Saturday, June 23, 2012

Persamaan Yang MUNGKIN Tidak Disengajakan

Assalamualaikum.

Persamaan-persamaan yang MUNGKIN tidak disengajakan.

 Persamaan antara Freemasonry/Masonic logo dengan Pasaraya Alamanda di Putrajaya.

Persamaan antara 'All Seeing Eye - Illuminati' dengan bentuk Putrajaya International Conventional Centre (PICC), Putrajaya.

 Persamaan antara Obelisk di Washington DC dan Tugu Peringatan di Putrajaya.

Persamaan antara Vatican City dan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."   
- Al-A'raaf , 179 


p/s: Putrajaya merupakan pusat pemerintahan di Malaysia. Hanya persamaan sahaja. =)

Thursday, June 21, 2012

Abraham Lincoln: Freemasonry Hunter

Assalamualaikum.

Abraham Lincoln Vampire Hunter

Aku baru sahaja selesai menonton satu cerita yang digarap dari sebuah buku Seth Grahame Smith, Abraham Lincoln Vampire Hunter. Hampir 2-3 bulan jugak lah aku tunggu cerita ini keluar wayang. Sebab kalau cerita tentang sejarah yang melibatkan presiden-presiden Amerika Syarikat ini aku teramat sangatlah suka. Tapi kali ini aku nak tukarkan nama tajuk cerita ini kepada Abraham Lincoln Freemasonry Hunter, bukan lagi Vampire Hunter. Tapi kenapa 'Freemasonry'?

Cerita ini bekisar tentang presiden Amerika Syarikat yang ke-16, Abraham Lincoln menentang 'Vampire'. Abraham Lincoln ini famous kerana dia antara presiden Amerika Syarikat yang dibunuh selain J.F.Kennedy. Abraham Lincoln  dibunuh oleh John Wilkes Booth semasa dia sedang menonton 'teater' - akhir cerita ini akan dapati Abraham Lincoln dan isterinya ke teater.

Ini antara cerita yang aku betol-betol fokus menonton. Sebab aku tau mesti banyak maksud-maksud yang tersirat yang ingin disampaikan oleh oleh penulis/pengarah kepada penonton. Dan apa yang aku dapat simpulkan disini berdasarkan kajian-kajian yang aku buat selama 3-4 tahun dalam 'conspiracy theory' ini adalah;

1. Vampire yang ditonjolkan di dalam cerita ini hanya disimbolikkan sahaja. Apa yang sebenarnya, Vampire itu adalah Freemasonry - satu pertubuhan pesuruh-pesuruh Dajjal.

2. Ini dapat diperhatikan secara jelas bila banyak adegan-adegan yang menunjukkan vampire-vampire tersebut sentiasa cedera disebelah matanya. Dan hanya meninggalkan satu mata sahaja untuk melihat.

All Seeing Eye

3. Vampire selalunya terkenal dengan 'immortality'. Tidak pernah mati dan sentiasa hidup abadi. Ini yang sebenarnya berlaku pada Freemasonry. Mereka ada dari zaman dahulu sampai sekarang.

4. Ada satu part di akhir sekali, apabila Henry (Vampire) yang selalu berdamping dengan Abraham Lincoln masih hidup sampai ke zaman Barrack Obama dan menjadi rakan baik Barrak Obama. Ini menunjukkan, Freemansory di Amerika Syarikat telah lama wujud sehingga ke presidennya yang sekarang.

5. Ada satu part yang aku paling suka. Dalam cerita ini, hanya satu sahaja senjata yang boleh tewaskan vampire-vampire ini, iaitu 'silver' atau perak. Apa maksud di sebalik 'silver' ini? Cuba fikir baik-baik. Silver adalah duit atau dalam bahasa arabnya adalah 'Dirham'. Maksudnya, untuk mengalahkan Freemasonry ini, kita kena menggunakan duit Islam kita, Dinar dan Dirham baru kita dapat menumpaskan gerakan Freemasonry ini. Kerana kukuhnya satu kaum dan kerajaan adalah dengan kukuhnya ekonomi mereka. Hapuskan ekonomi mereka dahulu dengan menukarkan dengan ekonomi Islam. InsyaAllah mereka akan tumbang!

