Thursday, May 31, 2012

Selamatkan Umat Islamku di Syria

Assalamualaikum.


Sedikit sedutan dan berita di Syria. Sangat jarang kita dengar perkara yang sebenarnya berlaku di sana sekarang. Semoga rakyat Syria yang berjuang syahid di jalan Allah.



Syria

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Basyar Al-Assad


Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).


Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah. Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6% darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.


BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama. Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu. Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar‚Äôaa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.


PUNCA KEBANGKITAN


Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.


BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH


1. Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2. 39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3. Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4. 9000 tahanan ditahan.

5. 413 orang telah syahid di dalam penjara.

6. Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7. Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8. Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9. Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10. Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel.





#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI.


FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA


Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut, "Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.


PERKARA TERBARU.


1. Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.


2. Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iran tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iran kerana Iran merupakan negara Syiah.


3. Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHIDA.


4. 95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.


5. 19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.


KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?


1. Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA.

2. Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3. Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4. Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5. Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.


PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA


-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.




Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI,
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim"




Monday, May 21, 2012

Fadhilat Bulan Rejab #ProjectRejab

Assalamualaikum

Khas untuk Diriku, Keluargaku dan Sahabatku.


Hari Selasa, 22/5/2012 bermula 1 Rejab, jadi malam ini adalah malam 1 Rejab 1433 Hijrah. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun dimana Allah SWT bukakan pintu langit dan salah satunya adalah malam 1 Rejab.

Jadi malam ini perbanyakkanlah doa moga mudah-mudahan Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita, memakbulkan doa-doa kita pada malam 1 Rejab. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT dan yang paling bagus sekali Istighfar adalah "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.


Sabda Rasulullah SAW - "Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah SWT akan muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat"



1. Kemuliaan bulan Rejab dengan adanya malam ISRAK MIKRAJ, Syaaban dengan malam NISFU SYAABAN dan Ramadan dengan LAILATUL QADAR. 

2.Malam awal bulan Rejab adalah mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi) 

3. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. 

4. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

5. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

6. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka. 

7. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka. 

8. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga. 

9. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

10. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. 

11. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

12. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim AS dan Nabi Adam AS

13.Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. 

14. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam. 

15. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. 

16. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. 

17. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah 1000 Dinar (4.25 kg emas), dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

18. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

19. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. 

20. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

21. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

22. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: 'Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

23. Puasa pada 27 Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

24. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

25. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3,000 tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar 
nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

MASYAALLAH, BESARNYA GANJARAN BULAN REJAB

Sunday, May 13, 2012

Harga Barang Semakin Murah. KENYATAAN!

Assalamualaikum



 Hampir 90% masyarakat di dunia menyangka harga barang dan servis semakin mahal dari semasa ke semasa. Kerana mereka tidak mengerti apakah ‘MONEY’ yang sebenar. Sebenarnya harga barang dan servis adalah semakin MURAH hari demi hari! Ini suatu kenyataan yang benar. Dari tamadun Yunani, Rom dan sehinggalah zaman Rasulullah SAW, mereka menggunakan emas sebagai ‘MONEY’. Jika kita mengukur harga sesuatu barang berdasarkan emas dan bukanya ‘paper money’, kita PASTI akan mendapati harga barang dan servis semakin murah hari demi hari. 

 Sebagai contoh, pada tahun 2000, dengan 1 gram emas kita boleh membeli sebanyak 150 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = rm30, dan rm1 = 5 biji kuih). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 gram emas kita boleh membeli sebanyak 360 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = rm180, dan rm1 = 2 biji kuih). Maka, untuk 1 biji kuih tahun 2000 memerlukan sebanyak 0.006 gram emas, tetapi 1 biji kuih tahun 2012 hanya memerlukan sebanyak 0.002 gram emas sahaja! 

 Pada tahun 2000, dengan 1 kilogram emas kita boleh membeli sebuah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = rm30,000 dan ~rm30,000 = 1 kereta standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 kilogram emas kita boleh membeli sebanyak 3 buah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = rm180,000 dan ~rm60,000 = 1 kereta standard). Maka, untuk sebuah kereta standard tahun 2000 memerlukan 1 kilogram emas, tetapi sebuah kereta standard tahun 2012 hanya memerlukan sebanyak 330 grams emas sahaja!

