Sunday, July 29, 2012

Wednesday, July 25, 2012

Indahnya Wanita - Mudah ke Syurga

Indahnya Wanita - Mudah ke Syurga

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil (kalau dia bersolat)

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susunya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11.Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

14.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah diakhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah(tetap).

P/S:
Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga.

Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka. Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab di pertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab di pertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu didalam semua arah. Dan yang tidak beriman? MasyaAllah. 



Sunday, July 22, 2012

Bella Ammara by Belle Yahya - Coming Soon!

 Bella Ammara by Belle Yahya

 "Alangkah ruginya mereka yang berpuasa tapi tidak bersolat" 

Friday, July 20, 2012

SIMPANAN EMAS MELINDUNGI MASA DEPAN KEWANGAN ANDA (PENUTUP)



Sekiranya anda mempunyai satu peti simpanan dihadapan anda yang hanya boleh dibuka untuk 10 tahun, anda rela menyimpan wang tunai di dalamnya ataupun emas di dalamnya? Saya pasti yang anda tahu dan yakin dengan jawapan anda.  

Jika kerajaan anda membelanjakan terlampau banyak wang, anda haruslah berhati-hati. Dan fikirlah dari manakah datangnya wang-wang tersebut?  

“Semakin jauh ke belakang anda melihat, semakin jauh ke hadapan anda boleh melihat” – Winston Churchill.

Abu Bakar Ibnu Abi Maryam  melaporkan, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

“Akan tiba suatu zaman, di mana tiada apa yang bernilai dan boleh  digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) untuk digunakan.”

[ Hadis  dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal ]


For inquiries & purchases:
Muhammad Khalif Samsudin
(Monetary System Specialist)
+60127370405

Wednesday, July 18, 2012

SIMPANAN EMAS MELINDUNGI MASA DEPAN KEWANGAN ANDA (BAB 7: HARGA EMAS, PERAK DAN MINYAK MENTAH DUNIA )





Emas, perak dan minyak mentah mempunyai corak naik-turun harga yang sama. Harga-harga ini melambung tinggi adalah bukan kerana pemintaan tinggi para pelabur (seperti yang dihebah-hebahkan), tapi sebaliknya adalah disebabkan inflasi dunia yang semakin parah. Semakin tinggi inflasi, semakin melambung harga emas, perak dan minyak mentah.


Tuesday, July 17, 2012

SIMPANAN EMAS MELINDUNGI MASA DEPAN KEWANGAN ANDA (BAB 6: HARGA RUMAH DI AMERIKA SYARIKAT DALAM EMAS )

Graf 5.0: Naik Turun Harga Rumah Di Amerika Syarikat Dalam Emas

Ramai diantara kita yang mudah terpengaruh dengan 'real estate investment'. Banyakkan membaca dan membuat kajian terlebih dahulu. Sekarang bukanlah masa yang paling sesuai lagi untuk 'real estate investment'. Bagi sesiapa yang masih belum membeli rumah lagi, JANGAN beli dahulu. Kerana harga rumah akan jatuh merundum dalam beberapa tahun lagi. Inilah yang dipanggil 'housing bubble'. 

Graf diatas menunjukkan harga rumah di Amerika Syarikat berdasarkan kepada emas. Malaysia dijangkakan akan menjadi seperti ini dalam masa 4-5 tahun lagi. Maka, cara terbaik untuk menjadi kaya dan mampu membeli rumah secara tunai adalah dengan menyimpan emas terlebih dahulu. Selepas 4-5 tahun, anda akan mampu membayar secara tunai untuk rumah-rumah idaman anda. Kita lihat pada contoh terdekat, jiran kita, Singapura, harga-harga rumah di negara itu semakin jatuh hari-demi hari. Kita akan mengikut jejak langkah negara jiran kita tidak lama lagi. 