*Ok lah sampai sini sahaja lah aku nak menaip. Tengah malam sangat dah ni. Otak aku pon dah tak boleh nak fikir sangat dah ni. Korang tengok sendiri lah cerita ini, dan pandai-pandailah korang menilaikannya sendiri. Banyak maksud disebalik cerita ini. THINK!

Sunday, June 17, 2012

Debat Perdana: Najib Razak vs Anwar Ibrahim


Assalamualaikum.

Debat Perdana: Dato' Seri Najib Tun Razak vs Dato' Seri Anwar Ibrahim

Tarikh: 30 Jun 2012 (Sabtu)
Isu: Ekonomi, Kenaikan Harga Barang, Mengurangkan Beban Rakyat

Isu yang bakal dibangkitkan ini semuanya berkaitan dengan 'monetary system' - berkaitan dengan ekonomi secara keseluruhanya. Pakar-pakar ekonomi dunia dan termasuk mantan Perdana Menteri kita sendiri, Tun Dr Mahathir telah menyatakan. Hanya satu sebab utama bagi permasalahan ini iaitu, penggunaan  FIAT MONEY! Fiat money yang kita gunakan sekarang inilah yang menyebabkan berlakunya 'inflasi'. Semakin banyak inflasi, semakin tinggi harga barang dan semakin banyak beban yang ditanggung oleh rakyat. Ini semua berkait antara satu sama lain. Tapi aku tak sabar nak tengok apa yang bakal diputar-belitkan dan dikatakan oleh dua orang tokoh utama Malaysia ini. 

Politicians Don't Understand Economics

p/s: Read this article 'How I Met Tun Mahathir'

Friday, June 15, 2012

SIMPANAN EMAS MELINDUNGI MASA DEPAN KEWANGAN ANDA ( Bab 2: HARGA EMAS DUNIA DALAM DOLAR AMERIKA PER AUNS EMAS)


Graf 1.0: Harga Emas Dunia Dalam Dolar Amerika Per Auns (31.1 gram) Emas.

Jika diperhati graf harga emas dunia di atas, didapati harga emas dunia melambung sebanyak 16% setahun secara purata dari tahun 2000 sehingga tahun 2012.

Pada tahun 2012, corak naik-turun harga emas adalah amat asing sekali dibanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Tetapi corak naik-turun harga emas pada tahun 2012 ini ‘seiras’ dengan corak pada tahun 2008. Ini kerana tahun 2012 adalah tahun ‘Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat’, sepertimana dengan tahun 2008. 

Pakar-pakar sistem kewangan dunia berpendapat harga emas akan melambung tinggi selepas Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pada  November 2012. Ini disebabkan oleh ‘faktor’ yang akan diterangkan di bab-bab seterusnya.

Thursday, June 14, 2012

Isra' dan Mikraj, 27 Rejab 1433 Hijrah


Assalamualaikum.

Subhanallah.
Maha Suci Allah.
Allah yang suci dari sebarang kelemahan, kekurangan dan ketidak sempurnaan.

Kurang 3 hari lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Isra’ dan Mikraj yakni pada tanggal 27 Rejab setiap tahun dan pada tahun ini bersamaan 17 Jun 2012 (Ahad). Hari di mana perintah solat di anugerahkan kepada umat Islam. Sedarkah kita bahawa Allah menyampaikan perintah bagi ibadah lain seperti haji, zakat, puasa dan sebagainya menerusi perantaraan malaikat Jibril, namun bagi perintah solat, Allah sendiri yang menjemput Rasulullah dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj mengadap diriNya dan di anugerahkan ibadah  tersebut.



Pada zaman dulu, agak sukar manusia untuk beriman dengan peristiwa tersebut. Dengan keupayaan teknologi yang terbatas, fikiran mereka juga turut terbatas dalam mempercayai peristiwa Rasulullah bergerak dari Madinah ke Palestin dan kemudian bersolat di masjid Aqsa dan terus diterbangkan Allah melepasi langit ke tujuh,  dan dalam perjalanan melintasi langit-langit tersebut, diperlihatkan syurga dan neraka,  bertemu Allah swt dan menerima anugerah solat 5 waktu, turun semula ke langit dunia, kemudian sampai semula ke masjidil Aqsa dan kemudian pulang ke Madinah HANYA  dalam 1/3 malam ( 4 jam ) sahaja.