INVEST.SAVE.OWN.GOLD

Wednesday, May 9, 2012

Konspirasi Perhimpunan BERSIH 3.0


Assalamualaikum
Khas untuk diriku, keluargaku, sahabatku dan muslim Malaysia

Aku mulakan dengan realiti politik di negara tercinta kita, Malaysia. Kebanyakan dari kita sudah maklum bahawa pemerintahan kita mengamalkan sistem DEMOKRASI. Demokrasi secara mudah ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Demokrasi menghendaki pemilihan oleh orang ramai, maka muncullah parti-parti politik. Di dalam  sistem demokrasi, siapa meraih undi yang paling banyak maka dialah juara. Maka untuk  ini, muncullah hukum Machiavelli -"MATLAMAT MENGHALALKAN CARA". Penganut-penganut sistem demokrasi di'halal'kan menggunakan apa jua cara sekalipun untuk mencapai undi paling maksimum agar begelar juara.

Niccolò Machiavelli - Matlamat meghalalkan cara

Anda dibenarkan memaki-hamun, menjatuhkan maruah lawan, mengeluarkan video-video lucah atau melompat parti. Anda juga boleh merasuah pengundi, menabur janji palsu atau menipu undi pos. Anda juga dibenarkan mencetak beribu-ribu kad pengenalan palsu, memberi kerakyatan kepada warga asing atau membenarkan pengundi mengundi dua kali atau berkali-kali. Anda juga boleh merasuah suruhanjaya pilihanraya atau sekatan media. Terlalu banyak cara sebenarnya untuk anda boleh lakukan untuk meraih undi. Sebab peraturan terpenting demokrasi ialah UNDI. UNDI ialah Tuhan demokrasi. Dalam sistem demokrasi, dari 9 orang bodoh dan seorang yang bijak, sistem akan mengangkat salah seorang dari orang-orang bodoh itu menjadi ketua. Orang yang bijak itu hanya memiliki kebarangkalian 0.00000009% untuk menang. Maksudnya orang bijak itu mustahil untuk menang sehinggalah kesemua orang-orang bodoh tadi mati.

Jangan biarkan Tanah Melayu ini menjadi seperti Tanah Arab

Dalam sistem pemerintahan Islam, kita mempunyai satu majlis pemilihan yang dinamakan Syura. Syura ini terdiri dari kalangan bijak pandai, alim ulama, dan mereka adalah golongan yang yang terpilih hasil sokongan orang ramai. Syura bukanlah kerajaan, tetapi mereka bertanggungjawab untuk memilih kerajaan. Jadi kebarangkalian untuk mendapat kerajaan yang bodoh amat tipis. Orang bijak yang memilih kerajaan, bukan majoriti. Ini adalah sistem Islam, sistem yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ketika nabi wafat, para sahabat nabi yang terpilih berbincang untuk memilih pengganti nabi bagi memikul tanggungjawab memimpin umat Islam. Para sahabat tidak pernah mengadakan pilihanraya dan mereka juga tidak pernah menubuhkan parti. Mereka tidak terjerit-jerit di jalanan. Mereka tidak hantar memorandum kepada raja Mekah. Mereka hanya berdoa kepada Allah SWT. Mereka bermesyuarat dan melaksanakan solat istikharah. Bukan buang masa macam orang bodoh, terpekik terlolong di jalanan.


Dalam situasi di negara kita, kita maklum bahawa sistem politik yang diamalkan ialah demokrasi BUKAN SISTEM ISLAM. Ini hasil penjajahan pemikaran orientalis di seluruh dunia. Namun Islam telah mengajarkan bagaimana untuk menguruskan pemerintahan. Bagaimana untuk mentadbir sebuah negara. Bila orang hendak berkahwin, mereka mahukan syariat. Bila mahu berurusan dalam jual beli atau kewangan, mereka mahukan syariat. Namun apabila mahu mentadbir negara, mereka buang syariat jauh-jauh. Adakah hukum Al-Quran boleh diambil dan dibuang sesuka hati? Di dunia, anda boleh terlepas bebas, namun di akhirat anda tidak boleh lari. Cukuplah dengan kenyataan bahawa anda dan saya akan mati suatu hari nanti. Adakah saya dan anda boleh lari dari kematian? Bekas-bekas ketua negara akan dipanggil pulang oleh Ilahi dan mereka akan ditanya, mengapa tidak jalankan hukum-Nya ketika memegang kuasa nombor satu di Malaysia? Mereka pasti ditanya sebab hukum-Nya tertulis jelas dalam AlQuran.

