aku tengah gigih bermain kamera, then ada seorang kawan aku suggest 'Carl, why not you try shoot Fatin Liyana', then me reply 'Who is Fatin Liyana'. 'Alllaaaaa blogger yang hebat tu and cantik tu'. 'Huh? Hanis Zalikha ke? Dia je yang cantik and hebat, sorry lah i tak kenal Fatin Liyana'. Then my friend tu passkan i link blog honeykoyuki.blogspot.com . Peliknya nama blog dia ni. Cuba bukak sekali. Then OoooOooOoooo. Boleh la nak try shoot dia. Then dengan lantas ke facebook Fatin Liyana inbox dia. Tapi aku dah lupa aku inbox apa. But then Fatin setuju nak ditembak bila balik Malaysia. Masa tu dia dekat Bandung.

So akhir tahun lepas. Aku persiapkan senjata aku. Mel Romeo sama sibok nak ikut aku pon follow aku menembak si Fatin Liyana ni dekat Soghomban, Nismilan. Ini lah hasil-hasil buruan bagi yang siapa belum pernah tengok. Hewhewhew *banyak pulak gambar*












Eceh! Ada gambar aku yang jadi header blog dia now kan? HAHA. Then aku ada jugak lepak and jumpa Fatin Liyana ni sekali lagi bila Dato Siti Nurhaliza nak launching dia punya album matsaleh tu. Aku pon terpaksa lah amik si Fatin ni dekat HUKM sebab dia nak sangat pergi. Ikutkan je lah hati dia. Kang merajuk pulak, biaselah perempuan ni jiwa sensetif sikit. *tipu*. 

Cik Epal, Anas Easkey, Fatin Liyana, Me and Fatin Suhana

Me and peminat. kah kah kah.

So lepas tu susah dah nak jumpa si Fatin Liyana ni. Dia sibuk sangat dengan belajar dia tu. Tapi sibuk-sibuk dia kalau bbm mesti cerita merapu-merapu sampai merepek-merepek. Thats why lah sometime aku pelik why orang cakap dia ni sombong. Maybe sebab dia jarang pergi event-event yang ramai orang kot. Maybe dia jarang ada kalau bloggers buat gathering. Tapi aku suka dia jadi macam tu. Sebab dia akan jadi 'makhluk rare'. Orang susah nak jumpa. Aku selalu jugak berpesan dekat si Fatin ni jaga diri and nama elok-elok. Dia kan dah makin popular and makin orang kenal. Apapa gossip pon akan didatangi. Malahan fitnah pon boleh. So jaga lah diri leklok Fatin Liyana atau lebih mesra di panggil Fel. Ehh. Tu je lah aku nak tulis. Malas dah nak taip panjang-panjang. Nanti lah sambung lagi. Tengah menulis ni azan berkumandang dah. Tak berapa manis lah kan. Ok till then! Choowwww! HIDUP PATIN! 

Korang rasa aku idol sangat ke Fatin Liyana ni? Owh nooo. Ini idol dunia blogging aku!

Kah kah kah !!!

p/s: Tengok gambar-gambar macam nak beli kamera baru lah. Aisemennn. Dugaan.



The Old Entry

Related Posts with Thumbnails