 Masjid Al-Aqsa, Palestin

Begitu ramai umat Islam yang murtad ketika itu kerana ujian tersebut. Ramai yang tidak percaya dan tidak kurang pula yang mendakwa Rasulullah sudah gila. Dalam kekalutan tersebut, Umar bingkas bangun dan membenarkan Rasulullah dengan katanya; JIKA LEBIH DARI ITU PUN AKU AKAN PERCAYA YA RASULULLAH.

Alhamdulillah, kini dengan teknologi yang semakin maju, kita diperlihatkan oleh Allah akan logik peristiwa tersebut.

Setiap benda yang Allah jadikan daripada sesuatu akan menjadi lebih baik atau hebat daripada bentuk asal benda tersebut. Contoh, malaikat dari cahaya maka malaikat lebih baik, hebat dan cantik dari cahaya. Manusia dari tanah maka manusia lebih baik, hebat dan cantik dari tanah. Roti dari tepung maka roti lebih baik, sedap dan bernilai dari tepung. Dan seterusnya. 

Kini tidak mustahil untuk bergerak dari Madinah ke Palestin dengan menaiki kenderaan dalam masa kurang 4 jam. Namun sedarkah kita kenderaan apa yang digunakan Rasulullah ketika itu? BURA’. Ya, sejenis makhluk dari syurga yang dibuat daripada kilat (petir). Maka jika Bura’ dari kilat maka Bura’ lebih laju dan hebat dari kilat itu sendiri. Subhanallah.

Rasulullah melepasi langit dunia? Angkasa tiada oksigen dan pancaran sinar matahari boleh membakar manusia di angkasa jika tidak memakai pakaian angkasawan. Bagaiman Rasulullah boleh hidup dalam keadaan itu? Jawapannya mudah. pernahkah anda melalukan jari anda pada api pelita atau api lilin? Jika anda menggerakan jari dengan pantas, maka jari tersebut tidak akan terbakar walaupun jari tersebut menyentuh api tadi. Maka anda juga tidak akan merasa sakit. Masih ingatkah kenderaan yang dinaiki Nabi ketika itu? Ya, kepantasan Bura’ menyebabkan Rasulullah tidak terkesan dengan kepanasan matahari dan ketiadaan oksigen di angkasa. Logik bukan?! Subhanallah.

Bagaimana pula Rasulullah dapat melihat peristiwa-peristiwa di syurga dan neraka seperti hukuman pada orang yang mendedahkan aurat, berzina, makan harta haram, keindahan taman-taman syurga dan banyak lagi dalam tempoh yang cukup pendek? Sahabatku sekalian, jika P.Ramlee dapat buat filem Hang Tuah dari dia kecil hingga remaja, kemudian menuntut di gunung Ledang kemudian menjadi laksamana Melaka kemudian membawa Tun Teja dari Pahang ke Melaka kemudian meminang Puteri Gunung Ledang kemudian membunuh Hang Jebat kemudian menghilangkan diri di Sungai Melaka yang sepatutnya perjalanan hidup Hang Tuah yang mengambil masa lebih kurang 40 tahun dijadikan filem untuk tontonan selama 1 ½ jam sahaja, masakan Allah tidak mampu mempertontonkan segala kejadian syurga dan neraka kepada Rasulullah dalam masa yang singkat?

Ingatlah, ketika perintah solat di anugerahkan kepada Rasulullah SAW, baginda sudah kehilangan semua tempat bergantung (bapa dan ibu, datuk, Abu Talib, Khadijah sudah di wafatkan oleh Allah). Apa yang ingin Allah sampaikan ialah Rasulullah sudah tiada tempat untuk bergantung, berlindung, berkasih, oleh itu terimalah anugerah SOLAT ini agar kau Ya Muhammad hanya akan bergantung pada Aku sahaja. Solatlah untuk kau memohon, merayu, berkata-kata, berkasih dengan Tuhan mu.