Adalah Allah SWT menurunkan hukum Hudud hanya untuk dipermainkan? Adakah hukum Hudud boleh dijual dengan harga 'Negara Kebajikan'? Apa itu 'Negara Kebajikan'? Mengapa begitu bodoh sekali sehingga menggadaikan hukum-Nya di telapak kaki musuh-musuh Islam? Ingat, jika anda berusaha sepanjang hidup anda untuk menegakkan hukum-Nya namun masih tidak berjaya, anda memiliki alasan di hadapan Allah di akhirat nanti. Namun apabila anda buang hukum-Nya dan menggantikan dengan 'Negara Kebajikan' atau seangkatan dengannya, apakah lagi alasan anda di hadapan Allah?

Kita ada parti UMNO, PAS dan PKR yang dipimpin oleh Melayu Islam. Kita ada DAP sebagai paksi politik yang dipimpin oleh orang kafir yang bahaya. Dan selebihnya ialah NGO. Dalam sesetengah keadaan,
NGO ini adalah sebenarnya parti dalam parti. Mereka mampu mencatur politik sesebuah parti. Dalam isu terkini, seperti isu Bersih 3.0, kita sebagai orang Islam harus berfikir matang dan waras. Pertamanya, siasat latarbelakang SIAPA YANG MENGGERAKKAN IA. Siapa penganjurnya, siapa pendukungnya? Kaji dahulu dan tanya diri adakah aku perlu menyokongnya?

Perlukah menyokongnya?

Siapakah dia?

Orang Melayu yang beragama Islam kena bijak, kerana mereka adalah target yang akan dimangsai cukup-cukup dalam Bersih 3.0. PAS telah berjanji akan menggerakkan kira-kira 300,000 orang untuk menyertai perhimpunan itu. Siapa mereka? Orang Melayu-Islam. Adakah ada janji DAP atau Hindraf untuk menggerakkan dengan jumlah yang sama untuk Bersih 3.0? TIDAK! Tidak ada janji seperti itu. Maka yang akan terpekik terlolong adalah Melayu-Islam. Yang buat kerja adalah Melayu Islam. Yang memerhati adalah musuh-musuh Melayu-Islam. Yang buang masa di tengah panas adalah Melayu-Islam, yang tolong tengok adalah  musuh-musuh Melayu-Islam. Kemudian kita tengok di manakan mereka akan BERKUMPUL.

SOGO, Kuala Lumpur

Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur

Mereka berkumpul di SOGO, Masjid Kampung Baru dan sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sahabat-sahabatku, ini tempat 'lepak' orang Melayu. Mengapa mahu berkumpul di masjid, tidak di gereja atau tokong? Penganjurnya ialah non-muslim yang memusuhi Islam. Mengapa gunakan masjid?

INI ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.

Mengapa berkumpul di SOGO, bukan di Low Yatt atau Bukit Bintang?

ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.

Bersih 3.0 didokong oleh orang kafir yang memusuhi kamu orang Melayu dan agama Islam. Hamba rakyatnya ialah ahli-ahli PAS dan orang-orang Melayu PKR. Untuk tidak nampak dipergunakan, beberapa orang Cina dan India (non-muslim) akan turun untuk beri semangat kepada Melayu-Melayu bodoh ini untuk terpekik terlolong di jalanraya.  Majoriti akan mengambil sikap tunggu dan lihat. Provokasi dijalankan, hasilnya Pemuda UMNO dan Perkasa bangkit untuk menentang. Namun pendekatan Perkasa bodoh dan tidak matang. Mereka mengambil pendekatan kasar dan tidak berhikmah. Mereka menjadi rasis secara tidak bijak dan terang-terangan. Hasilnya ia tidak disenangi oleh Pemuda UMNO. Mereka berselisih pendapat. Ketika Pemuda UMNO dan Perkasa bercakaran, musuh-musuh Melayu dan Islam terus menjalankan provokasi dan propaganda. Silap haribulan, yang bertempur di jalanan nanti adalah Melayu PAS dan PKR,Melayu UMNO dan Melayu Perkasa. Non-Muslim akan bertepuk tangan dan menonton hiburan percuma ini sambil bergelak ketawa di hadapan tv.

Pas menjadi bingung hanya kerana dibuai mimpi demokrasi. Pas telah menjadi hamba demokrasi dan terpaksa mengikut tarian demokrasi. Pas mencapai satu tahap di mana matlamat perjuangannya ialah MENJATUHKAN UMNO. Tidak kira walaupun matlamat menegakkan Negara Islam dibuang jauh-jauh dengan menggantikannya dengan konsep Negara Kebajikan. Rasulullah s.a.w tidak pula menjalankan Negara Kebajikan untuk mengambil hati Yahudi Bani Quraizah,Qainuqa atau Majusi dan Nasrani di kota Madinah. Mengapa untuk mengambil hati DAP dan sekularis PKR, maka hukum Allah boleh diketepikan?