Thursday, July 12, 2012

SIMPANAN EMAS MELINDUNGI MASA DEPAN KEWANGAN ANDA (BAB 5: SUNTIKAN MATAWANG OLEH BANK-BANK PUSAT UTAMA DUNIA)


Graf 4.0 : Suntikan Matawang Oleh Bank Pusat Utama Dunia (US Federal Reserve, European Central Bank, Bank of Japan dan Bank of England)

Ini merupakan satu graf tentang asas kewangan (monetary base) bagi bank-bank pusat dunia. Dapat diperhatikan dimana suntikan matawang oleh bank-bank pusat dunia ini agak memeranjatkan bermula dari tahun 2008. Bank-bank utama dunia mencetak matawang berkali-kali ganda adalah untuk ‘economic bailout’. Apabila matawang ini terlampau banyak di pasaran, matawang ini akan mengalami susut nilai dengan teruk. Dan ini menyebabkan berlakunya inflasi dan seterusnya hyperinflasi. Semakin banyak matawang dicetak, semakin tingginya inflasi, semakin tingginya harga barang dan semakin berharganya ‘emas = real money’.
 

Sunday, July 8, 2012

SIMPANAN EMAS MELINDUNGI MASA DEPAN KEWANGAN ANDA (BAB 4: HARGA BARANGAN SEMAKIN MURAH JIKA EMAS DIJADIKAN SEBAGAI WANG)


Gambarajah 2.0: Perbezaan Harga Barang Untuk Tahun 2000 dan 2012

Hampir 99% masyarakat di dunia menyangka harga barangan dan servis semakin mahal dari semasa ke semasa. Kerana mereka tidak mengerti apakah ‘wang’ yang sebenar. Sebenarnya jika diperhatikan dengan teliti, harga barangan dan servis adalah semakin murah hari demi hari. Dari tamadun Yunani, Rom dan sehinggalah zaman Rasulullah SAW, mereka menggunakan emas sebagai ‘wang’. Jika anda mengukur harga sesuatu barangan berdasarkan emas dan bukanya ‘matawang’, anda pasti akan mendapati harga barangan dan servis semakin murah hari demi hari. 

Sebagai contoh, pada tahun 2000, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 150 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM30.00, dan RM1.00 = 5 biji kuih). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 360 biji kuih (ini berdasarkan harga emas 1 gram = RM180.00, dan RM1.00 = 2 biji kuih). Maka, untuk 1 biji kuih tahun 2000 memerlukan sebanyak 0.006 gram emas, tetapi 1 biji kuih tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 0.002 gram emas sahaja! 

Pada tahun 2000, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebuah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM30,000.00 dan ~RM30,000.00 = 1 kereta standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah kereta standard (ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM180,000.00  dan ~RM60,000.00 = 1 kereta standard). Maka, untuk sebuah kereta standard tahun 2000 memerlukan 1 kilogram emas, tetapi sebuah kereta standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 330 grams emas sahaja!

Pada tahun 2000, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebuah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = RM150,000.00 dan ~RM150,000.00 = 1 rumah standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah rumah standard (ini berdasarkan harga emas 5 kilogram = rm900,000.00  dan ~RM300,000.00 = 1 rumah standard). Maka, untuk sebuah rumah standard tahun 2000 memerlukan 5 kilogram emas, tetapi sebuah rumah standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 1.6 kilogram emas sahaja!

Maka, jangan merungut jika harga barangan menjadi semakin mahal lagi. Anda hanya perlu membezakan apa itu ‘wang’ dan apa itu ‘matawang’. Jadi bijak!


Saturday, July 7, 2012

SIMPANAN EMAS MELINDUNGI MASA DEPAN KEWANGAN ANDA (BAB 3: INFLASI)



Graf 2.0: Faktor-Faktor Utama Berlakunya Inflasi Di Amerika Syarikat. 

Graf di atas menunjukkan faktor-faktor utama berlakunya Inflasi di Amerika Syarikat. Kebanyakkan faktor-faktor ini datangnya dari peperangan kerana kerajaan Amerika Syarikat terpaksa mencetak berkali-ganda matawang untuk membiayai peperangan.

Semakin banyak matawang yang dicetak, semakin tinggilah inflasi dan mengakibatkan nilai matawang semakin menjunam. Disebabkan inilah harga barang-barangan menjadi semakin mahal dari segi harga.