Sayangnya Allah pada kita, hingga Dia ingin jumpa kita 5 kali sehari sedangkan bagi umat Nabi Ibrahim, Allah hanya wajibkan solat 2 kali sahaja sehari.

Kesimpulannya,

Sayangkah kita pada Allah?
Adakah kita menghargai solat?
Fahamkah kita pada peristiwa isra’ mikraj dan hikmahnya?

Siapa kita di sisi Allah?

Wednesday, June 13, 2012

SIMPANAN EMAS MELINDUNGI MASA DEPAN KEWANGAN ANDA (BAB 1: PERBANDINGAN ANTARA NILAI MATAWANG RINGGIT DAN EMAS)



Gambarajah 1.0: Perbandingan Antara Nilai Matawang Ringgit dan Emas Pada Tahun 2000 dan 2012.

(1) - Pada tahun 2000, RM1.00 mampu membeli sebanyak 5 biji kuih. Tetapi pada tahun 2012, RM1.00 hanya mampu membeli 2 biji kuih sahaja.

(2) – Untuk membeli 2 biji kuih pada tahun 2000, hanya RM0.40 sahaja diperlukan. Tetapi untuk tahun 2012, harganya sudah menjadi RM1.00.

(3) – Maka, nilai RM1.00 pada tahun 2012 hanya bersamaan dengan RM0.40 sahaja pada tahun 2000. 

(7) - Setelah persamaan tahun 2000 dan tahun 2012 digandakan. Didapati, pada tahun 2012, nilai RM1,000,000.00 hanya bersamaan dengan RM 400,000.00 sahaja pada tahun 2000. 

(8) - Sekiranya pada tahun 2000, kita melabur sebanyak RM 400,000.00 di dalam ASB dengan dividen maximum sebanyak 9% setahun, kita akan mendapat sekitar RM1,000,000.00 pada tahun 2012. Jika berdasarkan ‘angka’ kita nampak seakan untung, tetapi jika  berdasarkan ‘nilai’, ia adalah sama sahaja (kerana nilai RM1,000,000.00 pada tahun 2012 adalah sama dengan RM400,000.00 sahaja pada tahun 2000).

(9) – Berbicara tentang pelaburan ‘Real Estate’. Sekiranya kita membeli rumah yang berharga RM400,000.00 pada tahun 2000, adakah rumah itu sudah berharga RM1,000,000.00 pada tahun 2012? Mungkin ya atau tidak. Dan kebanyakkan dari kita membeli rumah secara pinjaman dan bukannya tunai. Sekiranya membuat pinjaman RM400,000.00 untuk membeli rumah, kita sebenarnya membayar hampir RM700,000.00. Maka, untungkah pelaburan ‘Real Estate’? 

(10) – Emas selalu membuktikan kebenaran. Pada tahun 2000, 1 gram emas hanya berharga sekitar RM30.00. Tetapi pada tahun 2012, 1 gram emas sudah mencecah RM180.00. Kenaikkan sebanyak enam kali ganda. Dan sekiranya kita menggunakan RM 400,000.00 pada tahun 2000 untuk membeli emas,  harga emas tersebut sudah mencapai RM 2,500,000.00! Ini adalah satu kebenaran.



Monday, June 11, 2012

SIMPANAN EMAS MELINDUNGI MASA DEPAN KEWANGAN ANDA (PENGENALAN)



PENGENALAN

1.0 Matawang

Ramai yang beranggap matawang adalah wang. Misalnya, apabila seseorang memberikan anda duit kertas yang banyak, anda mungkin memikirkan ia sebagai wang. Sebenarnya tidak. Duit kertas hanyalah matawang semata-mata, medium pertukaran yang boleh anda gunakan untuk membeli sesuatu yang mempunyai nilai (asset). Matawang tidak menyimpan nilai. Sebaliknya, ia merupakan satu medium di mana anda boleh memindahkan nilai dari satu asset kepada satu asset yang lain.