Saya berpesan kepada saudara-saudara saya supaya fikirkan tentang ini. Kali ini kita buat seperti kaum Cina buat setiap kali ada isu, iaitu TUNGGU DAN  LIHAT. Jangan turun ke perhimpunan. Biar Ambiga dan kuncu-kuncunya terpekik terlolong dalam panas. Ingat, biar mereka yang buat kerja, bukan kita. Kita terlalu mulia untuk terpekik terlolong macam anjing di jalanan. Jangan biarkan Ambiga selesa di pejabat memantau kita yang terpekik terlolong, paksa dia turun dan paksa dia terpekik terlolong. Kita diam dan saksikan sahaja dia menjerit.

Ahli PAS, buat macam ini. Tolong. Anda kena bijak. Ini bukan pasal UMNO yang anda benci sampai ke mati, INI DEMI ISLAM YANG TERCINTA. Kita kena membezakan perjuangan menentang UMNO dengan perjuangan menentang musuh-musuh Islam. UMNO adalah saudara kita yang diberi dadah oleh musuh Islam. Kita kasi cantas dahulu musuh Islam. Kemudian kita rawat UMNO, ajak mereka ke masjid, solat berjemaah. Beritahu mereka kebesaran Allah SWT. Beritahu mereka keindahan Islam. Hikmah melaksanakan perintah Allah.


Cintakan Allah, cintakan Nabi. Ingat, caranya mesti tepat dan betul. 
Perjuangan bersama 'panji-panji hitam dari timur' - Dinar Emas

Malaysia dan Amerika

Assalamualaikum

"Saya just nak bercakap dan minta kamu berfikir. Before United States presidential election 2008, George W. Bush membuat hampir serupa dengan apa yang kerajaan kita buat sekarang; naikkan gaji sektor awam, memberi bantuan kewangan yang sangat besar kepada golongan-golongan tertentu and etc. After Barrack Obama mengambil alih pimpinan, Obama terpaksa menanggung hutang United States sebanyak $15 trillion. Maka dia terpaksa mengenakan cukai yang tinggi kepada rakyatnya untuk menanggung hutang yang ditinggalkan oleh G.W.Bush. Kadar mengganggur di US semakin meningkat dengan drastiknya. Sekarang rakyat Malaysia boleh berfikir? Cuba baca dan kaji kerana mereka yang tidak belajar dari sejarah, pasti akan mengulanginya semula." - Carl.S, 2012.





p/s: Pernah terfikir kenapa negara Greece dalam sekelip mata boleh hilang ekonominya? Pernah mengkaji hyperinflation di Zimbabwe? Sedarlah wahai anak Malaysiaku.

Thursday, May 3, 2012

Belle Yahya and ThruAndThru Photography


Assalamualaikum.

Last week aku and Belle Yahya ke Johor Bahru. Jumpa team photographer dari ThruAndThru Photography. Most of them memang kawan lama aku dengan Belle lah, so senang nak deal and aku pon sangat kenal diorang ni macamana. Because last two weeks dah plan awal-awal dah nak shoot Belle dengan baju pengantin dari Izan Yacob Bridal House. So these are some of the masterpieces menakjubkan diorang lah. Enjoy ok!





Baju pengantin dari: Izan Yacob Bridal House
Photographer: ThruAndThru Photography (+0177155550 - Hassan)

Tuesday, May 1, 2012

Satu Pengajaran Dari Republik Weimar, Jerman


Republik Weimar adalah nama yang diberikan oleh ahli sejarah ke atas republik persekutuan dan wakil demokrasi berparlimen yang ditubuhkan pada tahun 1919 di Jerman untuk menggantikan bentuk kerajaan imperialis. Ia dinamakan selepas Weimar, bandar di mana perhimpunan perlembagaan berlaku. Nama rasminya adalah Realm Jerman (Deutsches Reich), yang sering disalahterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Empayar Jerman. 

Pada awal Perang Dunia Pertama, Jerman menghentikan piawaian emas (gold standard) dan melarang rakyat untuk membuat penebusan matawang (Mark) kepada emas dan perak. Seperti semua peperangan, Perang Dunia Pertama merupakan peperangan oleh mesin pencetak matawang. Jumlah bilangan Mark di dalam edaran di Jerman adalah empat kali ganda semasa perang berbanding sebelumnya. Walaubagaimanapun, harga barang-barangan dan servis tidak melambung tinggi dan dipengaruhi dengan inflasi bekalan matawang. Oleh itu, kesan inflasi ini tidak dirasai. 