Bermula dari tahun 2000, inflasi di Amerika Syarikat menjadi semakin parah disebabkan ‘war on terror’ yang bermula dari peristiwa 9/11. Dan bermula dari tahun 2000 jugalah harga emas melambung tinggi. Disebabkan hampir semua (90%) urus-niaga dan perdagangan di dunia melibatkan pertukaran Dolar Amerika Syarikat, maka setiap matawang di dunia turut terlibat dengan inflasi yang melampau ini.




Graf 3.0: Kadar Inflasi Dunia Melawan Harga Emas Dunia

Seperti yang diberitahu di bahagian ‘pengenalan’, Inflasi adalah mengenai perkembangan bekalan semasa. Simptom inflasi adalah dapat diperhatikan dengan kenaikan harga barangan dan servis. Dengan inflasi, semua benda menjadi lebih berharga kecuali matawang.. 

Kadar inflasi dunia adalah berkadaran terus dengan harga emas dunia. Sekiranya harga emas dunia meningkat sebanyak 16% setahun secara purata, maka kadar inflasi dunia adalah sebanyak 16% setahun secara purata, 

Sebagai contoh. Anda mempunyai RM10.00 ditangan anda pada tahun 2012. Tetapi  disebabkan inflasi sebanyak 16% setahun, RM10.00 pada tangan anda akan bernilai RM8.40 sahaja pada tahun 2013. 



Tuesday, July 3, 2012

SIMPANAN EMAS MELINDUNGI MASA DEPAN KEWANGAN ANDA (BAB 2: HARGA EMAS DUNIA DALAM DOLAR AMERIKA PER AUNS [31.1 GRAMS] EMAS)


Graf 1.0: Harga Emas Dunia Dalam Dolar Amerika Per Auns (31.1 gram) Emas.

Jika diperhati graf harga emas dunia di atas, didapati harga emas dunia melambung sebanyak 16% setahun secara purata dari tahun 2000 sehingga tahun 2012.

Pada tahun 2012, corak naik-turun harga emas adalah amat asing sekali dibanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Tetapi corak naik-turun harga emas pada tahun 2012 ini ‘seiras’ dengan corak pada tahun 2008. Ini kerana tahun 2012 adalah tahun ‘Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat’, sepertimana dengan tahun 2008. 

Pakar-pakar sistem kewangan dunia berpendapat harga emas akan melambung tinggi selepas Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pada  November 2012. Ini disebabkan oleh ‘faktor’ yang akan diterangkan di bab-bab seterusnya.


Sunday, July 1, 2012

Irine Nadia Marcello Kahwin, Bye-Bye Annas Easkey dan Fatin Suhana

Assalamualaikum.

Fuh! Hari ini penat dan bebaloi gila. Siap pergi Melaka untuk menghadiri perkahwinan Irine Nadia Marcello. Sekian lama dah aku tak pergi jumpa dengan para penulis-penulis blog ini. Akhirnya dapat juga berjumpa rakan-rakan lama. Selamat pengantin baru Irine Nadia Marcello! Moga perkahwinan dengan Vel Oliver kekal hingga ke Jannah. InsyaAllah.


Irine Nadia Marcello & pasangan bersama Belle Yahya.

Belle Yahya dan 'Amoy'.

Fatin Liyana Asri dan Belle Yahya. 

Aizul Marcello (Abang kepada Irine Nadia) dan Carl Samsudin. Kami berkawan dari Matrik Melaka.

Makan-punya-makan dan borak-punya-borak. Aku terus pecut ke KLIA untuk menghantar Annas Easkey dan Fatin Suhana untuk ke Paris. Nasib baik sempat jumpa. Hope Annas and Fatin jaga diri elok-elok dekat Paris sana. Bawak balik nanti Malaysia gambar-gambar yang letop-letop!

Annas Easkey, Carl Samsudin, Belle Yahya dan Fatin Suhana.

Sampai sini sahaja tulisan aku. Otak aku dah block. Lama sangat dah tak tulis entry-entry yang leisure-leisure macam ini. Selalu entry nak serious je. Jumpa lagi di lain entry. Harap dapat update yang ringan-ringan sikit lah ye. Assalamualaikum. 

p/s: Terima Kasih pada yang banyak memberi sokongan terhadap aku. Dah nak masuk 3 tahun aku menulis di blog ini. Macam-macam aku jumpa. I LOVE YOU ALL! 

The Old Entry

Related Posts with Thumbnails