2.0 Wang

Wang tidak seperti matawang. Kerana wang mempunyai nilai dalam dirinya sendiri. Tetapi, wang sentiasa adalah matawang, yang mana ia boleh digunakan untuk membeli barang-barang lain yang mempunyai nilai. Walaubagaimanapun, seperti yang kita baru sahaja fahami, matawang tidak sentiasa wang kerana ia tidak mempunyai nilai. Jika anda sukar untuk memahami ini, anda hanya perlu berfikir tentang duit kertas Malaysia seratus ringgit. Adakah anda berfikir ‘kertas’ itu bernilai RM100? Jawapannya, sudah tentu, ‘duit kertas’ itu hanya mewakili nilai yang disimpan di tempat lain. 

Seperti sedia maklum, Dolar Amerika tidak disokong oleh apa-apa. Hanya disokong oleh udara yang nipis sahaja. Pendek kata, kerajaan Amerika Syarikat mempunyai keupayaan untuk mencetak wang sesuka hati tanpa ada apa-apa sandaran. Anda mungkin memanggil ini sebagai ‘counterfieting’. Kerajaan pula memangil ia sebagai dasar fiskal. Ini adalah apa yang kita rujuk sebagai matawang fiat

3.0 Matawang Fiat

Fiat adalah perintah, atau lafaz yang diberikan oleh seseorang, kumpulan, atau badan berkuasa kepada pihak yang berkuasa mutlak untuk menguatkuasakan sesuatu. Matawang yang memperoleh nilainya daripada pengisytiharan fiat atau perintah yang berwibawa dari kerajaan adalah ditakrifkan sebagai matawang fiat. Semua matawang yang digunakan di seluruh dunia pada hari ini adalah matawang fiat.

4.0 Inflasi

Inflasi atau deflasi adalah mengenai perkembangan atau penguncupan bekalan semasa. Simptom inflasi atau deflasi kewangan adalah dapat diperhatikan dengan kenaikan atau kejatuhan harga. Dengan inflasi, semua benda menjadi lebih berharga kecuali matawang.

5.0 Pengembaraan Dalam Penciptaan Matawang

Penciptaan matawang fiat biasanya bermula dengan wang komoditi yang bernilai tinggi seperti emas dan perak. Secara beransur-ansur, kerajaan mempengaruhi orang ramai untuk menerima matawang fiat dengan mengeluarkan nota permintaan dalam bentuk kertas yang boleh ditebus semula dengan logam berharga. Nota permintaan (matawang) ini adalah dalam bentuk "sijil deposit," "resit," atau "cek tuntutan" di atas wang sebenar (logam beharga) yang disimpan di dalam peti besi. - (Saya dengan berani mengatakan ramai di antara kita percaya bahawa dengan cara ini kerajaan kita mengeluarkan matawang, termasuk di Amerika Syarikat bahkan di negara-negara lain di seluruh dunia termasuklah negara  kita sendiri, Malaysia.)

Apabila kerajaan telah memperkenalkan sistem matawang kertas, mereka kemudian mengembangkan bekalan matawang menerusi deficit perbelanjaan dengan mencetak lebih matawang untuk menampung perbelanjaan melalui penciptaan kredit berdasarkan pecahan rizab perbankan. Kemudian, biasanya disebabkan oleh peperangan atau darurat, orang ramai cuba untuk menebus nota permintaan mereka kepada emas dan perak. Tetapi kerajaan telah menggantung hak penebusan orang ramai kerana kerajaan sebenarnya tidak mempunyai cukup emas dan perak untuk meliputi semua matawang kertas yang telah dicetak oleh mereka, dan poof! Terhasillah matawang fiat yang kita gunakan sekarang.

Di sini helah dan rahsia kotor matawang fiat: matawang fiat adalah direka semata-mata untuk dihilangkan nilainya. Tujuan utama penciptaan matawang fiat ini adalah untuk merampas kekayaan anda dan memindahkannya kepada kerajaan. Setiap kali kerajaan mencetak wang kertas yang baru dan menghabiskanya, kerajaan mendapatkan kuasa membeli matawang tersebut. Tetapi, dari manakah datangnya kuasa membeli itu?  Ia datang secara senyap-senyap dan rahsia dicuri dari wang kertas yang anda miliki sekarang. Kerana setiap wang kertas yang baru memasuki peredaran (baru dicetak) akan merendahkan nilai semua wang kertas yang lain. Ini terjadi disebabkan semakin banyak wang kertas mengejar jumlah perkhidmatan dan barang yang sama. Ini menyebabkan harga perkhidmatan dan barang meningkat. Harga ini meningkat disebabkan nilai matawang fiat yang semakin rendah. Ini merupakan satu cukai yang tersembunyi dan berbahaya yang dikenali sebagai inflasi, merompak kekayaan anda tanpa anda sedari!