50 Juta Mark dari Republik Weimar, Jerman

Satu-satunya sebab bagi fenomena aneh ini berlaku ialah kerana pada zaman yang ketidaktentuan, orang ramai cenderung untuk menyelamatkan setiap sen yang mereka ada. Mereka tidak membelanjakanya, malah mengumpul dan menyimpanya sahaja. Perang Dunia Pertama adalah suatu peringkat masa yang tidak menentu. Walaupun kerajaan Jerman telah mencetak bertan-tan matawang Mark, tetapi tiada siapa pun telah membelanjakannya lagi. Tetapi menjelang akhir Perang Dunia Pertama, orang ramai membelanjakan matawang mereka dan dengan sekelip mata sahaja harga barangan menjadi mahal disebabkan kesan inflasi yang melampau. 

Sebelum berakhirnya Perang Dunia Pertama, kadar pertukaran antara emas dan matawang (Mark) adalah kurang daripada 100 Marks untuk setiap auns emas. Tetapi menjelang tahun 1920, pertukaran antara emas dan matawang (Mark) adalah diantara 1,000 dan 2,000 Marks per auns. Harga barangan runcit juga melambung naik sebanyak 10 hingga 20 kali ganda. Bagi mereka yang mempunyai simpanan matawang (Mark) semasa Perang Dunia Pertama, mereka menjadi sangat bingung apabila mendapati kuasa beli matawang mereka jatuh sebanyal 90% berbanding dua tahun sebelum itu. 

Selepas itu, inflasi mula menjadi perlahan, dan masa depan  Republik Weimar sudah semakin kelihatan cerah. Ekonomi telah kembali pulih. Perniagaan dan pengeluaran perindustrian semakin meningkat. Tetapi, masa untuk membayar pampasan Perang Dunia Pertama sudah tiba. Kerajaan terpaksa membayar pampasan tersebut dengan meneruskan pencetakan matawang (Mark) mereka. Dengan sekelip mata, pada musim panas 1921 harga mula meningkat kembali dan pada bulan Julai 1992 harga telah melambung kembali sebanyak 700%!

Ini merupakan suatu titik kesedaran kepada orang ramai. Dan apa yang tercetus sebelum itu telah mengubah kepercayaan mereka terhadap sistem ekonomi di Republik Weimar. Setelah mereka menyaksikan kuasa beli matawang mereka yang menjunam jatuh sebanyak 90% pada tahun 1919, mereka kini sedar apa yang mereka harus lakukan. Mereka menjadi semakin bijak, kerana mereka sudah terkena sebelum ini. 

Secara tiba-tiba, seluruh masyarakat di Republik Weimar telah berubah persepsi terhadap matawang mereka. Mereka tahu jika mereka menyimpan dan memiliki matawang untuk tempoh masa tertentu, mereka akan mendapati diri mereka dibakar hidup-hidup. Kejatuhan nilai matawang menyebabkan kenaikan harga barang-barangan serta menghapuskan kuasa beli mereka. Secara serentak, masyarakat di Republik Weimar mula menghabiskan matawang mereka dengan seberapa segera yang boleh kerana tiada siapa mahu dibakar hidup-hidup dengan menyimpan matawang yang semakin jatuh nilainya itu.

Selepas perang tamat, Jerman telah membuat bayaran pampasan yang pertama kepada Perancis dengan kebanyakannya menggunakan emas dan bakinya dengan menggunakan besi, arang batu, kayu, dan bahan-bahan lain. Tetapi Jerman tidak mempunyai sumber lagi untuk membuat pembayaran yang kedua. Perancis menyangka Jerman cuba mencari jalan keluar untuk tidak membayar. Jadi, pada bulan Januari tahun 1923, Perancis dan Belgium menyerang dan menakluk Ruhr (kawasan perindustrian Jerman). Tentera-tentera Perancis dan Belgium menyerang dengan mengambil alih kilang-kilang besi dan keluli, lombong arang batu dan landasan keretapi.

Sebagai reaksi tindak balas Jerman terhadap Perancis dan Belgium, mereka membayar kesemua pekerja kilang-kilang yang dianggarkan lebih dari 2 juta pekerja. Pekerja-pekerja ini dibayar untuk tidak bekerja lagi. 