Sepanjang berabad-abad lamanya, emas dan perak bertarung dengan matawang fiat, dan akhirnya tetap emas dan perak juga yang akan menang. Emas dan perak menilai semula diri mereka secara automatik melalui sistem pasaran bebas dengan mengimbangi diri mereka menentang matawang fiat. Ini adalah satu corak yang telah berulang-ulang berlaku sejak kejatuhan hebat matawang di Athens pada tahun 407 SM. Apabila pelabur mula mengesan pertarungan ini, peluang-peluang untuk mengumpul kekayaan yang besar dalam tempoh masa yang singkat adalah sangat besar untuk mereka.

Pertarungan hebat antara matawang fiat dan emas dan perak boleh ditamatkan dengan salah-satu daripada dua cara berikut:

1. Sesuatu keputusan teknikal dibuat dimana matawang fiat disokong semula oleh emas dan perak seperti suatu ketika dahulu.

2. Menghentikan terus penggunaan matawang fiat dan menggunakan emas dan perak sebagai wang.


Tuesday, June 5, 2012

Pecah Kepala


Saya dapat jawapan dia. Anda? Jom pecah kepala!

Malaysia Tidak Merdeka

Assalamualaikum

Maaf kalau ada yang terasa. Ini aku, pendapat aku. Aku hendak pembaca aku berfikir.

 Walaupun kita diminta untuk bersyukur yang negara kita sudah 55 tahun merdeka, aman dan damai. Jauh disudut hati aku, aku tak pernah rasa negara Malaysia aku ini dah merdeka. Apa maksud merdeka yang sebenar? 'Mereka' jajah negara kita dan berambus keluar pada tahun 1957 - itu satu fakta yang kita fahami. Satu fakta yang kita pelajari dari sekolah, turun mulut ke mulut. Tapi, adakah mereka decolonized negara kita habis-habisan? Jawapanya mestilah TIDAK! Mereka telah menggali dan menanam benih-benih sistem 'mereka' di negara kita sebelum mereka berambus. Mereka tanam 'sistem kewangan berkonsepkan riba'!, mereka tanam 'sistem kerajaan berdemokrasi'!, mereka tanam 'sistem pendidikan sekular'!, mereka tanam 'sistem kehakiman civil'! dan banyak lagi sistem yang menjauhkan diri kita dari hukum-hukum dan sistem Islam. Mereka tanam di malam hari secara senyap-senyap. Habis sahaja mereka menanam benih-benih sistem mereka, mereka lari. Kita rasa mereka lari sebab hormatkan kita. Mereka tidak bodoh. Mereka hanya tersenyum riang lari dari negara kita. Tanaman mereka semakin bercambah dan bercambah hari demi hari. Kita bodoh dan lalai. Kita beramai-ramai menuai dan menikmati hasil tanaman mereka. Kita tidak sedar sebenarnya kita MASIH dijajah secara dalaman! Bangkitlah anak-anak Melayu-Islamku. Itu semua bukan sistem kita, itu sistem 'mereka'. Siapakah mereka? Merekalah ahli tentera Al-masih Dajjal. Memerhatikan kita dari jauh. Kita yang bodoh makan hasil tanaman mereka. Haruskah kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini? Kita boleh menjawab dengan lantang sekarang, tapi mungkin kita tak mampu hendak mengangkat muka untuk menjawab di hadapan ALLAH SWT nanti. Dimanakah pejuang Islamku?

Malaysiaku Masih Tidak Merdeka


Monday, June 4, 2012

Pelaburan & Simpanan Emas - Al Rajhi Bank


Pelaburan & Simpanan Emas - Al Rajhi Bank (largest Islamic Bank in the world)

Carl Samsudin is a monetary system specialist (major in gold). 
For inquiries & purchases: +60127370405

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)" - Rasulullah SAW.


The Old Entry

Related Posts with Thumbnails