Sementara itu, kerajaan Republik Weimar telah membuatkan mesin pencetak matawang mereka menjadi semakin laju proses pencetakkanya. Menurut muka depan New York Times, 9 Februari 1923, Republik Weimar  mempunyai 33 kilang percetakan yang telah mencetak 46 billion Marks setiap hari! Pada bulan November 1923, mesin-mesin pencetak ini telah meningkatkan pencetakan matawang Mark sebanyak 500 quadrillion (500,000,000,000,000,000) sehari!

Keyakinan orang ramai terhadap ekonomi Republik Weimar telah jatuh dengan teruk sekali. Kerajaan telah terperangkap dengan keadaan ekonomi yang menjunam ini. Tidak kira berapa banyak matawang Mark telah dicetak, nilai matawang tersebut jatuh dengan lebih cepat berbanding matawang baru yang masuk ke dalam peredaran. Jadi kerajaan tidak mempunyai pilihan lain lagi, hanya terpaksa dengan terus mencetak lebih dan lebih dan lebih lagi.

Pada lewat Oktober dan awal November 1923, sistem kewangan Jerman menjadi semakin parah. Sepasang kasut yang berharga 12 Mark sebelum perang telah berharga 30 trillion Mark. Sebuku roti dari 0.5 Mark kepada 200 billion Mark. Sebiji telur dari 0.08 Mark kepada 80 billion Mark. Pasaran saham Jerman melambung daripada 88 mata pada akhir perang kepada 268,900,000,00 mata, tetapi nilai pembelian telah jatuh lebih daripada 97%!

Hanya emas dan perak tidak terjejas dengan inflasi. Harga emas telah melambung dari 100 Mark kepada 87, 000,000,000,000 (87 trillion) Mark setiap auns (31.1 gram), peningkatan sebanyak 87 trilion %. Kuasa membeli emas dan perak telah meningkat secara eksponen. 

Apabila hiperinflasi di Jerman berakhir pada 15 November 1923, bekalan matawang telah berkembang daripada 29.2 bilion Marks pada awal 1919, kepada 497,000,000,000,000,000,000 (497 quintillion) Mark. Peningkatan bekalan matawang lebih daripada 17 bilion kali. Jumlah nilai bekalan matawang telah menurun 97.7% terhadap nilai emas. 

 Harga 1 auns emas dan perak dalam di Jerman dari tahun 1914-1923

Golongan miskin sebelum krisis tetap menjadi miskin, jadi mereka tidak merasai kesan hiperinflasi ini. Golongan kaya, mendapat keuntungan dan menjadi jauh lebih kaya. Tetapi bagi golongan kelas pertengahan, merekalah yang merasai seksa hiperinflasi yang paling parah. Malah, mereka semua menjadi papa kedana. 
Tetapi, terdapat satu golongan yang licik dan bijak dengan mengambil kesempatan daripada persekitaran hiperinflasi ini. Mereka licik, cekap, bijak dan lincah. Mereka adalah golongan yang dapat menyesuaikan diri dengan dunia hiperinflasi ini. Mereka tidak kisah apa kelas mereka (kelas pertengahan atau miskin), jika mereka boleh menyesuaikan diri dengan baik, mereka boleh menjadi kaya dalam masa beberapa bulan sahaja.

Pada masa ini, keseluruhan blok-blok bandar di pusat bandar Berlin, Jerman boleh dibeli dengan hanya 25 auns emas ($500) sahaja. Golongan-golongan yang memegang kekayaan mereka dalam bentuk matawang menjadi semakin miskin kerana mereka melihat kuasa membeli mereka jatuh menjunam. Disebaliknya, golongan-golongan yang memegang kekayaan mereka dalam bentuk emas melihat peningkatan kuasa membeli mereka secara eksponen kerana mereka telah menjadi kaya secara perbandingan.

Di sini, satu pengajaran yang hebat boleh dipelajari: Semasa pergolakan kewangan, gelembung ekonomi, kejatuhan pasaran, kemurungan, atau krisis mata wang seperti ini, sebenarnya kekayaan tidak dimusnahkan. Ia hanya dipindahkan. Semasa hiperinflasi di Republik Weimar, emas dan perak telah menghancurkan matawang fiat. Oleh itu, golongan-golongan yang mempercayai dan mempunyai emas telah meraih ganjaran berlipat kali ganda.

Harga emas sekarang, familiar dengan patern graf ini? Soon.

p/s: Mereka yang tidak belajar dari sejarah, pasti akan mengulanginya semula.

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails